Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Monday, 31 January 2011

Sampai Bila???

Oh Melayu.. kata Dr M..
Melayu Mudah Lupa..
Melayu Semakin Layu.
Benar kata2 beliau tu. Apa taknya. Aku naik rimas tgk perbalahan sesama ISLAM / MELAYU dlm negara tumpah darah sniri. Gara2 politik yang tak jemu2 diTAIKkan oleh segelintir makhluk yg GILA DARJAT, GILA NAMA, GILA KUASA, GILA HARTA.... Semua GILAAA... rock tu rock la jugak tapi isi2 penting tu perlu dihayati.

Bebalik kepada tajuk entri pagi ni... SAMPAI BILA???
Sampai bila sesama sniri (ISLAM) nak bertelagah bergaduh kerana politik. Tak pernah blajar Sejarah Islam ke? Kalu tak pernah sila la ke kedai buku & bli buku Sejarah Islam & baca sampai habis. Bukan setakat baca saja.. sila fahamkan & praktikkan. Zaman RasululLah dulu pun berpolitik jugak. Tapi tgk lah cara Baginda & para Sahabat berpolitik.
SAMPAI BILA nak MENGKAFIRKAN & memaki org sana-sini. Apa kejadahnya politik mcm ni? Mana arah tuju? Media cetak & elektronik pun main peranan jugak mengapikan ketidaksefahaman. Huh... sungguh memalukan. Kenapa tak bleh nk duduk semeja & berbincang secara aman? Dah tak bersaudara ke sesama Islam di sini? Kedua-dua belah pihak sama saja.
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga
Kerana mulut santan binasa.... kerana mulut juga habis pulut
Sepandai2 tupai melompat ke tanah juga jatuhnya... tak dapat masuk olimpik pon.
Serba salah aku memikirkan. Tapi tanggungjawab mengundi tu tetap rakyat kena tunaikan. So pandai2lah pilih yg mana rasa patut.
Pilihan Aku? .... tunggu setelah Istikharah.... & lepas tu bertawakkal je la...
SAMPAI BILA?

No comments:

Post a Comment