Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Saturday 25 October 2014

Projek Rumah Kecil

Kisah bermula apabila sahabat terbaca coretan sekumpulan Warka Kilang yang masuk ke pedalaman dalam misi mencari golongan dhaif yang memerlukan bantuan. Biasanya kumpulan Masuk Kampung ni menjalankan aktiviti amal jariah ni apabila hampir menjelang Ramadhan sehingga beberapa hari sebelum Aidil Fitri bagi membantu mereka yang memerlukan.
Kali ni sebahagian Warga Kilang telah mengambil pendekatan terbaik dengan tidak menghadkan bulan2 tertentu untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Perlu ditegaskan di sini bahawa projek ini TIDAK berkaitan dengan mana2 parti politik tetapi hanya berteraskan jiwa kemanusiaan. Dari pemerhatian sahabat, kebanyakan bantuan yang dihulurkan menjurus kepada duit, makanan & pakaian. Namun apabila ternampak gambar "RUMAH" hamba Allah ni, terdetik di hati satu soalan:
Di mana dia nak lungguk segala barang sedangkan keadaan "RUMAH" yg hanya layak dipanggil dangau ini sangat sempit untuk 4 beranak?
Maka bermulalah perbincangan yang membuahkan idea untuk membina sebuah rumah untuknya. Anggaran kos secara kasar berjumlah RM2000 (macam tak percaya kan? handphone kita pun dah dekat RM2000)  membuatkan kami rasa agak ragu2 akan kesukaran untuk mendapatkan sumbangan memandangkan ini adalah projek pertama kami. Bak kata pepatah "belum cuba belum tahu"
Sabtu, 27 Sep 2014, beberapa orang sahabat telah pergi ke Selama Kedah utk melihat sendiri kondisi yang digambarkan. 
Lepas tgk keadaan rumah & sekeliling makan tetaplah di hati akan hajat untuk membantu membina sebuah rumah batu bersaiz anggaran 10X12 kaki untuk saudara Aswan bin said, dari kampung tanjung lengkong selama Perak. Sekarang beliau dgn keluarganya (anak perempuan 2 org berumur 7th dan 5th... comel kan?) hanya menghuni rumah yg diperbuat dari buluh, beratap bertam & berlantai batang pinang.

Amat daif melihatkan kediaman beliau. Kami rasakan beliau amat memerlukan sebuah rumah utk kediaman mereka. Beliau hanya bekerja mengambil upah mengait buah kelapa sawit dgn pendapatan yg tak menentu antara 20-40 ringgit sehari. Beliau juga mengidap penyakit buasir. Kesian melihatkan keadaan keluarga beliau dan sedih juga bila mengenangkan nasib yg di alami.

Menitis air mata aku bila teringat kembali kesusahan mak ayah aku yang saling tak tumpah dengan apa yg ada di depan mata aku.

Alhamdulilah sumbagan melepasi sasaran dengan jumlah wang tunai sebanyak RM3400 (rezeki dia lah tu). Sabtu 18 Okt 2014 seramai 22 orang telah menyertai misi gotong royong bagi mendirikan sebuah rumah seperti yang dirancangkan.








bahan yg dipesan tak beli.. hadoiiihh.. apa la abg Roy ni.


Sronok gak sekali sekala berkelah macam ni. Aku termasuk dalam kumpulan tukang masak.. hehe





Aku tak berniat nk mengaibkan sesiapa. Cuma tertanya-tanya
- mana JKKK
- mana ketua kampung
- mana penghulu
- mana YB
- mana menteri
Paling menariknya, rancangan kedatangan kami telahpun dimaklumkan kepada JKKK tapi ketua kampung tak jenguk pun. Apa nak jadi dengan perkampungan melayu macam ni. Dalam arus pembangunan yang pesat & segala kemodenan yang dikecapi, masih ada yang ketinggalan. Bukan terlepas pandang tapi tak dipandang langsung.
Haram jadah sungguh kumpulan JKKK yang tan menjalankan tanggungjawab.
Aku marah sebab aku pernah berada dalam situasi mcm ni dulu.

Menurut penjelasan dari tuan sdra Aswan, sudah banyak kali aduan & permohonan bantuan diajukan kepada ketua kampung tapi TIADA sebarang maklum balas. Ketua kampung tak pernah sampai pun ke rumahnya. Menangis Aswan mengenangkan nasibnya sekeluarga.
Harga barangan keperluan asas sprt beras, gula, minyak.. etc.. pendek kata semua barang termasuk barang kawalan di kedai runcit di kampung ni adalah lebih mahal berbanding harga sebenar di luar.
Aku tak pasti samada ada pemantauan dibuat atau tak dipedulikan di kawasan Tanjung Lengkong ni.
Semoga ada hikmah terbaik di sebalik kes2 macam ni.


No comments:

Post a Comment