Tak bnyk nk update. Last week aku ada buat silap sikit.. sikit je... aku ulang.. sikit je.!!... tapi dh jadi isu besaq lak kat sini.. adoih laaaaaa.... so hari ni hari aku meng"clean up" database aku je la. Hari yg sepatutnya tak sibuk dh jadi sibuk sesibuk-sibuknya.. TAPI... ada jugak hikmah di sebalik kesilapan.. bak kata pepatah.. belajar dari kesilapan itu lebih mudah masuk kepala.. ingat samapi bila². Because of this, aku dpt 1 idea unt improve keja aku nih. AlhamduliLah PERFECT & meet all the expectations.. as of today laaa.. esok lusa aku tak tau lagi mcm mana. Harap2 ok la.
Satu benda lagi yg berlaku hari ni ... hari ni boss aku bagitau (secara tak rasmi) bahawa group aku akan bertukar payung.. meaning that my group will be reporting to a new centralized group.. from GPS to CPLG. I was in CPLG & ATM few years back & I knew CPLG very well. So, to me it is a good thing that my group (planning dept) move to Customer Planning & Logistic Group.
Esok adalah hari pengumuman secara formal & 1 sesi dipertuntukkan selama 1 jam unt soal jawab yg berkaitan "tukar payung" nih.
erm... cukup lah crita ttg keja...
Kul 4pm tadi aku tapau bubur kacang sebungkus = RM2.. tak payah bayar sbb guna peruntukan subsidi je.. hehe.. cukup la nak isi prot bebuka nnt.
Side topic: Sblm terlupa.. info unt dikongsi bersama... Zakat Fitrah bagi negeri Kedah pada thn ni = RM7:00.
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
SYARAT WAJIB ZAKAT:
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
KADAR FITRAH:
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
WAKTU MENGELUARKAN FITRAH: terbahagi kepada 5:
Waktu Wajib - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu Yang Paling Afdhal - Sebelum sembahyang Hari Raya
Waktu Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
Waktu Makruh - Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Waktu Haram - Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Sumber: e-zakat.com.my
Time check.. 5:52pm.... jom balik.
No comments:
Post a Comment