Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Sunday, 17 July 2011

murah

Jumaat 15 Jul, sesudah solat maghrib aku bertolak dr Kulim balik ke kampung dengan anak-anak aku. Bini aku? Bak kata orang dulu-dulu. Sayang isteri tingal-tinggalkan... Haha.. sebenarnya bini aku terpaksa bekerja shift malam, jadi dia tak dapat ikut balik ke kampung. Aku ibarat ayah tunggal lah. Ke mana-mana pun heret anak-anak saja.
Topik hari ni ialah "MURAH". Apa yang murah? Ini tak ada kena mengena dengan promosi barangan super market atau hypermarket ataupun barangan elektronik. Topik hari ni berkisar tentang HARGA DURIAN di kampung yang jatuh teruk. Bukan setakat buruh kampung atau tuan kebun, malah peraih pun turut merasa bahana kejatuhan harga durian kampung kali ni. Harga terkini (Sabtu 16 Jul) yang dibayar oleh peraih bagi serangkap durian (antara 2-3 biji durian bersaiz sebesar buah sukun di kira sebiji) ialah RM2:00. Jika dikira harga timbang pun tak jauh beza. Sekilo RM0.80 untuk buah yang elok (tak ada cacat cela, tak pecah tak ada lubang & dalam kategori A. Untuk kategori B & C harganya kurang sikit... antara 60 sen ke 30sen sekilo. Bayangkanlah betapa susahnya orang-orang dusun naik turun bukit mengutip & mengandar buah durian ni tapi $$ yg dapat agak kurang berbaloi jika nak dibandingkan dengan kudrat empat kerat yg dibanting.
Aku tak nafikan masalah yg dihadapi oleh peraih pun tak kurang hebat. Bayangkan durian yg dah dibeli dari orang-orang kampung & jumlah duit yang telah dilaburkan, tapi atas sebab-sebab yang entah boleh atau tak boleh dielakkan (aku pun tak tau), lori-lori besar ataupun pembeli-pembeli dari luar lambat sampai ataupun tertunda, maka bua-buah durian tak dapat dijual pada waktu atau hari yang sepatutnya. Buah durian ada yang mudah pecah & tak tahan lama. Di situlah bermulanya kerugian di pihak peraih. Namun jika semuanya berjalan lancar, maka peraih adalah org yg paling kaya. Mana taknya. Kerja yg mudah & dapat untung atas angin.
Bab durian kampung ni aku agak kurang berpuas hati sebab buah dibeli oleh peraih secara borong. Bagi tuan punya dusun, buah tak semestinya besar tapi isi mau cantik dan sedap. Disebabkan harga borong, maka buah kecik isi cantik ni mengalami kerugian berbanding buah besar yg isi kurang sedap.
Cukuplah bab durian...
Aku dah lama tak memanjat pokok. Petang semalam selepas kutip durian, aku panjat pokok langsat. nampak macam sikit tapi banyak jugak rupanya. Aku tak rasa gayat walaupun pokok tu agak tinggi, tapi tapak kaki aku ni geli .. haha.. mungkin dah lama aku tak buat kerja-kerja macam ni & stamina aku mungkin tak sesuai unt kembali jadi orang bukit (walau hakikatnya aku ni asal budak kampung yg suka main di bukit).
Petang semalam, balik dari bukit aku terus ke kebun di belakan rumah abang aku. Panjat pokok dokong pulak.. tapi pokok dokong ni rendah saja & tak jadi masalah untuk aku panjat. Buah tah banyak, cukup sekadar adik beradik nak makan.
Selesai panjat pokok dokong, aku sambung dgn aktiviti mengait pulak. Kait rambutan la.. hehe.. banyak jugak buah rambutan. Dapat la aku bawak balik ke Kulim serba sikit durian, langsat, dokong & rambutan unt sedekahkan kepada jiran-jiran terdekat bagi pakat2 rasa sorang sikit.... :)
Nak jugak?.. jom ikut balik kampung

No comments:

Post a Comment