Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Sunday, 12 August 2012

Patut ke?

Sabtu 10:15 pagi, aku hantar mak aku pegi ke Simpang Empat Taiping atas urusan persediaan unt menyambut Hari Raya yg bakal tiba tak lama lagi. Sementara itu aku meronda di kedai2 perabot dari Simpang sampai la ke Taiping. Sambil2 singgah di kedai gambar tgk promosi DSLR (tgk aje la) & cuci mata di kedai2 yg menjual kain baru raya. Meriah sungguh pekan Taiping sampai sesak susah nk dapat tempat letak kereta. Ramai yg park kereta ikut suka hati je. Aku tak la sampai tahap tu lagi & masih membuang masa pusing cari petak parking sampai jumpa.
Tapi yg aku tak puas hati sangat sangat sangat tu bila  banyak petak2 parking berganti khemah bersambung dgn kedai2 yg menjual pelbagai barangan. Sudah lah hari2 biasa pun susah nk cari petak parking, ni plak di musim2 perayaan & bnyk promosi2 hebat (walaupun harga melambung hebat & di lapik dgn diskaun berpuluh2 persen). Aku tertanya2 kenapa PBT boleh meluluskan petak parking unt dijadikan tapak jualan sedangkan petak parking yg ada pun tak pernah cukup. Keadaan mcm ni la yg menyebabkan lorong2 & jalan2 bertambah sesak & mengundang perkara2 yg tak diingini berlaku. Parking double semestinya mengundang kemarahan org yg tak bleh keluar (aku pun mangsa keadaan jugak pada hari tu..tersepit tak bleh kluar..marah..marah... mmg aku marah). Kalu orang park kereta kat tepi jalan atau di luar petak kompom kena saman. Adakah ini salah satu strategi untuk mengambil kesempatan bagi mendapatkan sebanyak mungkin duit2 saman parking? Sama jugak dgn petak2 parking di tepi2 kedai. Semua dibolot oleh kedai2 & barang2 diletak sampai ke sisi jalan. Kat mana orang nak park kereta? Lori2 yg off-load barang pulak tanpa rasa bersalah & dgn selambanya park di atas jalan. jalan yg 2 lorong dh jadi 1 lorong. Jem tak payah nk crita la. Tak salah di sisi undang2 ke pak polisi & JPJ? kenapa tak dipantau kes2 mcm ni? ataupun  mungkin dh buncit disuap selalu? Ataupun malas nk kluar menjalankan tugas di bawah terik matahari? Patut ke?
Tiap2 hari berdo'a "ya Allah, berkatilah rezeki yg Engkau berikan kpd kami, dan jauhilah kami dari azab api nerakaMu" (makna do'a unt makan). Atau tak berdo'a langsung? Berkat ke?
Sniri mau ingat beb.

No comments:

Post a Comment