Hari Ahad mggu lepas (3 Mac), tak bnyk aktiviti sblh siang.. brehat je smbil kemas2 sikit kat rumah.
Sblh mlm lak ejas lemari kat bilik.. tgh dok hogeh² tu tetiba betis kiri aku sebelah kiri atas sikit dr buku lali jadi kejang. Hadoi laaa.. sakit wooo… tapi sempat jugak la selesaikan hajat nak ubah lemari tu. Mlm tu keja dok urut betis je la smbil layan tv. Bgn pagi hari senayan tu perut pulak meragam.. memulas-mulas. Dah la sakit kaki pun tak lega lagi, ditambah pulak perut memulas.. ish.. dosa apa gamaknya yg harus dilangsaikan dgn kesakitan mcm ni. Ingat nk gi klinik je ambik MC. Tapi hari senayan adalah hari paling sibuk yg teramat. Aku blom prepare apa² pun sbb pc aku tak bleh on sejak hari sabtu. Pegi opis pun dlm keadaan sakit kaki.. adoiiihh... masa kat opis aku sembang dgn mmbr aku... dia cadangkan aku pegi urut kaki kat pak omaq.. Aku ambik je la hp pak omaq ni.. tapi tak pegi pun..
Selasa... mmg aku tak bleh tahan.. dh bengkak kaki aku.. kebetulan hari selasa tu mmg keja tak bnyk sgt. Aku pegi jumpa boss & habaq kat dia aku nak balik selepas lunch. Boss lak mmg OK hari tu... so permintaan aku diluluskan.. hehehe.
Sprt yg dirancang, lepas lunch aku balik... rehat jap smbil minum air.
Aku ajak bini aku ikut skali & bawak anak aku yg baru blk dr tadika tu. Smpai kat rumah pak Omaq dkt kul 3:30. FYI this is my first time nak serahkan badan unt diurut nih... mmg badan aku ni tak pernah diurut.
Pak Omaq suruh aku salin dulu.. & mmg aku dh bawak kain plekat lalalala yg aku slalu pakai kat rumah. Minum ayer 2 gelas & bersedia unt di urut.. meniarap mendepa tgn mcm nak terbang la pulak.
Pak Omaq memulakan tugas dia.. minyak disapu & dia urut pelan2.. dia tak usik lagi kat tempat sakit tu.
Pelan2 dia cari urat.. perrrgghhh.. bukan geli.. tapi sakiiittt.. Pak Omaq kata urat belikat aku mcm kayu.. hahaha... dia kata.. sakit sbb bnyk berketul2 dlm urat.. mcm kristal yg block pembuluh darah.. aku tak tau btol ke tak.. tapi semakin lama dia urut semakin kurang sakit & dh tak rasa yg ketul2 tu.. habis seluruh badan dia urut.. dekat 1jam stgh baru siap.. perrghhh.. mmg puas hati la dia urut. Upahnya RM50.. bukan dia mintak tapi kwn2 aku semua cakap depa bagi bnyk tu... aku pun tak tanya bnyk.. bagi je.. tapi mmg aku puas ati.. InsyaAllah aku akan pegi lagi bln depan.
Berkat IzinNya, merasi jugak urutan pakOmaq.. Hari rabu tu aku dh lupa dh sakit kat kaki. Berjalan mcm biasa. AlhamdulilLah.
No comments:
Post a Comment