Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Tuesday, 31 August 2010

21 Ramadhan = 31 Ogos = MERDEKA

Hari ini Selasa 31 Ogos 2010 & waktu skrg 12:32am... Seluruh M'sia menyambut Hari Kemerdekaan ke53. Maksudnya.... CUTI ler.. hihihi..  Tapi setiap kali menyambut sesuatu perayaan akan ada kutu2 yg blom merdeka minda & tak reti2 nak bersyukur akan buat taik merempit berpesta mabuk beraksi jijik tak kenal batas halal haram. Anak sapa tu?.. Mak Bapak sila ambil perhatian.. bawak rotan pi panggil anak2 balik.. dh pagi buta ni tak reti2 nak balik lagi ke?.. Aku dh ngantuk.. jap lagi 4:30 nk bangun masak lak... Jom tido dulu lah..
Time check... : 12:41am
.........................................................
6:48pm - Sambung sikit lagi:
Hari ni aku tak pegi mana2. berkurung dlm rumah je.. Keja aku hari ni mengemas rumah, membasuh lipat kain baju sluar etc.. pendek kata sebarang jenis yg bleh dilipat gantung semua aku tangkap kontrek hari ni... tapi bukan 100% siap heheh.. tinggai sikit je nk abis aku dh rasa jemu lak.. almaklum sehari ngadap timbunan atas kusyen tuh.
Satu lagi aktiviti hari ni yerlah .. aktiviti panaskan jemari... apa lagi kalu bukan perisi biji cabai kecik (cili api) unt buat benih.. dh berlambak benih aku simpan.. angan2 aku nak try teknik hidroponik sbb kat rumah aku dah tak ada kawasan unt bercucuk tanam dah. Sampai skrg jemari aku ni masih panas merengga... hadoi laaaa....
Unt juadah berbuka lak.. hari ni aku malas sikit so aku suruh adik ipar aku bli sardin je.. sementara tunggu dia balik aku masak la udang ala gitu-gitu... tgk2 dia bawak balik kuih lopez sikit dgn lauk serba sikit. AlhamdulilLah... tak payah la aku masak 2-3 jenis lagi. masak nasi je & bancuh air limau ais.
6:54pm.. aku nak sambung keja2 dapor jap sementara tunggu waktu berbuka.

No comments:

Post a Comment