Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Monday, 23 September 2013

Bila nak transform ni..

aku semakin malas menulis.. aku pun tak faham knp semakin hari semakin merudum, kerap hilang fokus, pendek akal, mudah sensitive. isk isk isk...

hari ni aku paksa diri meluahkah yg terbuku di hati gara2 tersangkut di tepi jalan dgn polis yg buat sekatan jalan sebab tarikh cukai jalan kat cermin keta aku terlalu pudar sampai tak blh baca. Bukan salah aku, tapi salah orang yang print sbb tak pastikan karbon kat printer tu print dengan kualiti yang memuaskan.
Aku dlm perjalanan balik dari ambik anak aku balik dari tusyen & melalui kawasan yg ada sekatan jalan raya. Memang aku tahu ada sekatan masa aku kluar rumah, tapi aku tak kisah sbb aku tak salah (tak perasan yg road tax blurrrrr smpi tak bleh baca). Encik polis tu siap tenyeh2 cermin keta aku kot2 la cermin keta berabuk punya pasai sampai tak Nampak tarikh. Oleh sbb tak bleh baca maka encik polis tu panggil pegawai yg bertugas kat situ.
"Tuan, mcm mana ni tak blh nampak tarikh kat road tax ni".. Aku dgr pegawai tu suruh mntk lessen & salinan geran..
"encik.. blh tunjuk lessen?"
Aku bagi je lessen & IC.. tak gabra pon sbb tak buat salah huhu..
"Salinan geran ada?
"Tak dak.. geran dok kat bank di Penang. salinan dok kat rumah" Aku jawab dgn muka selamba rock.. Dia jengok sambil keghenyeh tgh aku yg berkopiah berkain pelekat berbaju T putih.
"dari mana?" Tanya encik polis tu
"Ambik bdk2 blk dr tusyen kat Lunas" jwb aku smbil balas senyum.
"Encik.. elok kalu encik simpan fotostat geran dlm keta, apa2 hal senang nak jawab". Pesan encik polis tu.
"Trima kasih encik. saya tak prasan road tax tak nampak sbb baru 4 bln ja renew. nanti saya pi JPJ print yg baru". Jawab aku ikhlas.
& aku dilepaskan unt teruskan perjalanan balik ke rumah.
AlhamduliLah tak tak perkara yg menyakitkan hati & encik polis pon beradab. Tabik spring kpd encik polis tersebut.
Selepas 3 mggu baru aku berkesempatan pegi ke JPJ yg berdekatan.

Ada 2 perkara yg aku nk komen dgn kakitangan JPJ cawangan Kulim ni.

PERTAMA:
TAHNIAH kpd kakitangan yg bertugas pada hari Ahad 22 Sep 2013 kerana memulakan tugas SEAWAL 7:50AM. Jarang2 aku jumpa kaunter servis gomen yg buka awal. Biasanya 8:30 baru nak start panggil nombor pertama. Tapi kat JPJ ni aku puji seikhlas hati, termasuk yg bertugas di kaunter pertanyaan / tempat ambik no giliran. Servis TERBAIK bang.
TAHNIAH jugak kpd kakitangan yg tak berkira dlm memberi servis terbaik kpd pelanggan.

KEDUA:
Kpd kakitangan yg masuk keja lambat, kedekut senyum, kurang pandai berbahasa (agak kasar), perbaikilah attitude anda demi menjaga reputasi JPJ cawangan Kulim. kesian kat kawan2 yg bertungkus lumus bertugas dengan cemerlang tu.
Senyum, tak kena bayar.
Cakap lembut / bahasa elok, orang tak meluat, malahan org respek lagi walopon lambat.
Kerja jangan berkira, tolong yang mana patut, jgn biar sahabat tak menang tangan tapi diri bercekak pinggang bersembang mcm tak ada apa nak buat. Kesiah sahabat tu.

KETIGA:
Yang ni patut UBAH:
Kaji semula setiap ruang yg pelanggan kena isi, samada relevan atau tidak. Tak guna kena isi borang sampai 2-3-4 muka surat tapi info yang nak guna cukup kalau dipenuhkan dlm sehelai. Kenapa aku cakap mcm ni? Sebab bila aku isi borang tu, ada info yg aku tak tau.. bila tanya
"mcm mana nak isi ni?"
dia jawab "encik kena bawak geran original"
aku kata "geran original ada di bank di Penang"
dia jawab "yg fotostat pun tak pa"
aku tanya lagi " kalu tak dak yg fotostat?"
jawab org tu "encik ni owner keta ke? kalu owner tak pa lah. tak payah bawak geran"
pulak daaah. apa punya proses ni. perlu ke tak perlu? Aku isi borang & fotostat IC saja.. serah kat kaunter skali dgn roadtax yg blur tu, tros dia print yg baru.. tak check pun aku ni owner ke wakil ke sapa ke... macam mana tu? Apa borang panjang lebar tapi tak perlu isi? apa perlu fotostat IC kalu tak perlu pengesahan?
bagi aku sistem di JPJ belum cukup berkesan. Masih ketinggalan. Masih banyak yg perlu improve & make it automated & centralized. Sekarang zaman teknologi, apa guna hire pegawai berkelulusan tinggi kalu sekadar nk habiskan kertas dgn borang2 yg tak tentu kerelevanannya.
Hah!!.. betul ke perkataan yg aku taip tuh?.. hihi

Lastly.. aku yg sampai seawalllll 7:45am, urusan aku selesai pada pukul 9:15am.. perrgghh.. berlengasss. Something yg not only JPJ tapi kebanyakan system gomen kena improve.
Kata tuan PM kita "TRANSFORM!!!".. yeah... sila buktikan. bukan govt (pada nama) tapi para petugas tak kira pangkat ketua atau kuli.. semua sama rata. Tak buat kerja = makan gaji buta = curi tulang = berdosa = tak berkat. Ingat tauuu...
Peringatan untuk diri sniri jugak ni.

Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment