Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Sunday 27 October 2013

Kambing Lagi

Jumaat 25 Oktober 2013: 1CPLG Malaysia Annual dinner 2013 @ Evergreen Hotel.

Pihak pengurusan bersetuju to allow all CPLG employees to leave early @ 2:30PM to change and get ready to go to the dinner.
Aku??? .. gara2 ada masalah dengan sistem, pukul 5pm aku masih di opis.. uwaa... tak aciii.. nak balik.. nak pi dinner.
Dengan bantuan seorang sahabat, aku dapat melangkah kaki kluar dari opis sebelum 5:30pm. Kalut balik ke rumah, mandi & bersiap. Hari Jumaat adalah hari jalanraya sesak di Pulau Pinang & itu salah satu sebab pihak pengurusan bagi balik awal.
Disebabkan aku terlewat, maka aku tersangkut jugak dalam jem tuh.. hadoih laaa..
Pendaftaran bermula pukul 6:30PM tapi aku sampai pukul 8:10PM.. hampess
Tapi tak pa lah.. dapat gak join annual dinner tu. Dapat gak jumpa kawan2 lama dari logistic dulu.
Errmm...
Tajuk entri ni berkaitan kambing. Sebabnya...... antara hidangan istimewa adalah KAMBING
Kambing lagiiii.. lagi lagi kambingg
Perrrgghhh..
Aku makan daging kambing lagi & lagi & lagi.
Apa yang berlaku?
Aku diserang sakit kepala yg teramat sangat.. tak tertahan rasanya.
Jus oren, tea, air suam, air sejuk... semua aku minum.
Orang berseronok tengok persembahan, aku dok di bilik air... berkumur, basuh muka, basuh kepala sampai kuyup. Sejukkan muka & kepala aku yg dah panasss.
Aku naik risau sebab dah mula rasa gatal tapi gagahkan diri jugak tunggu sampai habis.
Dipendekkan crita, slps tamat majlis tu aku tros balik,  tak melepak dgn kwn2 dah.
Dalam kepala aku cuma nak sampai di rumah secepat mungkin.
Alhamdulillah.. gatal tak berpanjangan, tapi sakit kepala berterusan sampai ke hari ni (dah 3 hari).
Adoihlaaa... KAMBING PUNYA PASAL.

Ni sebahagian dr gambar mlm tu.




No comments:

Post a Comment