Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Tuesday 22 October 2013

sekadar perlu

Hidupku bukan kerana harta dunia, kerana aku hanya musafir lara di dunia yg sementara.
Kasihku bukan kerana pangkat, kerana pangkat juga punca mazmumah sedangkan aku amat lemah.
Cintaku bukan kerana rupa, kerana rupa hanyalah senipis kulit yg turut menua berkerut berkedut berparut.
Sayangku bukan kerana darjat, kerana darjat mampu menggugat pemikiran separa sedar.
Kadang-kadang perlu lupakan bumi untuk menikmati langit, tapi selalunya kita terus lupakan bumi.
Dan kadang-kadang kita perlu berkorban untuk rasa bahagia.
Dan selalunya juga kita perlukan bahagia untuk berkorban.
Kita perlu ke awan untuk rasa tingginya langit dan selam ke dasar untuk tahu dalamnya laut.
Kita perlu masin, pahit, masam, kelat untuk faham nikmatnya manis.
Perlu adanya rindu untuk rasa cinta, derita untuk rasa gembira bahagia.
Kita perlu lari untuk cepat sampai tapi harus berjalan bila tak larat lari.
Namun kita tak perlu musibah untuk ingat Tuhan.


No comments:

Post a Comment