Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Saturday 25 January 2014

Dah boleh keluar hosp & ready to go back to school :)

Tunggu doktor mai check & test cara guna alat2 & waktu2 nak cucuk.

Tool kit yg akan menjadi teman hidup Faris sementara nak jumpa penawar. Semua dlm satu bekas.

Alhamdulillah setelah 5 hari ditahan di hospital Taiping & 1 hari di hospital Kulim, hari khamis kemarin setelah doktor berpuas hati tengok Faris dah faham guna alat-alat & tahu bila, macam mana & berapa banyak nak cucuk insulin & periksa tahap gula dalam darah,  doktor benarkan Faris balik. Pukul 3 petang selesai segala urusan sain surat keluar & ambil semua surat untuk temujanji rawatan susulan.
Setelah 5 hari tak ke sekolah, hari ni Fatris sudah bersedia untuk kembalik ke asrama  & sambung persekolahan macam biasa.
Alhamdulillah pihak sekolah tak ada sebarang masalah untuj terima Faris semula untuk tinggal di asrama. Faris masih boleh aktis dlm sukan kecuali aktiviti yg terlalu ekstrem.
Terima kasih kepada semua saudara mara & sahabat handai yang tak putus-putus dengan sokongan moral & doa untuk Faris. Hanya Allah saja yg dapat membalas budi baik anda semua.
Terima kasin juga kepada yang mencadangkan beberapa jenis suplemen yang dikatakan mampu mengembalikan & menambahbaikan daya imun badan (betul ke ayat ni?). Tak kurang juga dengan petua warisan Melayu, Cina & India. Macam-macam petua aku terima. Aku dah simpan nota-nota tersebut & aku akan cuba satu persatu. Semoga satu hari nanti Faris akan kembali pulih tanpa perlu bergantung kepada jarum & insulin buatan. IN SYA ALLAH.
Sekali lagi aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang membantu dari segenap sudut.
Bagi yang belum tahu tentang T1DM ni jangan jadi macam aku yang terlepas pandang dengan simtom-simtom penyakit ni. Anda boleh baca di http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000305.htm

No comments:

Post a Comment