Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Sunday 27 October 2013

penangan kambing

Aku sememangnya allergic dengan kambing (selain bebiri) sejak kecik. Jangankan seketul, secubit pun menyebabkan aku gatal seluruh badan dari kepala sampai hujung kaki. Tak sampai 1 jam slps rasa daging kambing, rasa merenyam tak terkata, bintik2 ruam akan mula timbul, kepala mula berdenyut & last skali perut aku akan memuntahkan semula segala yg telah diisi. Akibatnya aku akan terkulai tak bermaya sehari suntuk.
Khamis lepas, 24 oktober 2013, sebagai penutup SIWG weekly meeting (setelah berjaya capai matlamat dalam masa setahun), pihak pegurusan telah meluluskan some budget for a mini celebration of SIWG improvement. Richie telah diberi tugas untuk memilih tempat untuk menjamu selera. Pilihannya menepati citarasa semua ahli kumpulan (setiap orang memakili department yang berbeza & aku mewakili planning dept). Tempat yg dimaksudkan ialah D'TANDOOR yang terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam (aku dapat tahu restoran ni milik sepupu Halimi, sahabat aku jugak). Menu pilihannya juga tidak kurang hebat..
Ni diaaa menunya... Hebat kan? memang banyak tapi padan la 11 orang makan.

Starter:
Nawabi mixed tandoor 2
Vegetable Pakora (vegetrian)

Rice
Hydrabadi biryani 1
Murghlai murg chicken biryani 1
Seafood biryani 1
Plain basmathi rice 2

Main course
Raans sri kandri 1
murg mussalam akhbari 1
Nawratton Korma (vegetrian)

Gravy
Prawn masala 1
mutton rogan josh
fish methi

Vegetarian vegetable
Malai kofta
Aloo gobi Punjabi

Roti
Garlic naan 2
cheese naan 2
tandoori roti 2
Aloo Masala Naan 2 (Vegetrian)

Dessert
Plain kulfi or mango kulfi  ( Hand made ice cream)

Aku rasa serba sikit je. Masih kuat iman untuk control jumlah makanan yg nak sumbat masuk prot aku heheh.
Oleh sebab Nampak sedap sangat kambing yg berbagai jenis masakan tu, aku telah melanggar pantang yg aku takut sgt.
YAAA.... AKU MAKAN DAGING KAMBING. Tawakkal jer laa dengan harapan badan aku bleh terima  & tak buat hal dalam restoran tu.
Lbh krg 20 minit lepas makan daging kambing, member sebelah aku (Kunen) tegur..
"Din.. awat muka hang merah sangat? ekon tak sejuk ka?"
Aku gelak smbil jawab.. "hahah.. panasss. 1st time langgar pantang makan kambing".
Memang waktu aku aku dah mula rasa gatal2 & panas satu badan dah. Lepas solat maghrib aku mintak diri nak balik, takut sesuatu yg tak diingini berlaku dalam restoran tu. Jarak nak balik ke rumah aku lbh kurang 60KM. Aku dh mula rasa satu macam masa masuk keta... buka tingkap & aku bawak laju (170KM/J di atas BKE) sbb nak sampai rumah scepat, takut aku lembik di tengah jalan pulak nanti. Alhamdulillah jalan pun tak sesak & aku sampai di rumah dengan selamat.
Tros mandi, solat isyak, minum air suam & tido.
Bangun pagi Jumaat tu Alhamdulillah tak ada apa2 kesan allergic pada badan aku. Tapi kepala aku masih berdenyut. Mungkin tekanan darah naik lebih sikit.
Apa2pun makanan di restoran tu memang SEDAAP.. aku bagi 4.5 bintang.
Aku rasa mcm nak pegi lagi. Sapa nak ikut?

No comments:

Post a Comment