Aku tringat Hari Raya pertama tu aku ikut rombongan geng Che Mamat Felda LU4 dari rumah ke rumah. Bukan makan sgt pun. kuih 2-3 ketul & air segelas je. Tak bleh makan bnyk sbb bnyk lagi rumah yg kena atur nih. Tapi dh jadi trend org melayu skrg ramai yg hidang makanan berat sprt nasi tomato, nasi himpit, laksa, bihun sup, mee kari dsbgnya. Berat tuuu.. skali hadap mmg bluurrrrppp punya lah. Lepas tu urut perut & melangut tengok tv... tak bermakna la kalu raya mcm tu.
Tapi aku sempat gak naik lbh krg 20 buah rumah kat Felda LU4 tu. Mmg rasa meriah kalu maraikan hari raya dgn bertandang beramai - ramai dari rumah ke rumah ni. Tapi disebabkan hari Jumaat maka rombongan berakhir jam 12:30pm lbh kurang. Waktu Zohor awal sikit kat LU4 jadi geng Che Mamat bersurai awal & balik bersiap2 unt ke masjid untuk solat Jumaat pulak.
Sblh ptg lak aku lepak kat rumah je la menggantikan tuan rumah yg pegi beraya kat rumah mertua dia. Alkisahnya ramai pulak yg bertandang sblh ptg tu so aku terpaksa la melayan tetamu ikut cara aku.. haha.
Apa yg ada semua aku hidang.. termasuk la buah dokong (yg aku baru panjat lepas balik dari masjid).
Masa berlalu pantas.. sblh mlm lak pakat2 pegi beramai mersa kat rumah Wa Leh / Wa Leha (hehe.. Leh & Leha gitu).. bnyk topik tapi ngantuk awal. Dlm pukul 11pm balik ke LU4.. tido..
Sedar2 dh subuh,,,
Raya ke2.. mcm thn 2008 dulu jugak.. bli ayam 7 ekor & daging sikit.. buat satayyyy.... proses melapah ayam & buat perencah start pukul 3 ptg.. 5:30ptg start kipas dah.. sambil cucuk sambil bakar & sambil makan.. Habis cucuk.. habis bakar.. habis makan.. habis tetamu balik.. semua habis.. rapat dkt 1000 cucuk satay tak sampai setengah hari. Melampau betul.... huh. Tapi mmg meriah gilaaa..
Mlm tu kena lak dgn air ketum 2 cawan.. kaw punya pahit. Tapi air ketum ni bukan dlm bentuk / kategori yg diharamkan.. masih dlm kategori ringan sebagai ubat tradisional yg di ambil dlm kuantiti yg sikit & tak campur bahan2 lain termasuk gula. Semata2 air rebusan daun ketum je & tak ada kesan sampingan yg buruk melainkan rasa sihat wal'afiat.
Time nk tido lak aku di "sogok" ubat unt lelaki.. huhuuu.. home made.. mcm2 jenis akar dicampur dgn madu lebah asli & telur ayam kampung. Memang panas.. tido tak pakai baju.
Raya ke3 - bini aku bersiap2 kemas kain baju sbb hari ni kami nk balik ke Taiping pulak. Lbh kurang pukul 10am kami bergerak keluar dari LU4.. Keta aku terlebih muatan & absorber tak dapat nak menampung beban berlebihan kat belakang.. Aku naik cuak dgr bunyi absorber tenggelam rapat terhandas kelekuk kelekak tiap kali lalu kat jalan yg beralun. Bini aku cadangkan unt drop mak & adik dia kat genting & naik bas dari genting ke ipoh & ambik bas dari ipoh tros ke kulim. Nasib baik ada bas. Lega la sikit keta aku tu & dh tak bunyi apa2 dah.
Dlm perjalanan balik aku tersangkut dlm kesesakan lebuh raya. Lebih kurang 3km sblm sampai ke terowong kat ipoh tu keta dh tak bergerak.. paling laju pun 15-20km/h unt jarak tak sampai 10 meter. Minyak keta aku lak dh tunjuk signal dah. Dr awal aku plan nk isi minyak kat RnR Sungai Perak.. tapi rupa2nya kat situ la punca kesesakan lebuh raya dari kedua2 arah. Rmai yg nak masuk RnR. Aku bertawakal je la & troskan perjalanan & kluar kat Kuala kangsar. Nasib aku baik sempat isi minyak kat Padang Rengas.
Aku sampai kat rumah dlm pukul 9:30pm.. sembang2 dgn ayah & adik aku sat & kluar pegi rumah abg aku lak sbb ramai sepupu / sedara tgh berkumpul kat sana. Dh nk balik pun .. aku yg terlewat. Lepas bersalam aku mintak tuala kat abang aku.. nak mandi.. dh berlengas.. haha.. lepas mandi pekena nasi & sambal tempoyak .. perrrggghhh.. terangkat beb.
Sblm sedara mara tu balik sempat jugak kamera aku rakam wajah2 yg beramai mesra mlm tu.. (dari Sg. Siput & Bkt Kayu Hitam - yg dtg dari Jeniang dh balik dah & tak sempat aku jumpa).
Tamat lah susdh crita mlm tu. Esok hari tu (hari senayan), bgn je dari tido aku mula terasa urat2 betis paha & blikat aku meragam sbb smlm jem teruk.. aku la drive sorang2 dari Pahang nun balik ke Taiping.. bini aku tak bleh drive mlm.. siang pun dia tak nak drive dari Pahang sbb tak biasa dgn jalan2 curam & bengkang bengkok kat sana. Takut terbabas. Kalu dia drive kompom bawah 70km/j.
Nak dijadikan crita aku kena sesema, sakit urat, sakit tekak, demam, sakit kepala, pening, sora hilang & segala macam dok ada. Adoihlaaaaaaaaaaaaa.
Hari selasa aku pegi klinik.. doktor bagi MC 2 hari.. Ubat dia punya la mengantuk.. telan tgk hari.. lena sampai ke petang. Telan petang, pukul 10 dh hanyut sampai ke pagi.
Hari Khamis aku bertolak balik ke Kulim awal. Singgah kat rumah biras aku sat kat kg Jawa (Perai).. lepas pekena nasi ayam kami blah.. Hajat di hati nak pegi beraya kat rumah kawan di Pdg Serai.. tapi kawan tu tak dak kat rumah.. & abg Hassan uban kat Kg Kuli pun tak dak kat rumah jugak.. so aku troskan perjalanan ke Jeniang, pegi rumah PakTih Mail... sembang gitu gini smpi dkt 4:30 ptg baru kluar dari Jeniang.
Tringat nak singgah kat adik aku di Pendang.. Aku tak igt sgt jalan pintas so aku ikut highway je la. Nak dijadikan crita.. Ali habis keja 4pm.. tapi masa aku sampai tu dia dh kluar nak pegi ambik kayu apa ntah.. tinggai Mira & baby je kat rumah.. Kami lepak kat rumah dia sambil main dgn baby sampai pukul 8:30.. Ali blom sampai.. esok aku nak keja... aku malas nk tunggu dh.. lagipun mata aku dh berat... sama berat dgn kepala aku yg tengah sengsara menanggung pening sesema sakit kepala demam sakit tekak & yg sewaktu dgnnya tuh.... Perjalanan balik dari rumah Ali ke rumah aku lbh kurang 1 jam 15 min..
Sampai rumah tak cakap banyak.. mandi... minum air suam sikit.. tido.
No comments:
Post a Comment