Lebih kurang pukul 3pagi aku terdengar bunyi moto & suara orang bagi salam. Rupa2nya Tokwan Coh yg panggil untuk memaklumkan bahawa anak dia (Senah) meninggal dunia awal pagi tu (Al-Fatihah) & mak aku adalah antara yg terawal diberitahu. Mak aku pergi ziarah & megaji & lepas tu tak tidur sampai pagi. Tidur aku pun tak nyenyak sampai ke pagi walaupun badan letih sangat.
1 Mei 2012: Cuti sempena sambutan Hari Buruh
Pagi2 lagi aku dh bergerak ke Anak Bukit nak beli udang & kacang buncis untuk buat rendang rempah nak cicah dgn pulut. Kacang je yang ada, RM 6:00 sekilo. Aku terus ke Cht Jering, masih tak jumpa udang yang aku nak. Taukey kedai tu kata udang mahal & susah nak dapat sebab cuaca kurang elok. Aku terus ke pasar di Simpang Empat pulak... haaa.. baru jumpa udang kertas (udang putih) bersaiz sedang berharga RM9 sekilo. Aku beli 3 kilo nak padankan dengan kacang buncis kat rumah (dlm 4 kilo).
Agak sibuk hari tu sebab:
Pertama: Mizi belum selesai dengan majlis tahlil unt arwah ayah dia (TokCu Haji Junus)
Kedua: Kalut dengan persiapan unt pengkebumian anak Tokwan Coh
Ketiga: Nak memasak di rumah mak aku unt majlis tahlil & do'a selamat ptg nanti (selepas Asar).
Dipendekkan crita, AlhamdulilLah majlis berjalan lancar dengan bantuan jiran tetangga. Tinggal saki-baki pinggan mangkuk cawan & yg seangkatan dengannya 2-3 lungguk menunggu untuk dicuci.
Aku ambik peluang untuk mengecas tenaga untuk diguna semula malam nanti. Tapi macam malam tadi jugak...lena2 ayam je.. haduiiii.. berat nih.
Jam menunjukkan pukul 10:45 malam sewaktu abg2 aku sampai dalam rintik2 hujan. Tapi tak basah sangat pun. Sambil sembang2 kosong kami pekena kopi dengan niat untuk mencerahkan biji mata. Almaklum nak memandu lebih 400km nanti. Aku menyibukkan diri dengan menyusun beg2 di dalam kereta.
Tepat jam 11 malam Abg D sebagai pemandu pertama memulakan perjalanan. Tapi hanya mampu menyengkangkan matanya sampai ke Kuak je. Mata dah mula pedih disebabkan kurang tidur.
Abg Sani pulak menyambung tugas sebagai pemandu dari Kuak & berhenti di Batu Melintang lebih kurang pukul 2:45am. Masing2 memesan minuman & aku mengisi perut dengan nasi lemak sejuk & air kopi gano.
Selepas selesai makan minum & berehat, kami pakat-pakat keluar dari kedai & pada masa tu lah ada sorang polis tegur adik aku (Man)... katanya macam pernah tengok. sembang punya sembang rupa2nya si polis tu anak bekas ketua kampung yang berjiran dengan kampung aku. & arwah abg dia pulak sama tua dengan aku. Hmmm... sapa sangka akan berjumpa dgn org kampung di situ. Kebetulan salah sorang dari polis tu adalah bapak sedara kepada penolong pengarah akademi BOMBA di tempat yang kami nak tuju. Tapi sembang kami tak lama sebab masih jauh jarak yg kami perlu tempuh.
Pukul 3:15am giliran aku mengambil alih tugas memandu kereta aku. Bermula dari Batu Melintang & berhenti di satu tempat (aku tak ingat da nama tempat tu), dalam 64KM untuk sampai ke Wakaf Tapai. Abg Sani sekali lagi ambik alih & kali ni khidmat GPS betul2 digunakan. Pukul 6pagi kami berjaya jumpa Akademi BOMBA, tempat yg kami nak tuju & harus sampai sebelum pukul 8pagi.
Next... jari menekan GPS mencari masjid untuk solat subuh.
Haaa.... Di sini baru aku teringat kat pinggang aku ada kamera. Di masjid ni la gambar pertama yg dirakam oleh kamera kompak aku (sesudah solat & sesudah adik aku bersiap kemas).
Gambar bawah: Adik aku yg no7 (Abdul Rahman) dgn mak aku di depan masjid tempat kami bersolat subuh.
Gambar bawah: Man bersama sahabat baru sendang menyemak senarai dokumen
Gambar bawah: Man... siap sedia unt melaporkan diri (dgn tali leher merah yg pihak Akademi bagi). Gambar terakhir sebelum kami tinggalkan Man di situ. Maka terputuslah segala jenis komunikasi selama 2 bulan bermula dari tarikh lapor diri (kecuali kecemasan). No handphone, no ipad, no laptop & yg sewaktu dengannya.
Pukul 10am kami terdengar pengumuman dari pihak pengelola memaklumkan bahawa para ibu-bapa & waris dikehendaki meninggalkan kawasan Akademi BOMBA tu pada pukul 11 pagi. Man tengah sibuk di tengah padang & memang tak sempat nak tungg dah. Tapi sebelum tu kami semua sudah pun sersalaman & berpesan2 di antara Man & kami semua. Jadi kami mengambil keputusan untuk beredar dari Akademi BOMBA tu sebelum pukul 11 pagi.
Alang2 dah sampai ke T'ganu, kami ambik kesempatan unt bersiar2 di kawasan berdekatan.
Taman Tamadun Islam hanya beberapa KM je dari Wakaf Tapai. Jadi tidak ada alasan untuk tidak singgah.
Gambar bawah: Mak aku di depan pintu masuk ke Taman Tamadun Islam
Di depan gerbang masuk ke Masjid Kristal
Gambar bawah: Mak & adik bongsu aku tengah tayang handphone.. dok ejas sudut nak ambik gambar Masjid Kristal
Dari kiri: Abg Long (Abg D), AbgNgah (Abg Sani) & Mak
Haa... yg dok peluk mak dia ni kenai kot?
Gambar bawah: Aku berada betul2 di bawah lampu ni
Gambar bawah: Sabariah & Mak di dalam Masjid
Gambar bawah: Mimbar di dalam Masjid Kristal
Sebahagian dari ukiran khat
Amboi amboiiiii Sabariaaaahhh
Pintu keluar (dari dalam Masjid Kristal)
Bergambar lagi
Whooppsss... tukang ambik gambar tak dan nak duduk
Cukup lah gambar2 ni yer...
Next.... kami menuju ke tempat tempat mengisi perut iaitu Kopok Losong Kak Yah yea yeaaahhh...
20 ketul yg rebus & 20 ketul yg goreng. Air sniri order. AlhamdulilLah kenyang jugak meratah kopok Kak Yah ni. Sedap.. tapi kalu bli bawak balik tak sedap pulak.
Harap mahap.. gambor tak der
Destinasi seterusnya ialah tempat menyoping iaitu Pasar Payang.. harap mahap... (harap mahap gambor tak der..) Beli serba sikit buah tangan unt para waris di kampung. Kami tak lama di Pasar Payang sebab masa pun terlalu suntuk. Lepas solat Zohor terus balik.
Persinggahan seterusnya (dalam perjalan balik) ialah di Masjid (aku tak ingat nama kawasan & nama masjid tu) unt tunaikan solat Asar & tunggu waktu Maghrib. Sesudah Maghrib kami bergerak menuju ke Bukit Bunga di Kelantan unt cuci mata tengok2 apa benda yg berkenan. Tapi tak dak apa yg melekat di hati pun. Aku sekadar mengisi perut dengan bihun sup & horlick panas.
Abg D sekali lagi mengambil tugas memandu balik dari Kelantan. Aku? koma... sedar2 dah sampai depan rumah. Punggah barang & abg2 aku pun balik ek ruamh masing2... tak sembang panjang dah & terus bummmm... lena.
Tamatlah sudah alkisah perjalanan pergi & balik.
Sekian.
No comments:
Post a Comment