Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Wednesday, 8 September 2010

29 Ramadhan

isk.. tringat zaman budak/ remaja dulu.. Awal2 posa dh mula kutip jemur & himpun tempurung kelapa.. bila masuk pertengahan posa dh mula pacak kayu pancang & tebuk tempurung & sumbat kat pancang kayu tu. Sama gak dgn pelita panjut. Awal2 lagi dh start tebang buluh & cari tanah liat. Ataupun cari tin2 sadin / tin susu yg kecik nak buat pelita. Mcm2 bentuk pelita panjut buluh tu start pasang sebelum berbuka.. terang benderang sepanjang jalan.. memang meriah gilaaa... Masuk je mlm 27 dh start bakar panjut tempurung tu pulak.. perrrhhh.. best woooo... meriam buluh?.. mmg tak tinggai.. pertengahan posa dh start main... sampai la raya ke brapa ntah.. pendek kata sampai habis peluru kabat.
Hari ni dh 29... ptg ni tgk anak bulan.. kalu nampak anak bulan esok raya. kalu tak nampak raya hari Jumaat. Mlm ni aku akan bertolak ke pahang.. plan aku nak kluar 12 tgh mlm or 12:30... drive mlm2 ni best.. sejuk.. tak ngantuk. berbanding drive siang hari.. long distance lak tu... tgh panas & pasang ekon lak.. gerenti nguap & silap2 bleh terbabas.
Di saat2 akhir ni aku ingin ambil kesempatan unt memohon ampun maaf segala salah silap aku secara sedar, separa sedar atau tak sedar diri & halalkan makan minum aku sepanjang hidup aku.
Ini adalah last entry dlm bulan posa ni sbb aku tak bleh access internet sampai hari selasa depan.
Sekian dulu.. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN (bukan tok batin ye)... & and Happy Holiday to non muslim friends.
Aku suka unt ingatkan diri aku & semua orang.. DRIVE CAREFULLY AND ADHERE TO THE SPEED LIMIT AT ALL TIME.

No comments:

Post a Comment