Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Monday 30 June 2014

1 Ramadhan 1435H / 29 Jun 2014

Assalamu'alaikum. Kpd muslimin muslimat aku ucapkan Selamat berpuasa & semoga ibadah kita pada tahun ni lebih kerkualiti & diberkati. Harapan aku agar salah silap sesama kita di hari2 lalu dapat dimaafkan & makan minum dihalalkan.

Lama benar aku tak mengetuk keyboard dalam page ni. Lama jugak aku tak bermain dengan kamera. Maka terlalu banyak jugalah peristiwa yang aku tak sempat rakam. Aku ni kepala saja besar, memori lemah & tak dapat nak ingat semua sejarah lalu. Rugi pulak rasanya lama tak cakar-cakar dalam laman ni.

Sebelum terlupa aku rasa ada eloknya aku taip peristiwa penting yg aku ingat:

1- Sabtu 28 Jun 2014: Setelah 17thn bekerja, hari ni tamatlah perhubungan dengan majikannya. Majoriti diberhentikan kerja & digantikan dengan pekerja kontrak. Buat masa skrg wife aku nak berehat sempena bulan puasa. Perancangan seterusnya adalah unt memulakan perniagaan nasi campur secara kecil-kecilan lepas raya nanti. Aku akan sokong apa saja bisnes yang dia nak cuba.

2- Pagi sabtu tu jugak aku pi workshop tukar lower arm keta aku yg sblh kanan. Smua skali RM365. Kalu barang ori kat service center mau rabak poket aku. Lower arm ori RM700 lebih. Kualiti barang lebih kurang sama tapi harga lebih sebab ada cap. Mahai sebab cap saja hampeh btol. Warranty tetap sama.
Apa2 pun AlhamdulilLah slps tukar mmg rasa selesa naik & tak ada dah bunyi2 yg menyakitkan telinga & stereng pun dah tak berbegar & alignment pun dah ok & dah tak senget.

3- Sambut Ramadhan: Sabtu 28 Jun, slps wife aku selesaikan segala urusan dengan majikan, pada sblh petang sempat jugak ronda di Bandar Sunway Sbrg Jaya. Slps puas ronda kami terus balik ke kampung. Sampai di rumah mak dh masuk waktu maghrib. Slps berehat, solat & makan malam terus ke masjid solat Isyak & Tarawih malam pertama. Malam tu slps tarawih aki bersembang panjang dengan mak & abang aku.
Sedar2 dah pukul 1 pagi... paraaahhh.. risau takut tak terjaga sahur nnt.
& memang pun.. sorang pun tak sedar loceng jam berbunyi. Nasib baik ada insan yang prihatin telepon adik aku & waktu tu dah dekat pukul 5pagi. Kelam kabut bangun masak nasi & lauk ala kadar. Alhamdulillah sempat jugak bersahur.

4. Ahad 1 Ramadhan: Sekolah di Kedah masih bercuti tapi aku kena hantaq anak sulung aku balik ke asrama di Serdang. Pagi Ahad tu aku & wife pergi ke Tesco Taiping. Punya la ramai manusia 
, nak cari tempat parking pun susah. Sampai ada pengunjung yang bertelagah berebut tempat parking.
Hajat aku nk beli sotong nak panggang, tapi sotong tak dak. Yang ada cuma ikan & udang. Beli udang sekilo lebih RM 21.80 kalu tak silap. Murah jugak la kalu nak bandingkan dengan harga di pasar basah atau pasar malam. Udang tu wife aku buat rendang. Pukul 4pm siap masak.
Aku kena hantar anak balik ke asrama sblm pkl 6ptg so kena bergerak kluar sblm 5ptg.
Alhamdulillah perjalanan lancar & sampai di asrama pukul 5:50pm.
Lepas bersalam & berpesan yg mana patut, aku bergerak balik ke Lunas & sampai di rumah aku lbh krg 6:30pm. Singgah di bazar Ramadhan beli kurma & air tebu. Lauk dah ada yg masak di rumah mak petang tadi (rendang udang & ikan masak tempoyak). Di rumah aku ada lagi udang dlm peti ais yg aku masak hari Sabtu lepas. Perangat jap & blh makan... Jadinya lauk berbuka di hari pertama adalah rendang udang + udang bersos & ikan masak tempoyak.
AlhamdulilLah kenyang. 
Lepas maghrib ujan lak turun lebat so tak pergi tarawih mlm ke2 :(.



No comments:

Post a Comment