Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Wednesday 23 March 2016

Jom Kenali Takaful

TAKAFUL VS INSURANS

Takaful sebenarnya telah lama diamalkan, iaitu sejak zaman Nabi Muhammad SAW 1400 tahun dulu lagi. Pada zaman Nabi, antara sistem Takaful yang diguna oleh baginda ialah :

  • al-Qasamah (urusan perniagaan) ataupun lebih difahami sebagai Takaful AM
  • al-Aqilah (urusan kebajikan) ataupun lebih dikenali sebagai Takaful Keluarga


PENGERTIAN TAKAFUL:
Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'. Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah

CIRI - CIRI TAKAFUL
  • Sistem Islam
  • Sumbangan At-Tabarru'at
  • Pelaburan halal
  • Majlis Pengawasan Syariah
  • Tiada unsur riba
  • Tiada unsur maisir (Judi)
  • Tiada unsur gharar (Tidak jelas)
  • Al-mudharabah (Perkonsian untung)
Sistem Islam
Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji).

Sumbangan At-Tabarru'at
Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara iklas.
Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat,semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan

Pelaburan Halal
Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah.

Bentuk pelaburan
  • Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
  • Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).
  • Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
  • Harta bangunan.
  • Pembiayaan perumahan.
  • Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).
Majlis Pengawasan Syariah
Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b): 
"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan"

Tiada Unsur Riba
Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional
Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.

Tiada Unsur Maisir (Judi)
Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.
Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:
  1. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
  2. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku.
  3. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.
Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas)
Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah :
"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Pencerahan: Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu:
  • Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan
  • Tidak diketahui kadar bayarannya
  • Tidak diketahui bila masanya
Al-Mudaharabah (Perkongsian Untung)
Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat. Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan. Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat .
Contoh: Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat


KEUNTUNGAN MENYERTAI TAKAFUL
  • Menegakkan sistem muamalah Islam
  • Mendapat skim perlindungan melalui pelan takaful.
  • Mendapat pulangan melalui perkongsian untung
  • Keuntungan Pelaburan semasa tempoh takaful ( iaitu dari akaun peserta (AP))
  • Keuntungan pelaburan selepas tempoh takaful (iaitu dari akaun Khas Peserta (AKP))
  • Nisbah Mudharabah - Bergantung 50:50 ; 80:20 diantara peserta dan syarikat
  • Sumber maklumat : Manual Perunding Takaful Keluarga
Sumber maklumat: Manual Perunding Takaful Keluarga


GET QUOTATION / DAPATKAN SEBUTHARGA ANDA HARI NI

SMS / WhatsApp ke 013-4314002 atau emailkan ke baharget@gmail.com

Nama:
Tarikh Lahir:
Pekerjaan:
Merokok?:
Penyakit sedia ada:
Bajet Caruman Bulanan:
Lokasi anda:
Email:
No Tel (handphone / pejabat/ rumah):

No comments:

Post a Comment