Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Monday, 28 May 2012

Selamat Datang

AlhamdulilLah bertambah ummat Nabi Muhammad.
Nur Anis Najwa 2thn stgh dah dapat adik lelaki. Isteri kpd adik aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada hari Sabtu 25 May 2012M bersamaan 5 Rejab 1433H. Aku tak ingat pukul berapa tapi yg aku tahu selepas pukul 10mlm. Muhammad Adam Haris nama diberi. Putih melepak orangnya & panjang2 jari2 dia. Mesti bertubuh besar bila besar nnt (kata org tua2).

Sebahagian dr gmbr2 yg smpt dirakam semalam. (Aku pun nak tumpang ambik bahagian jugak heheh)





Saturday, 26 May 2012

Seboknyaa

Mmg sebok sesebok seboknya. Mggu depan IA audit & aku kena rep group aku. Spec pun blom update lagi.. ni semua punca caca marba belaka.
Next week Monday sblh petang kena pegi Penang FTF dgn geng dari US… lps tu dinner kat golden triangle. Ermm.. nasib baik Halimi yg dapat AR to make the necessary arrangements unt dinner so aku pegi melahap je lah.
Tgh hari ni (baru sat tadi) aku menjamu selera kat depan rumah aku.. ustzaz Khazali buat kenduri sempena perkahwinan anak2 dia. Dua org skali wooo.. jimat kos tuu. Uztaz ni tak pernah tempah catering. Tiap2 kali kenduri dia akan jemput orang ramai gotong royong memasak di surau. Meriah wooo… Ni la namanya semangat bermasyarakat. Ermm… tapi aku tersangkut tak bleh kluar sbb bnyk keta & moto dah blok pagar rumah aku.
Mlm ni aku bercadang nak balik kampong (Taiping) sbb bak bagi duit kat tukang rumah. Abg aku kata dh nak siap dh pun. Atap semua dh pasang & tunggu nk pasang wayar elektrik & paip air. Tukang rumah tu nk tunggu aku sbb nak tnaya aku tang mana aku nak letak power point, brapa point & kat mana nk letak kipas & brapa kipas. Aku Cuma bleh bagi 25k (cash) je la kat tukang rumah esok sbb hari ni bank tak buka so aku tak bleh ambik belen 10k lagi. Aku dh bnyk kali mintak no akaun tukang rumah tu so that senang aku transfer online je. Bawak cash ni tinggi risiko. Tapi masalahnya IC tukang rumah tu rosak & IC baru blom siap. Bank tak trima IC sementara pulak & tak bleh bleh nk withdraw jumlah yg banyak… apa da BSN ni. Tak mesra pelanggan.
Malas dh nk tulis… bnyk keja sedang menunggu...
adiosss..

Saturday, 19 May 2012

148/100 & 100

Patut la sakit kepala teruk sangat... Doktor bagi 1 hari MC, ubat demam + ubat migrain. Makan ubat tu lega sakit kepala tapi sakit pinggang pulak menyerang. 3 hari aku menanggung sakit pinggang.. adoih laaaaa.. Lepas stop ubat tu sakit pinggang pun kurang & hari ni Alhamdulillah dh sihat mcm biasa. Salah ubat ke apa ni?

Sunday, 13 May 2012

Selamat Hari Ibu

13 May 2012:
Selamat Hari Ibu kpd bonda tercinta, Khadijah Binti Mat & mertuaku Saleha Binti Hashim & tak lupa umumnya kpd ibu2 di seluruh pelusuh dunia.
Mintak tangguh majlis unt bonda barang seminggu atas sebab2 yg tak dpt dielakkan. InsyaAllah anakanda akan balik secepat mungkin.

Saturday, 12 May 2012

Kecemerlangan Ibu-Bapa

Itulah tajuk ceramah motivasi yang berlangsung pada hari ni 12 Mei 2012 bertempat di Dewan Bestari SKJPB anjuran PIBG Sekolah Kebangsaan Jalan Paya Besar (SKJPB), yakni sekolah di mana anak2 aku belajar sekarang.
Penceramah jemputan ialah AlFadhil Ustaz Azhar bin Abdul Hamid, Pegawai Pembangunan Insan Pulau Pinang - PERDA.
Pertama sekali aku ucapkan berbanyak TERIMA KASIH kpd pihak PIBG (YDP En Ramlli bin Husin, Puan Guru Besar Hjh Azizan bt Ab Rahman & seluruh warga yg terlibat) kerana sudi mengajurkan ceramah ini yg julung2 kali diadakan di sekolah secara percuma dan dibekalkan air mineral & kuih, khas untuk ibu-bapa. BERBALI-BALOI.
Keduanya, aku tumpang berdukacita bila menyaksikan jumlah kehadiran ibu-bapa yg tak sampai separuh dewan (sepatutnya melebihi kapasiti dewan jika diukur dengan jumlah keseluruhan ibu-bapa kpd pelajar2 sekolah ni). Aku tak faham knp lebih 60% jemputan (ibu bapa khasnya) tak mengambil peluang keemasan ni unt memahami keperluan asas bagi menjadi ibu-bapa yg cemerlang.
Aku ingin berkogsi serba sikit isi2 penting yg sempat aku tangkap semasa Ustaz Azhar berceramah tadi. Aku rigkaskan & terjemahkan mengikut pemahaman aku berdasarkan huraian ustaz.

5 perkara yg perlu ada pada setiap ibu-bapa unt memastikan kejayaan diri & keluarga:
Ilmu:
- Ibu-Bapa  & Guru bertanggungjawab memberi ILMU yg secukupnya kpd anak2 / murid2 bagi membantu mereka unt bangun dan membangunkan diri sendiri. Bagun dalam ertikata tahap kesedaran, kepekaan, pemahaman, kemampuan & mengaplikasikan ilmu sepanjang hayat.
- Ibu-Bapa  & Guru juaga bertanggungjawab untuk membantu - Bantu yg dimaksudkan di sini dari segi sokongan fizikal & moral termasuk kewangan untuk anak2 /murid2 terus menimba ILMU dari sumber2 lain yg tidak ada pada ibu-bapa atau guru sekolah (atau mungkin tidak mencukupi). Bantu selagi berdaya.
- Mendidik, tugas yg bermula di rumah yg wajib ditunaikan oleh ibu-bapa & dibantu oleh guru2 ketika di sekolah. Bukannya melepaskan tangan kpd guru2 sekolah semata2 seperti melepaskan kambing dari kandang.
- Kongsi, bukan tajuk filem tapi kogsi yg dikongsikan di sini ialah sejauh mana keikhlasan ibu-bapa & guru berkogsi jiwa raga & kasih sayang terhadap anak2/murid2. Kongsi segala ilmu pengetahuan & pengalaman bagi membentuk peribadi yg tinggi & mulia.

Sikap:
- Bukan hanya sikap anak2/pelajar, tapi sikap ibu bapa juga amat penting untuk memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Anak mengadu kpd bapa - bapa serang cikgu tanpa usul periksa dan berbagai jenis kes yg semakin menjadi2 di sekolah & di rumah. Puncanya adalah sikap. Bila salah anak2 dirotan, dipukul & tamat di situ. Di mana kata2 nasihat? Adakah rotan, pukul, taboh, tampar (just name it) perkara terbaik sebagai dorongan unt membaiki kesilapan? Di sinilah sikap ibu-bapa yg perlu diperbaiki unt merealisasikan harapan unt melihat kejayaan & seterusnya kebagiaan keseluruhan keluarga.
Seperkara lagi yg disentuh oleh ustaz ialah SENTUHAN. Berapa kali dlm sehari kita bersalam dengan anak2 kita? berapa kerap kita peluk cium anak2 kita? Berapa kali kita meletakkan tgn di dada mereka & merasakan degupan jantung anak2 kita? Pernahkah kita membaca do'a & menghembuskan di ubun2, di telinga, di muka, di seluruh badan anak2 kita? Jawablah sendiri soalan2 ini & nilaikan diri  kita sebagai ibu bapa.

Perangai:
Perangai sapa lagi kalu bukan perangai ibu bapa. Kenapa ibu bapa? Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sebab kromosom x & y warisan ibu bapa & lebih tepat lagi, bayi belajar dengan apa yg ada di sekelilingnya. Tegurlah diri sendiri sblm tegur org lain.

Disiplin:
Mcm mana tahap disiplin ibu bapa sekelian? Gred A, B, C, D, E, F? di mana tahap kita berbanding anak2? Fikir-fikirkan.

Iltizam:
- Dalam bahasa melayu dipanggil "bersungguh-sungguh". Bersungguh-sungguhkah ibu bapa dlm mendidik anak2? atau sekadar pandang muka sewaktu bangun pagi sebelum pergi kerja & sebelum tidur?

Setakat ni saja yg aku sempat sambar dari isi2 ceramah ustaz. Aku tak nak tokok tambah takut nanti tak selari dgn apa yg disampaikan oleh ustaz.

Sekian dulu perkongsian unt hari ni.

Thursday, 10 May 2012

Sabun

Dulu sahabat aku dh cerita tentang isu ni. Keta WISH dia dicuci dgn sabun basuh kain. Keta aku lak ntah brapa kali dah dok cuci dgn sabun ekonomi handalan. Aku baru perasan bila ternampak pekerja di tempat cuci keta tu balik dari kedai bawak 2 pek besaq ekonomi handalan & tak lama lepas tu sorang lagi tuang sabun tu dlm bekas air.
Setahu aku kalu pakai sabun basuh baju ke atau sabun cap tah apa-apa ni sikit sebanyak akan menghakis clear coat secara perlahan-lahan..lagi satu pakai kain kasar & tak dicuci akan buat cat kreta ada swirl mark yang berpusar-pusar. Kalu hari-hari di cuci dgn kain mcm tu harus pudar habis cat... keta aku baru 1 thn tapi cat dia dh mcm 3-4thn. Patutla caj murah.. MPV baru RM16 cuci luar dalam. Hampeeeehhhh..
Peringatan unt aku. Biaq keta aku belemoih pun tak pa. Kalu nak basuh nanti aku basuh sniri. lagi puas hati.
Peringatan unt kawan2.. hangpa pi jenguk dulu depa guna sabon apa sblm suruh depan basuh keta.

Monday, 7 May 2012

Work in progress....

Projek pembinaan rumah untuk bonda tercinta.
Pandangan dari depan sudut sebelah kanan rumah abg Sani
Tanah merah yg dilonggokkan di tepi pokok rambutan di depan / tepi  antah rumah abg sani & rumah abg D

Trip to Akademi BOMBA Wakaf Tapai T’ganu

30 April 2012 bersamaan hari Senayan, jam menunjukkan tepat pukul 17:40 sewaktu aku melangkah meninggalkan opis untuk bercuti selama 3 hari je. Malam tu lebih kurang pukul 21:30 aku bertolak balik ke kampung & sampai di rumah mak aku lebih kurang pukul 23:05. Berborak smpi tgh mlm tu perkara biasa tiap kali balik kampung walaupun tak ada topik yg menarik sangat. Bila dh betul2 ngantuk baru masuk tidur. Aku tak malas gantung kelambu & tidur di atas toto je. Padahnya mata aku sekadar mampu lena2 ayam bila tidur aku di ganggu nyamuk2 yg dahaga darah. Adeeiiii gatalnyaaa..
Lebih kurang pukul 3pagi aku terdengar bunyi moto & suara orang bagi salam. Rupa2nya Tokwan Coh yg panggil untuk memaklumkan bahawa anak dia (Senah) meninggal dunia awal pagi tu (Al-Fatihah) & mak aku adalah antara yg terawal diberitahu. Mak aku pergi ziarah & megaji & lepas tu tak tidur sampai pagi. Tidur aku pun tak nyenyak sampai ke pagi walaupun badan letih sangat.

1 Mei 2012: Cuti sempena sambutan Hari Buruh
Pagi2 lagi aku dh bergerak ke Anak Bukit nak beli udang & kacang buncis untuk buat rendang rempah nak cicah dgn pulut. Kacang je yang ada, RM 6:00 sekilo. Aku terus ke Cht Jering, masih tak jumpa udang yang aku nak. Taukey kedai tu kata udang mahal & susah nak dapat sebab cuaca kurang elok. Aku terus ke pasar di Simpang Empat pulak... haaa.. baru jumpa udang kertas (udang putih) bersaiz sedang berharga RM9 sekilo. Aku beli 3 kilo nak padankan dengan kacang buncis kat rumah (dlm 4 kilo).
Agak sibuk hari tu sebab:
Pertama: Mizi belum selesai dengan majlis tahlil unt arwah ayah dia (TokCu Haji Junus)
Kedua: Kalut dengan persiapan unt pengkebumian anak Tokwan Coh
Ketiga: Nak memasak di rumah mak aku unt majlis tahlil & do'a selamat ptg nanti (selepas Asar).

Dipendekkan crita, AlhamdulilLah majlis berjalan lancar dengan bantuan jiran tetangga. Tinggal saki-baki pinggan mangkuk cawan & yg seangkatan dengannya 2-3 lungguk menunggu untuk dicuci.
Aku ambik peluang untuk mengecas tenaga untuk diguna semula malam nanti. Tapi macam malam tadi jugak...lena2 ayam je.. haduiiii.. berat nih.

Jam  menunjukkan pukul 10:45 malam sewaktu abg2 aku sampai dalam rintik2 hujan. Tapi tak basah sangat pun. Sambil sembang2 kosong kami pekena kopi dengan niat untuk mencerahkan biji mata. Almaklum nak memandu lebih 400km nanti. Aku menyibukkan diri dengan menyusun beg2 di dalam kereta.
Tepat jam 11 malam Abg D sebagai pemandu pertama memulakan perjalanan. Tapi hanya mampu menyengkangkan matanya sampai ke Kuak je. Mata dah mula pedih disebabkan kurang tidur.
Abg Sani pulak menyambung tugas sebagai pemandu dari Kuak & berhenti di Batu Melintang lebih kurang pukul 2:45am. Masing2 memesan minuman & aku mengisi perut dengan nasi lemak sejuk & air kopi gano.
Selepas selesai makan minum & berehat, kami pakat-pakat keluar dari kedai & pada masa tu lah ada sorang polis tegur adik aku (Man)... katanya macam pernah tengok. sembang punya sembang rupa2nya si polis tu anak bekas ketua kampung yang berjiran dengan kampung aku. & arwah abg dia pulak sama tua dengan aku. Hmmm... sapa sangka akan berjumpa dgn org kampung di situ. Kebetulan salah sorang dari polis tu adalah bapak sedara kepada penolong pengarah akademi BOMBA di tempat yang kami nak tuju. Tapi sembang kami tak lama sebab masih jauh jarak yg kami perlu tempuh.
Pukul 3:15am giliran aku mengambil alih tugas memandu kereta aku. Bermula dari Batu Melintang & berhenti di satu tempat (aku tak ingat da nama tempat tu), dalam 64KM untuk sampai ke Wakaf Tapai. Abg Sani sekali lagi ambik alih & kali ni khidmat GPS betul2 digunakan. Pukul 6pagi kami berjaya jumpa Akademi BOMBA, tempat yg kami nak tuju & harus sampai sebelum pukul 8pagi.
Next... jari menekan GPS mencari masjid untuk solat subuh.
Haaa.... Di sini baru aku teringat kat pinggang aku ada kamera. Di masjid ni la gambar pertama yg dirakam oleh kamera kompak aku (sesudah solat & sesudah adik aku bersiap kemas).

Gambar bawah: Adik aku yg no7 (Abdul Rahman) dgn mak aku di depan masjid tempat kami bersolat subuh.
Gambar bawah: Man bersama sahabat baru sendang menyemak senarai dokumen
Gambar bawah: Man... siap sedia unt melaporkan diri (dgn tali leher merah yg pihak Akademi bagi). Gambar terakhir sebelum kami tinggalkan Man di situ. Maka terputuslah segala jenis komunikasi selama  2 bulan bermula dari tarikh lapor diri (kecuali kecemasan). No handphone, no ipad, no laptop & yg sewaktu dengannya.

Pukul 10am kami terdengar pengumuman dari pihak pengelola memaklumkan bahawa para ibu-bapa & waris dikehendaki meninggalkan kawasan Akademi BOMBA tu pada pukul 11 pagi. Man tengah sibuk di tengah padang & memang tak sempat nak tungg dah. Tapi sebelum tu kami semua sudah pun sersalaman & berpesan2 di antara Man & kami semua. Jadi kami mengambil keputusan untuk beredar dari Akademi BOMBA tu sebelum pukul 11 pagi.

Alang2 dah sampai ke T'ganu, kami ambik kesempatan unt bersiar2 di kawasan berdekatan.
Taman Tamadun Islam hanya beberapa KM je dari Wakaf Tapai. Jadi tidak ada alasan untuk tidak singgah.

Gambar bawah: Mak aku di depan pintu masuk ke Taman Tamadun Islam
Di depan gerbang masuk ke Masjid Kristal
 
Gambar bawah: Mak & adik bongsu aku tengah tayang handphone.. dok ejas sudut nak ambik gambar Masjid Kristal
Dari kiri: Abg Long (Abg D), AbgNgah (Abg Sani) & Mak
Haa... yg dok peluk mak dia ni kenai kot?
Gambar bawah: Aku berada betul2 di bawah lampu ni
Gambar bawah: Sabariah & Mak di dalam Masjid
Gambar bawah: Mimbar di dalam Masjid Kristal
Sebahagian dari ukiran khat
Amboi amboiiiii Sabariaaaahhh
Pintu keluar (dari dalam Masjid Kristal)
Bergambar lagi
Whooppsss... tukang ambik gambar tak dan nak duduk
Cukup lah gambar2 ni yer...

Next.... kami menuju ke tempat tempat mengisi perut iaitu Kopok Losong Kak Yah yea yeaaahhh...
20 ketul yg rebus & 20 ketul yg goreng. Air sniri order. AlhamdulilLah kenyang jugak meratah kopok Kak Yah ni. Sedap.. tapi kalu bli bawak balik tak sedap pulak.
Harap mahap.. gambor tak der

Destinasi seterusnya ialah tempat menyoping iaitu Pasar Payang.. harap mahap... (harap mahap gambor tak der..) Beli serba sikit buah tangan unt para waris di kampung. Kami tak lama di Pasar Payang sebab masa pun terlalu suntuk. Lepas solat Zohor terus balik.
Persinggahan seterusnya (dalam perjalan balik) ialah di Masjid (aku tak ingat nama kawasan & nama masjid tu) unt tunaikan solat Asar & tunggu waktu Maghrib. Sesudah Maghrib kami bergerak menuju ke Bukit Bunga di Kelantan unt cuci mata tengok2 apa benda yg berkenan. Tapi tak dak apa yg melekat di hati pun. Aku sekadar mengisi perut dengan bihun sup & horlick panas.
Abg D sekali lagi mengambil tugas memandu balik dari Kelantan. Aku? koma... sedar2 dah sampai depan rumah. Punggah barang & abg2 aku pun balik ek ruamh masing2... tak sembang panjang dah & terus bummmm... lena.
Tamatlah sudah alkisah perjalanan pergi & balik.
Sekian.