Sebagaimana dirancang, Rabu 6 Jul, 8:10am dah terpacak kat Sekolah Kebangsaan Taman Kenari, Kulim. Dengan izin pihak majikan aku + 8 org sahabat melancarkan satu program yg diberi nama PC-PAL.
PC-pal ni actually derived from the pen-pal concept which was implemented in the US about 14yrs ago. The objective is to give students PC and e-mail experience by improving communication & keyboard skills.
Buat permulaan team kami ni akan bantu para pelajar unt mengenali asas komputer dengan cara berinteraksi 1:1 melalui email. Majoriti dlm group kali ni adalah pakar2 komputer (software & hardware). Pendek kata start dari design smpi jadi sebijik komputer. Secara tak langsung aku pun tumpang blajar jugak sikit sebanyak bab2 hardware & software ni.
Kemesraan antara guru, murid & kami sememangnya memudahkan perlajanan program ni. Hari pertama adalah hari suaikenal & pengenalan kpd komputer. Cikgu cikgi kat situ pun tak kurang bersemangat.
Bila ditanya sapa yg ada email account.. ada la 4-5 murid yg angkat tgn.. Skali lagi tanya.. sapa yg ada facebook account.. dekat 100% angkat tangan.. apa lagi.. kami semua renggah gelak sakan.. huargh.. huarghh. kalu ada facebook semestinya ada email lah.. adoiihhh..
Tapi memandangkan program ni unt mengajar bebudak skolah & unt memudahkan urusan selanjutnya, so kami cadangkan unt seragamkan email address. Pendek kata create email account yg baru unt setiap murid.
Sonang je tu...
Unt menjadikan program tu lebih selamat & tak melanggar sebarang jenis undang2 atau peraturan, kami dh sediakan surat bagi mendapatkan persetujuan mak bapak membenarkan anak2 jagaan mereka menyertai program ni. InsyaAllah Isnin depan kami akan terima maklum balas dari pihak skolah. Buat masa skrg setiap ahli kumpulan kami akan membimbing 2 org murid. Harap2 bebudak ni tak degil. hehe..
Aku anggap tugas ni sebagai cabaran unt aku sbb aku kena pastikan ank2 aku pun dapat perhatian sempurna yg sepatutnya dari aku. Sesi pengenalan PC-Pal ni berakhir dgn jamuan ringan dari pihak sekolah. Tunggu team leader update on Monday pulak... hehe.
No comments:
Post a Comment