Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Saturday, 12 May 2012

Kecemerlangan Ibu-Bapa

Itulah tajuk ceramah motivasi yang berlangsung pada hari ni 12 Mei 2012 bertempat di Dewan Bestari SKJPB anjuran PIBG Sekolah Kebangsaan Jalan Paya Besar (SKJPB), yakni sekolah di mana anak2 aku belajar sekarang.
Penceramah jemputan ialah AlFadhil Ustaz Azhar bin Abdul Hamid, Pegawai Pembangunan Insan Pulau Pinang - PERDA.
Pertama sekali aku ucapkan berbanyak TERIMA KASIH kpd pihak PIBG (YDP En Ramlli bin Husin, Puan Guru Besar Hjh Azizan bt Ab Rahman & seluruh warga yg terlibat) kerana sudi mengajurkan ceramah ini yg julung2 kali diadakan di sekolah secara percuma dan dibekalkan air mineral & kuih, khas untuk ibu-bapa. BERBALI-BALOI.
Keduanya, aku tumpang berdukacita bila menyaksikan jumlah kehadiran ibu-bapa yg tak sampai separuh dewan (sepatutnya melebihi kapasiti dewan jika diukur dengan jumlah keseluruhan ibu-bapa kpd pelajar2 sekolah ni). Aku tak faham knp lebih 60% jemputan (ibu bapa khasnya) tak mengambil peluang keemasan ni unt memahami keperluan asas bagi menjadi ibu-bapa yg cemerlang.
Aku ingin berkogsi serba sikit isi2 penting yg sempat aku tangkap semasa Ustaz Azhar berceramah tadi. Aku rigkaskan & terjemahkan mengikut pemahaman aku berdasarkan huraian ustaz.

5 perkara yg perlu ada pada setiap ibu-bapa unt memastikan kejayaan diri & keluarga:
Ilmu:
- Ibu-Bapa  & Guru bertanggungjawab memberi ILMU yg secukupnya kpd anak2 / murid2 bagi membantu mereka unt bangun dan membangunkan diri sendiri. Bagun dalam ertikata tahap kesedaran, kepekaan, pemahaman, kemampuan & mengaplikasikan ilmu sepanjang hayat.
- Ibu-Bapa  & Guru juaga bertanggungjawab untuk membantu - Bantu yg dimaksudkan di sini dari segi sokongan fizikal & moral termasuk kewangan untuk anak2 /murid2 terus menimba ILMU dari sumber2 lain yg tidak ada pada ibu-bapa atau guru sekolah (atau mungkin tidak mencukupi). Bantu selagi berdaya.
- Mendidik, tugas yg bermula di rumah yg wajib ditunaikan oleh ibu-bapa & dibantu oleh guru2 ketika di sekolah. Bukannya melepaskan tangan kpd guru2 sekolah semata2 seperti melepaskan kambing dari kandang.
- Kongsi, bukan tajuk filem tapi kogsi yg dikongsikan di sini ialah sejauh mana keikhlasan ibu-bapa & guru berkogsi jiwa raga & kasih sayang terhadap anak2/murid2. Kongsi segala ilmu pengetahuan & pengalaman bagi membentuk peribadi yg tinggi & mulia.

Sikap:
- Bukan hanya sikap anak2/pelajar, tapi sikap ibu bapa juga amat penting untuk memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Anak mengadu kpd bapa - bapa serang cikgu tanpa usul periksa dan berbagai jenis kes yg semakin menjadi2 di sekolah & di rumah. Puncanya adalah sikap. Bila salah anak2 dirotan, dipukul & tamat di situ. Di mana kata2 nasihat? Adakah rotan, pukul, taboh, tampar (just name it) perkara terbaik sebagai dorongan unt membaiki kesilapan? Di sinilah sikap ibu-bapa yg perlu diperbaiki unt merealisasikan harapan unt melihat kejayaan & seterusnya kebagiaan keseluruhan keluarga.
Seperkara lagi yg disentuh oleh ustaz ialah SENTUHAN. Berapa kali dlm sehari kita bersalam dengan anak2 kita? berapa kerap kita peluk cium anak2 kita? Berapa kali kita meletakkan tgn di dada mereka & merasakan degupan jantung anak2 kita? Pernahkah kita membaca do'a & menghembuskan di ubun2, di telinga, di muka, di seluruh badan anak2 kita? Jawablah sendiri soalan2 ini & nilaikan diri  kita sebagai ibu bapa.

Perangai:
Perangai sapa lagi kalu bukan perangai ibu bapa. Kenapa ibu bapa? Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sebab kromosom x & y warisan ibu bapa & lebih tepat lagi, bayi belajar dengan apa yg ada di sekelilingnya. Tegurlah diri sendiri sblm tegur org lain.

Disiplin:
Mcm mana tahap disiplin ibu bapa sekelian? Gred A, B, C, D, E, F? di mana tahap kita berbanding anak2? Fikir-fikirkan.

Iltizam:
- Dalam bahasa melayu dipanggil "bersungguh-sungguh". Bersungguh-sungguhkah ibu bapa dlm mendidik anak2? atau sekadar pandang muka sewaktu bangun pagi sebelum pergi kerja & sebelum tidur?

Setakat ni saja yg aku sempat sambar dari isi2 ceramah ustaz. Aku tak nak tokok tambah takut nanti tak selari dgn apa yg disampaikan oleh ustaz.

Sekian dulu perkongsian unt hari ni.

No comments:

Post a Comment