Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Tuesday, 1 February 2011

BANJIR lagi.. dan lagi.. dan lagi

Banjir di Johor dh meragut 2 nyawa.. masing2 maut dlm kereta yg hanyut dibawa arus deras banjir. Heran gak kenapa masih ada yg berani nk meranduk banjir walaupun nampak arus deras.
Kalu siang memang dh nampak jelas banjir tu... Kalu malam pun tak kan tak perasan dok meranduk dalam air. Cuba la elak & jgn la cuba2 meranduk dengan keta.. sbb keta yg tengah berjalan akan terapung sekejap & kita akan hilang kawalan.. sbb tu arus banjir mudah nk hanyutkan keta.
Seperkara lagi, cuba fikir jap sifat tar (jalan tar). Waktu panas mmg dia keras. Bila jalan basah / tenggelam dlm air, tar tu akan jadi lembut & jalan mudah terhakis. Tak caya cuba tgk jalan2 yg rosak slps banjir.
So pengajaran kat sini ialah.. jgn beranikan diri meranduk arus banjir walaupun arus tu tak deras especially yg berdekatan sungai.

Iktibar dari BENCANA ALAM :
Banjir ni dikategorikan sebagai BENCANA ALAM. Alam ke yg membawa bencana? Ataupun kerakusan manusia sniri yg mencorak dan membentuk bencana kepada alam & manusia?
Tak pernah ker terlintas yg BANJIR ni sejenis BALA yg diturunkan kepada semua? Bala datang & memborong semua yg ada di sekitar kawasan tu tak kira agama, bangsa, umo, jantina, darjat etc...
Jom pakat2 renung (bukan sejenak... tapi renunglah berjenak-jenak) apa yg tak kena dgn kita & masyarakat.
- Sampah sarap merata-rata
- mangsa bunuh pun campak dlm longkang / sungai
- bayi yg tak bersalah pun jadi mangsa perangai keji pasangan yg sengaja melanjurkan diri. pun dibuang dlm longkang / parit/ sungai
- pembangunan yg entah nk kejar apa (semestinya $$$.. ada kontrak ada $$).. long term impact blakang kira
- gunung-ganang /bukit bukau yg dulu jadi kawasan tadahan kini ditarah rapat mendatar
- dulu bnyk sawah bendang, la ni parit dikambus & bendang kering kontang. Nk beras bli.. tk cukup bleh import

Bnyk lagi kalu nk luahkan rasa hati. Tapi........ ermm..
Pendapat aku....Adalah lbh baik fokus kpd pemulihan akhlak berbanding pembangunan infratruktur yg mengundang keruntuhan akhlak & pemuliharaan alam sekitar berbanding meruntuhkan paku² bumi.

...Aku... jaga kain sniri sblm org jaga tepi kain aku..

No comments:

Post a Comment