Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..


Every sixty seconds you spend upset is a minute of happiness you'll never get back ...

Monday, July 20, 2009

Israk & Mikraj

Aku tringat beberapa kisah.. termasuk diri aku sniri bila ditanya oleh kaum lain, apa tu Israk & apa tu Mikraj?... berpeluh nak menjawab... lepas tu baru ada akai nak ambik tau ttg Israk & Mikraj ni. Yg sempoi tu ada satu ketika aku pi dengaq ceramah.. mmg best la ustaz tu... tak ngantuk wa cakap lu!.. Perumpamaan yg cukup simple unt buat org faham ...
Ustaz tu kata... hang tangkap sekoq ikan.. boh dalam plastik & boh oksigen bagi cukup bagi dia idup.. pastu hang bawak pi mana2.. naik keta ka, naik bas ka, naik lori ka, naik kapai terbang ka, naik feri ka... naik la apa2 hang nak naik. Lepas tu bila hang balik hang lepaih ikan tu kat tempat sama yg hang tangkap dulu...
Hang rasa apa ikan tu akan cerita kat suku sakat kaum ikan tu... hehehe...
Ikan tu cerita dia naik flight, naik keta, naik kapai, naik lori pi sana sini tengok macam2.... rasa2 ada dak yg percaya.. mcm mana ikan bleh naik semua benda tu & tengok macam2 sedangkan alam kehidupan ikan tu dalam ayaq.. tu la alkisah contoh lawak un tbagi org paham apa tu Mikraj.

Israk & Mikraj... peristiwa luar biasa yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW, setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan meyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”(Q.S. Al-Israa)’:

Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”(Q.S. An-Najm: 13-18).Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.Sidang jamaah yang dikasihi Allah,Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali
hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

lama tak jengok

ish.. lama sungguh aku tak update laman ni... buka hari tgk ade komen dr marcela... haha.. padan la dia tak masuk... aku sniri pon tak masuk... :p
bukan apa.. bz gila2 & kekadang mmg tak dak mood... lebih2 lagi bila semua yg dibuat tak menjadi... hadoiiiii...

Saturday, June 27, 2009

sambungan Knuri Ali & Mira... kat kg la pulak 13 Jun 2009

Sehari sebelum hari knuri... wohoooo... paklong D & paknjang padil dok pulun kupas nyoqJumaat malam.. bukan malam jumaat kliwon.. heheh.. acara memotong daging Ni acara pagi sabtu pulak.. Joe dok mesin nyoq.. dia ni tak dak keja lain keghenyeh..nyeh..nyeh
Bebudak mmg pantang tengok tempat mcm ni Sebahagian dr persiapan...
Bunga telur... adat melayu yg tak bleh tinggai
Ni bukan org lain.. pak/mak menakan & sepupu sepapatPtg Sabtu 13 Jun 2009... KEBELAKANGKAN TIBAAA.. rombongan pengantin diiringi sekumpulan pegawai polis dari IPD pendang.Big boss kat depan... anak buah bebaris kat blakang..Sila ooo sila... naik ler pengantin....
Kesian pengantin.. dah la smpi tgh hari.. tros naik atas rumah bersanding... dahaga gila2 tuuu tak jumpa air lagi.. Haaa... ni tuan rumah... tersenyum bangga, puas, sronok.. semua ada.depa ni la rombongan dari IPD pendang.. makasih mai memeriahkan majlis knuri adik kami :)oitss.. Ali.. nak pi mana tu.. relek la dulu org nak ambik gambaq nii.. dok elok2 sikit.dah seminggu senyum non stop... tak lenguh kaaa... :pBesgambar dengan para pegawai. tuan OCPD & apa lagi pangkat depa ntah..
bersanding sampai terlena.. wakakaka.. jgn marah aa.. mmg aku dok tunggu saat ni.. heheh.Dah puas bersanding & bergambar baru bleh makan.. haa.. makan.. jgn tak makan.. makan bebeno yer. Aku tumpang berjaga smpi pagi dok tunmpang tunggu masak rendang ayam tugitu ler meriahnya knuri kat kg ni.. gotong royong lagi bes.Tetamu dah kurang... pengantin bergambar kat bawah pokok manggis depan rumah pulak.

Cukup la noo.. bnyk sgt gambaq sat gi cemuih pulak tengok.. tak gitu..... .

Thursday, June 11, 2009

Selamat Pengantin Baru Ali & Mira

7 Jun 2009Align Center @ MASJID AL-TAQWA TMN TUN SARDON
SELAMAT PENGATIN BARU ALI & MIRA
mola2 kena la isi borang dulu .. heheh.. "SURAT MAKLUMAN AKAD NIKAH"... tak tak yg ni tak bleh nikah wooo..
Wali kena adaaa... abag Mira bagi kebenaran & mewakilkan tok kadi untuk menikahkan Ali dengan MiraHaaa... ni la calon pengatin ppuan, Mira.. berdebar2 dok tunggu tengok bakal suami dok mengadap tok kadi.ehem2.. Tuan Kadi, Syed Mohd Mahayadin bin Omar dah genggam tangan tuuu..
Tok kadi: Muhammad Ali bin Muhamad Yusop.
Ali: Saya
Tok kadi: Aku nikahkan dikau dengan Nor Azmira binti Ahmad dgn mas kawen sebanyak $$$ tunaiiiiiiii.
Ali: Aku terima nikahnya Nor Azmira binti Ahmad dgn mas kawen sebanyak $$$ tunai (sekali lafaz je..loud & clear)
Tok kadi: Sah?... para saksi tk kata apa dah.. Sah je.. hihi.

Nampak tak muka Mira yg berseri2 tu?.. haa.. mcm tu la rupa bila kompom "Sah".Do'a kesyukuran di ketuai tok kadi.. AlhamdulilLah.. Amin.Tak tunggu lama dah.. tak sabar tgn tu nak sarung je cincin ke jari MiraAku baru blajar guna B&W... tk terer lagi.. heheh.. testing.. testing..
Tamat kisah di masjid.. bersanding la pulak...
yg kiri tu ayahnda ler & yg kana tu bonda ler.. Mira malu2 sikit tuu dok sblh m'tuaHaa.. yg hensem berbaju melayu kuning tu adik no6, Joe... yg tu pun tunggu masa sesuai je tu nak bertunang.. mungkin thn depan kot.. tgh kumpul duit tuuu.. hehe
Yg bertudung labuh tgh bersalam dgn pengantin tu makngah minah... org lamaaa..
Aiii pak usop... 1st time merenjis & taboq herba kat pengantin... hahaha... Makcik halus ni pun sama jugak.. pertama kali "merembas" pengatin .. hihihi.. jgn marah ye mak..acara biasa... pakat suap kek... tapi backgroud tk cantik la pulak.. cat kat dinding dewan tu mengelupas.... apa nk buat..kwn2 merangkap sedara 2-3-4 pupu... elok2 yeeerrr.. jgn bagi tumpah.. nnt basaaaahhh... huhuhuaaaa.... ummmmmaaamaaaammmmsesi bergambaq bersama keluarga.. nak taip nama sorang2 banyak sgt.. tgk je lah ye..Maksu Saba dgn bebudak... anak2 sedara la tu.ready.... action!!!

Tak lupa para pengiring yg bersama2 membantu memeriahkan majlis... thanks a bunch.. Dari kiri.. maktih zizah, makngah minah, maklang ita, tokcik za, long munah, bini pakcik mat che tam, kak rahmah & kanan skali maktam bedah. Tanpa org2 penting ni tak meriah majlis.

Thursday, June 4, 2009

kawan lama

3 Jun 2009:...
Sahabat: "Salam... mlm nie 8:45pm free tak? Aku nak mai umah hang"
Gitu ler sms yg aku dapat dr sahabat lama yg cukup rapat & dah mcm sedara sniri... Izwandy (Wan) bin Yahaya & mak dia aku pggl makcik Ana... lama sungguh aku tak jumpa dia ni. Aku kenai dia masa sama2 blajar kat ITI perai.. dok sebilik sekatil double decker.. aku dok bawah dia dok atas... uhhh.. terkenang semasa dulu.. heheheh. AlhamdulilLah persahabatan kekal smpi la ni & harap2 akan berkekalan selamanya insyaAllah.
Aku tak pk banyak..walo keja banyak aku ttp ambik peputusan nak balik awai jugak (paling awai pon 5:30pm ler)... lagipun aku kena ambik keta kat workshop.. dah 2 malam keta tu tido kat workshop PakNon... rapat RM670.. adussss
Back to da main topic...
ni pertama kali Wan nak mai rumah aku so aku pon laju jer reply sms dia...
Aku: "silaaaaa.. aku ada kat rumah.. hang nak mai brapa org?"
Wan: "aku dan bini"
Sampai kat rumah kalut jer kemas apa2 yg patut.. paham2 lah yer..
7:45pm bini aku call suruh ambik dia kat tol Lunas & lepas tu tros balik rumah ambik serba sikit barang nak hantar kat rumah mak m'tua aku.. Anak2 aku semua dok kat rumah m'tua aku so aku kena ambik balik ler.. tapi angah pulak lena & tak mau bangun.. adik & along jer yg ikut balik.
Dipendekkan crita.. aku mmg tk smpt nak prepare / masak kat rumah so aku singgah kat kedai & bli char koay teow jer 5 bungkos.. blom pon siap dibungkos Wann dah call aku tanya jalan nak mai rumah aku.. aku takut dia sesat jauh so aku suruh dia tunggu kat secret recepi & aku pegi cari dia kat sana.
Lbh kurang 9pm aku sampai kat tempat yg aku suruh Wann tunggu.. tekejut jap... dah pakai Gen2 kawan aku nih... aku tgk mak dia pon ada skali.. tak tunggu lama aku suruh Wan ikut aku ler.. sampai rumah aku pakat sembang laaaa.. almaklom lama tak jumpa.. sihat kwn aku ni.. mak dia pon sama.. bini dia pon sihat gak.. hehehe... tuuuu tgk pic kata bawah.. tu ler bini dia.. lupa aku nak tanya apa nama bini dia ni.

Pic atas: Wan & bini dia.. cikgu tuuuu
Pic bawah: Mak Wan, makcik Ana

yg bawah ni anak Wan ler... A'in

Depa ni mintak nk tgk gambaq kawen aku dulu tapi sayang gambaq tak dak.. aku tak sempat back-up :( .. pc aku lingkup daaaa... tapi tak pa.. aku tunjuk pic aku bersanding kali ke2 tuh.. heheheh... jadi laaa.
Lbh kurang 11pm depa angkat kaki.. kesian gak nak tahan lama2 sbb.. depa ni nak balik jauh lagi... apa2 pon tq vey much laaa sbb sudi singgah kat rumah aku.. aku amat berbesarrrr ati sbnrnya.............................. Friends Never Break

Wednesday, June 3, 2009

Penang May 11 2009

Kesian budak ni... dok nangis sbb tak sempat pakai seat belt... takut kat polis la tu... ish..ish..ish... kesiaaannnn...
***************************************************************
Penang port: Off-loading ocean shipements.

***************************************************************
Star Cruises... Aku ambik masa dok atas feri on da way nak ke Penang Island
*****************************************************************

Ermm.. sesuai untuk lagu yg Ella nyani tuh

Dari mana nak ke mana niii... tersesat dalam rumah aku pulak.. tengok badan dia nmpk mcm ulat daun pisang.. but not really sure.. apa2 pun mmg cantik ciptaan Allah ni

arrrggghh!!!!

tido yg tak dak kualiti langsung.. 2jun2009... aku tido lewat lagi.. dekat 1:30 baru nk letak kepala.. letak sat jer dah mimpi yg pelik2.. mimpi apa ntah.. sedar2 aku dok hempok lantai dgn lengan aku.. sakit gilaaaa... lama jugak aku terjaga... tap mata ngantuk bangat & aku erlena balik.. ntah mimpi apa pulak yang kacao aku.. aku terjaga lagi pukui 5:40am & tak bleh lena & tros bgn solat subuh. Kena plak hari ni aku ada meeting awai... start pukui 7am.. tersengguk2 aku kat opis.. adeiii..

Wednesday, May 27, 2009

BIPOLAR

suku sakat schizophrenia jugak ni. Jenis penyakit mental yg bnyk ragam sampai org naik meluat. Mangsa (pesakit) tk tau apa & tak sedar yg depa tu sakit. Ada masa sronok yg teramat & ada masa sedih yg terlampau & ada kala rasa tertekan, rasa diri tak dihargai & macam2 lagi.
“Gangguan bipolar amat membebankan pesakit dan keluarga mereka dan boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan, jangka hayat lebih pendek, pengasingan sosial dan kualiti hidup kurang baik,” kata Presiden PPM, Profesor Dr. Maniam Thambu.
Gangguan mental ni memang teruk.. bleh kacau bilau & berselerak keluarga & lebih teruk kemungkinan besar akan "terbuang" kalau ahli keluarga tak ambik berat & tak memahami pesakit. Penyakit mcm ni ada ubat tapi kebanyakan masyarakat melayu kurang fokus kpd logik akal. Org melayu ni dh mmg terkenal dgn kepercayaan mistik yg kebanyakan tu mmg mengarut. Susah sungguh nak tolak yg khurafat.

Penyakit ni (Bipolar / schizophrenia) ni jenis penyakit otak & bukan gangguan makhluk halus. Memang betul pesakit ada dengar suara2 / bisikan2 tapi bukannya bisikan iblis. Yg tu sebab otak dh gagal berfungsi dgn baik. Bahagian otak yg dok terjemahkan "bunyi" dah tak sihat & sebab tu la dok dengar mcm2. Kena dgn ubat dia insyaAllah dapt pulih balik. Cari la pakar psikiatri kat mana2 hospital & mintak nasihat & makan ubat ikut jadual.

SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT BIPOLAR
- Mood terlampau tinggi. Contohnya, terlampau gembira.
- Cuma memerlukan masa tidur yang pendek.
- Cepat marah.
- Lebih aktif daripada biasa.
- Bercakap dengan kuat dan cepat.
- Fikiran yang berserabut.
- Kesukaran memfokus.
- Lemah pertimbangan
- Murung dan sedih.
- Rendah harga diri.
- Hilang minat terhadap perkara yang biasanya digemari.
- Tidak dapat tidur.
- Hilang selera makan.
- Sentiasa letih.
- Tidak dapat menumpukan perhatian.
- Berfikir tentang bunuh diri atau kematian.


Ada kemungkinan besar apa yg pesakit nak tapi tak dapat.. & menggunakan alquran sebagai medium tapi dok amal dengan niat yang salah.. tersesat ke alam lain la jawabnya.

Doktor cakap, bipolar disorder mood hanya boleh sembuh dengan keinginan sendiri melalui kawalan mental yang betul, kehendak psikologi diri yang diseimbangkan dengan keinginan rohani yang benar….

Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Ibu

aku dapat yg ni dr sahabat baik....


Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat..... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Wednesday, May 13, 2009

Arrrghhh.... otak tepu lagiiii

keja tak menjadi... gara2 ??????? ?????... adussss... mcm mana nk concentrate keja niiii... tgh buat keja ada2 saja yg potong line melintas dlm kepala hotak aku ni sampai aku hilang tumpuan.

Surat dari boss aku...:((

************************************************************************************
Guys,

I am sad & frustrated that every time I’m in SMT / IRT I get hammered because we are being accused that our data is incorrect and our data is crap.
I know you are doing your best to close this as we have been going through this all over and over again but it seems we never can correct it and we get shot every time.
I have run out of reasons to explain to the SMT / IRT all the departments managers we fail over & over again to close this AR.
How can we improve on this? Any suggestions?

************************************************************************************
urrrggghhhh... lagi2 masalah yg sama... ni yg buat aku tensen ni. Sampai tahap jadi "tukang turut" pun salah jugak. Tapi aku dah check semua data ok.. bila masuk meeting kena bantai.. yg tu tak betul.. yg ni salah... sapa yg salah?... scheduler/ CS / module enggr / prod mgr???... sapa yg jadi punca masalah yg tak pernah selesai ni.. hadoiiii... penat otak aku keja siang malam.
Aku rasa ada org yg main2 dengan data2 ni.. tukar komponen & tarikh semua tapi tak update org2 yg sepatutnya... aku & kwn & boss aku jugak jadi mangsa keadaan..
Esok aku nak decline semua meeting & block 1 bilik dari pagi sampai petang nak clean up data ni unt kali terakhir. Kalu ada jugak yg salah aku tak tau nak kata apa dah.. :((

Tuesday, May 12, 2009

More about Schizophrenia

Schizophrenia is the fourth leading cause of morbidity in both women and men, the second leading cause of international terrorism, and the leading cause of war. Schizophrenia is a humorous brain disorder characterized by delusional thinking and unique but unpopular perceptions. Mental health professionals normally diagnose this illness if, during any one-month period of a person’s life, that person has suffered two or more of the following:

- Delusions
- Hallucinations
- Disorganized speech
- Grossly disorganized or catatonic behavior
- Negative symptoms

NOTE: The sensory and physical abnormalities listed above are characteristically inherent in attorneys, politicians, mental health professionals, children under the age of five, and adults over the age of 70. It is inappropriate therefore, to diagnose people in any of these categories as suffering from schizophrenia. That is their natural state.

Negative symptoms are the most insidious behavioral effects of schizophrenia. They can include low levels of:

- Interest
- Motivation
- Emotional arousal
- Mental activity
- Social drive
- Speech

NOTE: The behavioral and attitudinal symptoms listed above are characteristically inherent in high school students from 1985 onward, Army officers above the rank of Captain who have been passed over for promotion to the next higher rank, social workers, most high school teachers, all college athletic coaches and anyone who believes Ebonics should be taught in American schools. These categories of people may be correctly diagnosed with schizophrenia, but their negative symptoms are not behavioral effects of schizophrenia; merely natural characteristics of their true personalities.

Schizophrenia is equally represented in women and men. The onset of the illness generally occurs at a later age in women than in men (between ages 23 and 35 in women versus 18 to 25 for men). Not only do women generally present with schizophrenia at later ages, but the phenomenon of late onset schizophrenia (40+ years) is almost entirely a female one.

Women tend to display more prominent mood symptoms and men more negative symptoms. In the first episode of schizophrenia, women are more likely to display intense irritability, anger, and sadness; men are more likely to be withdrawn and emotionally apathetic. After the first episode, these distinctions begin to blur. PMS is not an indication of the onset of schizophrenia in women, although the symptoms are strikingly similar.

Subtypes of Schizophrenia

Disorganized Type:
This subtype of schizophrenia is marked by significant regression to primitive, uninhibited, and disorganized behavior. Thumb-sucking, howling like a wolf, temper tantrums, creation of pornographic art and unreasonably strong cravings to suckle a female’s breast are characteristic of this type.

Catatonic Type:
This subtype features gross psychomotor disturbances, i.e., stupor, negativism, mutism, rigidity, excitement, prolonged erection, or posturing. Frequent fluctuation between these extreme physical states is common. Schizophrenics of this type can be the most fun for psychologists to play with. They can be posed like dolls, undressed while they’re catatonic and then left in a crowded bus station to regain psychomotor normality, or even substituted for psychiatrists in therapy sessions. They pay essentially the same attention to a client’s problems as would any normal psychiatrist or therapist. The social and stimulatory benefits of the prolonged erection symptom are common knowledge among women.

Paranoid Type:
More often than not, this is a misdiagnosed condition of prominent delusions or auditory hallucinations of persecution or grandeur, accompanied by a relative preservation of cognitive functioning. In reality, these are functionally normal individuals who have discovered the fact that some other individual or organization is conspiring or acting to torture, murder, or financially disable them, but are unable to produce legitimate evidence supporting their suspicions.

Undifferentiated Type:
This type was originally designed as a catch-all category for psychiatrists and psychologists too incompetent to diagnose a schizophrenic’s specific type. It is allegedly used when patients do not clearly fit into any one type, fit into more than one type, or do not fit into any of the other types. Psychiatrists tend to categorize schizophrenics as undifferentiated pending the discovery or creation of new mental disorders to label them with.

Residual Type:
This type commonly displays emotional bluntness, social withdrawal, illogical thinking, eccentric behavior, or mild loosening of association. Elderly people suffering from Alzheimer’s disease, lepers, philosophers and Japanese males who have “lost face” are characteristic of this type.

Schizophrenia’s affect on daily life

Schizophrenia is alleged to be a significant cause of pain and suffering for those afflicted. Schizophrenics however, do not exhibit outward signs of pain and suffering. Although people with schizophrenia often lose their social skills, their schooling or jobs, their ability to communicate, or their sexual drive, they seem too preoccupied within their private worlds to notice.

Close to 50 percent of patients with schizophrenia attempt suicide, and 10 percent succeed within a 20-year period of being diagnosed. This tendency toward suicide is attributed by mental health professionals to the normal emotional progression of the disease, but recent studies suggest the tendency toward suicide is caused by constant exposure to psychiatrists and psychologists who predict eventual suicide, thus causing it to happen.

Causes of schizophrenia

The cause of schizophrenia is unknown. Many mental health professionals believe there are factors which increase an individual’s risk of having schizophrenia. For example, first-degree biological relatives of persons with schizophrenia have a ten times greater risk of developing the illness than members of the general population. Also, in the United States, more schizophrenic patients are born in the winter months of January to April. Exhaustive scientific studies have revealed that mental health professionals who subscribe to this theory of causality also believe astrology is a legitimate scientific field.

Because there is no cure for schizophrenia, the goal of treatment is to eliminate or reduce symptoms, minimize side effects, prevent relapse, and socially and occupationally rehabilitate the patient. This process can last a lifetime, or at least as long as a patient has available funds to pay for therapy. When funds are exhausted, mental health professionals generally begin advising their patients of the schizophrenic likelihood of suicide.

Soure: http://www.drleons.com/schizo/closet.htm

SCHIZOPHRENIA

I. Apakah Schizophrenia?

Schizophrenia adalah nama diberi kepada sekumpulan penyakit jiwa dimana terdapat gangguan dalam perasaan, pemikiran dan tingkah-laku seseorang itu. Ia adalah penyakit yang menyebabkan kehilangan upaya dan mengganggu dengan kehidupan seharian seseorang itu.

Sesiapa sahaja boleh menghidap Schizophrenia dan ia berlaku dengan kadar 1% dikalangan penduduk umum. Ia tidak berjangkit dari seorang kepada seorang yang lain.

II Bilakah Ia Berlaku?

Tidak kira umur tetapi biasanya dalam lingkungan umur 12 hingga 45 tahun.

III Bagaimana Kita Dapat Mengenal Penyakit Ini?

- Kelakuan yang pelik dan ganjil.
- Bercakap atau ketawa seorang diri.
- Cuai dengan rupa dan kesihatan diri.
- Gangguan tidur malam.
- Pertuturan sukar diikuti.
- Sangkaan palsu yang orang-orang lain akan mencederanya atau mengawal dirinya.
- Berkeliaran.
- Cuai tentang kerjanya dan lain-lain.
- IV Apakah Rawatannya?

Berikut adalah rawatan untuk Schizophrenia:-
- Pengubatan yang berterusan iaitu tablet dan suntikan.
- Rawatan Electroconvulsive therapy.
- Aktiviti kerja.
- Sokongan keluarga.
- Bercakap dengan seseorang yang terlatih.
- KESIHATAN MENTAL

Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mentalm tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.
Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:

- Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
- Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
- Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.

Ciri-ciri kesihatan mental yang positif

Terhadap diri sendiri :
- Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
- Berupaya mengawal perasaan.
- Sanggup menerima kegagalan.
- Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
- Menghargai diri sendiri.

Terhadap orang lain :
- Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
- Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
- Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
- Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.

Terhadap cabaran :
- Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
- Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
- Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
- Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.

10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif :
- Menerima kenyataan diri secara realistik.
- Mengendali masa dengan baik (time management)
- Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
- Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
- Menjaga kesihatan fizikal.
- Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
- Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
- Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
- Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
- Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.

Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
- Perasaan rendah diri.
- Tekanan dalam hidup.
- Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
- Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
- Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
- Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
- Peningkatan risiko penyakit mental.

Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (di petik dari laman web http://www.geocities.com/uitm_ot/schizophrenia.htm)

Thursday, May 7, 2009

When You're Gone

WHEN YOU'RE GONE (AVRIL LAVIGNE)

I always needed time on my own,
I never thought I'd, need you there when I cry
And the days feel like years when I'm alone,
And the bed where you lied,
Is made up on your side.

When you walk away
I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

When you're gone,
The pieces of my heart are missing you!
When you're gone,
The face I came to know is missing too!
When you're gone,
All the words I need to hear to always get me through the day...
And make it OK...
I miss you.

I've never felt this way before,
Everything that I do,
Reminds me of you.
And the clothes you left,
They lie on the floor,
And they smell just like you,
I love the things that you do!

When you walk away
I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

When you're gone,
The pieces of my heart are missing you!
When you're gone,
The face I came to know is missing too!
And when you're gone,
The words I need to hear to always get me through the day...
And make it OK...
I miss you.

We were made for each other,
Out here forever,
I know we were,
Yeah Yeah!
All I ever wanted was for you to know,
Everything I do I give my heart and soul,
I can hardly breathe I need to feel you here with me...
Yeah!

When you're gone,
The pieces of my heart are missing you!
When you're gone,
The face I came to know is missing too!
When you're gone,
The words I need to hear will always get me through the day...
And make it OK...
I miss you!

Wednesday, April 29, 2009

Aduhai T43

T43 aku meragam lagi unt kali ke4... adusss.. hard disk crashed, pst files corrupted, all personal folders GONE!!!.. silap aku gak tak back-up awal2.. abis smua gambar² lama, video clips, MP3s & paling tak best working files semua hilang.. sakit kepala aku nak create balik semua macro.
Tu crita yg tak bes... yg best pulak, aku dapat Lenovo-T400...yeahaaa.. laju gilaaa.. memang best T400 ni.

Sunday, April 26, 2009

sastera??

aku rasa mcm nak cuba tulis novel la... tapi aku tak reti bab sastera ni.. mana bleh main tulis jer... mcm mana aku nak mula? sinopsis aku tau la... watak2 no problem punyo... masalahnya corak penulisan / gaya bahasa.. aku ni dh la lemah dlm bahasa ibunda... hadoiiii.. buat malu jer.
Aku tringat zaman skolah dulu karangan aku lintang pukang.. point2 cerita tu ok tapi jalan cerita / pengolahan pulak KO..
Mcm2 jenis gaya bahasa yg ada... Personifikasi, Metafora, Sinkof, Rima, Asonansi..... & bnyk lagi.. aku pun tak tau.. sbb aku tak pernah blajar...
Bukan senang nk jadi penulis rupanya... perlukan bakat semulajadi & ilmu.
Mcm aku ni.. tak dak bakat & tak dak ilmu sastera... sekadar minat... apa aku nak buat?? baca mmg aku terer.. kalau novel yg aku minat aku bleh khatam dlm 1 hari jer... siap bleh ulang lagi..

Monday, April 20, 2009

lama tak dengar lagu2 ni


Mengemis rindu - Noraniza Idris 1987

Di kedinginan malam sepi
Ku melerai rindu di hati
Agar terubat resah rindu
Yang menyentuh kalbu
Mungkin kau tiada menyedari
Apa yang ku simpan di hati
Mungkin kau telah memahami
Segala yang terjadi
Ingin kuturut jejak langkahmu
Walau ke mana saja kau pergi
Ingin aku menghambakan diri
Untuk engkau mengasihi
Sedalam mana lautan api
Pasti aku cuba mengharungi
Itulah ketulusan hatiku
Moga kau kan mengerti
Semakin aku megingati
Semakin tebal rindu ini
Aku hanya mengemis rindu
Dari hati kecilmu



Tunggu Tunggu Sayang - Sharifah Mona

Janji janji
Masih ku menanti janji
Bilakah akan terbukti
Kata nan pasti
Tunggu tunggu
Penuh debaran di kalbu
Sehingga tibanya waktu
Tetap kan ku tunggu
Kau mencurah janji
Ku merindu bukti
Kata padu hati sungguh bererti
Kata benar kata
Cinta murni cinta
Terlaksana segera hati meminta
Biar jadi
Walau apapun terjadi
Kata janjimu nan murni
Tetap kusanjungi
Biar resah
Meneman hari gelisah
Biar tenang hati tenang
Tunggu tunggu sayang


Kau Racun Hidupku - Sharifah Aini

Aku diam termenung sendiri
Mata berlinang tak bersinar lagi
Apa salahku tak mengerti
Kau siksa hati nurani
Perit hatiku tertusuk duri
Perit rasanya engkau ingkari
Masa yang lalu tak bererti
Dustamu kusimpan dalam hati
Aku menyayang dirimu itu
Aku dambakan cintamu dulu
Cinta yang membawa deritaku
Kejam hatimu
Senyum bibirmu
Lirik matamu
Kini merupakan racun
Dalam hidupku
Panas dadaku
Luka hatiku
Kering airmata bila
Kuingat dirimu
Sakitnya hatiku
Juga deritaku
Keranamu...

Tuesday, April 14, 2009

BZ..bz..BZ..bz.... adooiiihhhh

I'm starting to feel the strain on my neck... eergghhhh

Buang resdung

Ahad 12 Apr 2009... bini aku ajak pi buang resdung.. dia kata member dia Ilah, tau tempat tu. Kat Jeniang.. yg nak pi semua tu 8 orang... Aku + bini aku, Ilah, Manja & bini dia, PakDinUban & Ana dgn laki dia.. Plan to meet @ Sg Sluang Petronas station located after traffic light to Pdg Serai. Janji pukui 14:30... aku ingat aku yg lambat sbb aku sampai pun pukui 14:40. rupa²nya aku paling awai.. pukui 15:15 baru nampak keta Manja & Ana sampai. Keta Manja sendat & keta aku ada ruang lagi so PakDinUban naik dgn aku. Kesian PakDinUban terpaksa duduk atas surat khabar.. kusyen basah anak aku dok main susu... :p
Dipendekkan crita kami ikut jalan lama ke Jeniang.. dekat 1 jam gak laa... yg lawak tu Ilah, tukang tunjuk jalan tu igt² lupa la pulak sampai terlajak dekat 5km... Pi masuk kg apa tak tau.. nasib baik ada org tau & depa habaq jalan kluaq.
Sampai kat lorong nak pi ke rumah TokMoh tu, tgk² jalan nak turun pon jln tanah merah berlongkang berlopak merata.. tmpt nak paking keta pon susah.. masa smpi tu ada 3 jibik keta... paking melintang pukang ikut dan saja laaa... pastu kena menapak naik bukit plak.. rumah dia atas bukit daaa...
Dipendekkan lagi crita ni.. customer TokMoh tu yg sampai awai dh nk balik.. yg tinggai cuma 2 org tua nak brubat penyakit angin pasang ka apa ntah.
TokMoh tu punya la ramah.. lawak tak abis2... sora kuat smpi anak aku takut..
bnyk gambaq tergantung kat dinding rumah dia.. rupa²nya TokMoh ni (bahasakan diri dia PakTih) bomoh diraja... huhu.. sakan jugak TokMoh ni.
Smpai turn kami plak.. benda yg kena bawak = ayaq mineral, sirih & pinang + pengeras RM25.25.... mak aih... kayaaaa laa TokMoh ni.. bleh pasang manyak cawangan la... kalo 1 hari 10 org buang resdung = dh dpat RM250.50.. tu resdung saja.. lain2??... errmm.. senang2 nk dapat RM 5-6 ratus 1 hari.
Kami 8 org dia buat skali saja.. duduk bersila berbaris pjg mcm P.Ramlee naik tikaq terbang.. tapi kami 8 orang so bebaris lagi pjg laa.. hahaha... TokMoh tu buat dr blakang.. lepaih jampi ka apa ntah dia potong sirih & mai tonyoh muka sorang² bermula dr Manja yg dok depan sklai.. pastu PakDinUban..Laki Ana.. aku.. anak Ilah, bini aku, Linda, & last skali Ana. Tak dan abis di tonyoh muka PakDinUban Manja bangun lari kluaq. ulat resdong dh kluar banyak... lepas tu sorang² dok lari kluaq sambil pegang cermin.. Pakat dok sapu ulat tu buang dari muka.. kalu lambat sapu ulat tu masuk balik... memang real nampak ulat ulat tu mcm cacing kerawit. Bini aku paling banyak... aku? sikit saja... heheh.. Lbh krg pukui 6:15 kami kluar dari rumah TokMoh tu & on da way nak balik tu singgah kedai makan jap.. 7lbh baru bertolak balik & aku hantaq PakDinUban sampai rumah dia.. 1st time sampai rumah PakDinUban ... terkejut aku... cantiiikkk rumah dia.. lepas sembang & minum lbh krg aku balik rumah aku & sampai dlm pukul 9mlm... sekianlah alkisah stgh hari perjalanan.

Friday, April 10, 2009

terkilan

buzy bangat dgn kerja yg ntah bila bleh selesai... tapi aku rasa aku kena luahkan jugak kat sini.
baru² ni aku dapat berita kurang baik.... Wa Esah, mak kpd sahabat baik yg ada bau² ketiak dgn aku tu sedang menderita diabetes (kencing manis) & sebahagian kaki terpaksa dipotong tapi aku tak pasti sampai mana. Aku tumpang simpati... tapi aku belum berkesempatan nak balik ziarah dia kat spital Taiping. APa yg aku bleh tolong???.. aku teringat satu ketika dulu aku pernah terbaca ada pusat rawatan alternatif diabetes yg ada kaedah tersendiri unt cuba mengelak dari kena potong kaki... AKu ada kemudahan internet di rumah so aku surf internet mlm tu jugak & jumpa apa yg aku cari tu... www.biodiabetes.com/my. Katanya mampu Merawat Luka Kronik Tanpa Perlu Dipotong... tak tau sejauh mana yg depa ni mampu buat (sila tgk sinir isi kandungan website tu).. tapi tak salah mencuba kan??... yg penting usaha & tawakal... lebih dari tu berserah kepada Yang Maha Kuasa. Aku cuba banyak kali nak call org yg aku anggap sahabat baik (sedara) aku ni nak habaq kat dia kot dia nak cuba selamatkan kaki mak dia ni.. & lastly dapat jugak aku bercakap dgn dia.. tak kisah la aku kena bayaq bil telepon lebih sikit sbb niat aku nak tolong walaupon apa yg aku buat tu kecik sgt. Tapi memandangkan rumah dia ni tak jauh dari Gombak, aku cadangkan kat dia try bawa mak dia pi sana instead of ikut cadangan doktor unt potong unless dah tak bleh nak elak.. pjg lebar aku cakap kat dia... tapi respond mcm hampeh... sampai terlintas dlm hati aku yg dia ni mmg tak berminat langsung dgn apa yg aku cakap.... perbualan aku tamat di telepon tapi aku rasa tak puas ati lagi... aku tak dak cara lain... aku hantar semua maklumat penting dari web tu kat dia thru sms... haram 1 ucapan tq tima kasih pon tak keluar dari mulut & tak dak 1 pon sms reply dari dia ni.
Bukan harap sgt pon tapi terasa mcm tak dihargai langsung.. Aku cuma terkenangkan keadaan mak dia tu... mak aku & mak dia rapat sgt.. aku dgn dia pon dulu mmg rapat sgt.. almaklom teman sepermainan dr kecik... mandi sungai, merayau dlm hutan, selam & panah ikan... tapi sejak dia keja kat KL nun, dh berubah prangai dia... kawan cuma tinggai kenangan.. tu pon sebelah pihak saja yg terkenang........ apa erti sahabat??.... adusssss..... terkilannya aku..

Wednesday, April 8, 2009

Bukit Gantang Milik PAS

Errmm.. undian menyebelahi PAS dengan perbezaan cuma 40 undi. Tak kisah lah sapa menang.. yang penting kebajikan rakyat dibela sama rata. Pikul tanggungjawab dengan sejujurnya InsyaAllah semua orang suka & akan kekal lama la pemimpin yg terpilih tu. Tahniah kpd yg menang.

Tuesday, April 7, 2009

Bukit Gantang 7 April... kecoh???

Perang poster jangan cakap la.. dah memang adat buat semak merangkap buat sampah & membazir duit & mencemar alam sekitar. Kempen mengundi pon tak kurang hebat.. dekat masa nak mengundi macam2 umpan ditabur. Aku tak kata sebelah pihak... aku kata semua pihak sama saja. Pasai pa dekat nak mengundi baru dok canang tu canang ni.. nak bagi bantuan tu & ni..?? hangat2 taik ayam betoi la. Apa jadi dengan "Kawasan Saya" yg dok tayang kat tv dulu?.. "Kawasan Saya" cuma dalam peta kot.. sebok sangat nak "bagi makan kroni" kot sampai tak sempat nk lawat dah kot.. pegi daaahhh... semua parti sama saja.. kalu pemimpin tu baguih, tukang ampu pulak yg buat pasai... kerana nila setitik rosak susu sebelanga... cess.. memang haprak sapa yg dikategorikan "nila setitik" tu. "Nila2 tu la perosak parti.
Berbalik ke BUKIT GANTANG hari ni.. kg aku la tu.. heheh..
Kecoh!!!... apa ke heeiiyyy pulak pihak bulan mengambang 24jam (dari Kelantan & Terengganu) tu tak pasai2 nak sekat jalan kat kat kampung orang?.. masuk kampung orang dok buat kecoh pulak... kurang akai ka apa??... depa tak pikir ker apa yg depa buat tu "SECARA LANGSUNG" menjatuhkan nama baik parti sniri?.. apa untung dok buat kerja2 macam tu?.. kalau orang kg sniri yang dok tapis orang kluar masuk ok la jugak.. ni ORANG ASING yg buat kacau.. tak sopan langsung... terjerit melalak .. apa daaa... buduh punya stategi dok tunjuk prangai buruk. Nak kata lagu mana lagi??.. kurang matang kot??... Aku bukan sengaja nak kutuk tapi semua tu betul2 berlaku... apa salahnya kalu sekadar bagi moral support & perayu undi plak buat kerja secara aman... kan ker lebih baik mcm tu?? apa yg susah sgt.. kalu yg baguih kita pilih.. yg tak baguih tu perbaiki la mana tau kot next time ada peluang naik pulak.. tak payah nak kempen teruk2... tunjuk jer keprihatinan tu sure orang suka.. kpd yg berkenaan.. be profesional & think positive la sikit. Melayu bantai Melayu yg lain tepuk tangan. Bak kata Nabil.. LU P K R SNIRI...

Saturday, April 4, 2009

Layan nostalgia pulak... Raja Azmi Raja Ambiah

Sapa Raja Azmi Raja Ambiah ni??... sapa lagi.. yg popular dulu tuuu.. pesaing hebat P.Ramlee...
R AZMI
la tu... kerabat diraja rupanya dia ni & dilahirkan di Kuala Kangsar pd thn 1923. Best gak layan lagu dia.. hehehe.

Nak playlist?.. aku tak bleh post dlm ni.. sapa nak habaq mai.
Nak download?... right click & save target as...

1> Memikat Hati
2> Pa Hitam
3> Kerana Mata
4> Kalau Sudah Tergoda
5> Terimalah Salamku
6> Si Cantik Manis
7> Senyuman Yang Manis
8> Rindu Kalbu
9> Di Bawah Bulan Purnama
10> Renungan Di Senjakala
11> Mata Keranjang
12> Helo Helo Sayang
13> Ingin Ku Berjumpa
14> Putih Kuning
15> Hati Rindu
16> Hati Ku Kecewa

Heat...

Everyone has heard about how good a sauna feels, and of the relaxing effect of a steam bath which bathes you in hot vapor. But there are other heat treatments which are equally beneficial.
Heat relaxes the muscles and ligaments. When applied locally, for example, with hot towels, it can ease muscle spasms. It can also reduce arthritic pain. Heat dilates the blood vessels, which in turn activates circulation............ hhmmm...

Friday, April 3, 2009

nak try sauna pulak..

ermmm... health coach said "Sauna is much better than ice".. ais memang bleh guna untuk terapi.. tapi ais tu sejuk & akan menyempitkan saluran & kurangkan aliran oksigen. Sebab tu kalu cedera boh ais darah cepat stop.
Kalu sauna pulak??.. baguih unt melegakan ketegangan.. dengan aroma serai wangi.. dengan suhu yg sesuai yg membantu mengembangkan saluran sekaligus melapangkan laluan oksigen.. badan pun bersih & rasa segarrr bugarrrr... macam besss jerr... yg ni baru betul.. weekend ni nak pi try sauna pulak.. dengaq crita kat Penanti pun ada & murah.. kat Sungai Batu, Penang pon ada.. lagi murah.. tapi aku tak tau tang mana.. kena cari laaa... heheh.

Wednesday, April 1, 2009

MANDI AIS...sejuuukk... tapi bess.. legaaaa rasanya

2 hari lepas aku balik lewat lagi.. mcm biasa kerja tak habis²... kepala otak aku dan betul² buntu, berat, tensen, bedenyut², rasa macam nak meletup.. sampai aku tak tau nak buat apa.. rasa tak dak mood nak buat kerja.. tapi kerja tetap kena siapkan ontime.. kalu lewat kerja lain plak akan tersangkut.. hadoiiiii... nak tak nak kena buat jugak laaa...
Aku tak tau mcm mana nak kurangkan ketegangan kepala otak aku ... biasanya aku akan kunyah ketul ais & basuh muka dgn ais.. ada rasa lega sikit..
Tapi 2 hari lepas aku lebihkan sikit sejuk tu... mandi ais pulak... boh ketul ais dalam timba & basuh muka.. basuh kepala.. & mandiiii.. sejuuukkk sangat... tapi bes jugak rupanya... agak lama aku dok dalam bilik air dok basuh kepala dengan ais.. sejuk.. memamg sejuk sangat.. lapi semakin lama aku mandi ais semkain aku rasa ringan sakit kepala & badan aku rasa lebih segar dari biasa walopon letih balik keja..
Tapi aku tak tau apa kesan jangka panjang kalo aku kerap mandi ais.. I'll find out later...

Monday, March 30, 2009

Pingu

here are the Pingu clips recorded using my LUMIX FZ30... rakam kat Underwater World, Langkawi. masa upload gambaq dulu tak sempat nak nak upload klip ni lagi sebab saiz dia besaq sangat.... cute sgt bebudak pingu ni.. :).. enjoy da clips..

http://www.youtube.com/watch?v=M5iW2KUpUAY
http://www.youtube.com/watch?v=emVH8vY_1Ow
http://www.youtube.com/watch?v=ICeyIBgHqgU

Sunday, March 29, 2009

Kaciwaaa... cuti dikensel...

Aku plan nak ambik cuti lagi Khamis 26 & Jumaat 27 Mar for something special in my life.. tapi boss kensel plak... kena kerja jugak.... bizi gilaaaa... ada masalah yg tak dijangka & tak dapat dielakkan... semua orang kalut... masuk keja 8am balik 3-4am... pastu masuk pulak 9-10am... ni baru dikatakan keja gila.... adussss... rosak program aku... hancuuusssss... tenseeeeennnnn... kaciwaaaaaaa...
... if I could pause the day at Friday nite so that mon will not be here...

Friday, March 27, 2009

Bercuti di Langkawi 19-21 Mar 2009

Musim cuti skolah selalu sesak dgn keluarga nk pi jalan2.. termasuk aku.. heheh. Dah lama aku plan nk bawak family aku pi Langkawi & kali ni AlhamdulilLah tercapai jugak rancangan aku.
19 Mar - Kat Jeti Kuala PerlisJadual perlepasan feri dari Kuala PerlisJadual perlepasan feri dari Kuala PerlisDah sampaiiii... Sbnrnya sampai awal dlm pukul 2pm tapi aku tak singgah kat tempat ni dulu sbb nak cari keta sewa & nak cari tmpt tido dulu.. lepas maghrib baru pi kat Dataran Helang ni sbb tu gambaq kurang clear. Baru masuk ke perkarangan kota Mahsuri
dr kiri: mak, Ayah, adik bongsu & my wife.
depan: Syazwani, Faris & SyahirahPapan tanda tertulis teratak yg ada di dalam kota MahsuriDepan rumah Pandak MayahTelaga MahsuriNama yg cukup klasik... mambang??? hehehmmm.... menarik perhatian aku..Lepas meronda kat dalam tu.. membeli belah la pulak.. heheh... budak ni tak reti dok diam.. posing kat depan gerai menjual kain baju & kraftangan...
Gambaq bawah ni masa pi kat Gunung Mat Cincang.. naik keta kabel.. bes wooo.. tingi bangat..
Pemandangan dari dalam keta kabel.gambaq tiang... sayup nun ke atas & yg bawah tu sampai tak nampak kat mana pangkal tiang.Turun dari gunung masuk ker oriental village pulak...
Lepas tu pi kat Taman Boya...
dia ni pon menyibuk kat taman boya... :pSyahirah dok ajaq "tai-chi"...Tunjuk perasaan... terkurung slm sangkar kat taman boya..Tuuuu diaaaa.... tunggu masa nak ngap..
Last skali singgah kat Underwater World. Mcm2 spesis hidupan laut ada kat sini.. cuma paus saja yg tak dak.. :p Pinguuuu.. syok tengok pingu ni..

Balik dr Langkawi tros ke Gua Kelam kar Perlis.. mmg dlm plan nak singgah.. kena pd masa Joe cuti & dia nak pi jugak kat Gua Kelam.. tak sabaq nak jumpa kami.. heheh..

Mak, Ayah & adik bongsu (Sabariah)Dok tengah baca sejarah Gua KelamLast skali sblm balik... makan2 kat Kuala Perlis... PakTam Joe belanja... ma ciihhh... Ikan kat sini 1/2 harga kalu nk dibandingkan dgn ikan kat Langkawi.. 1kg siakap rm25.. kat langkawi nun 1kg rm45... tapi yg mahai kat kuala perlis ni... PETAIII... sepapan RM2.. perrggghhh...