Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Monday 1 October 2012

Remaja terbuang

Sejak petang semalam (hari ahad) pintu dapur rumah aku ditolak & dicakar. Bising... terlalu bising sampai sakit telinga aku. Mungkin menangis kelaparan kerana dah beberapa hari tak dapat makanan yg sedap. Entah angkara siapa yg sanggup membuang remaja ni. Kesian dia. Tapi kenapa rumah aku?
Lbh krg selepas maghrib suara tangisan tidak lagi kedengaran. Dah pergi ke rumah orang lain meminta makanan gamaknya. Pagi tadi pun tak kedengaran sebarang bunyi tangisan remaja tersebut. Lega rasanya bila tiada lagi bunyi yg mengganggu telinga aku & aku tanpa berfikir panjang terus pergi bekerja.
Ptg tadi, sebaik sampai di rumah aku terdengar suara yg sama. Rupa2nya masih berada di belakang rumah aku. Tak sampai hati pulak aku biarkan dia mcm tu. Kebetulan hari ni ada pasar mlm di blakang rumah aku, jadi aku beli ikan temenung lebih sikit & aku bagi 4 ekor kat remaja tu. Tapi 2 ekor saja yg dia makan & nampak mcm dah kenyang. Kesian pulak tgk dok di luar & anak2 aku pun tringin nak berkawan.
Aku bawak masuk je lah... ermm.. tanpa segan silu dia meronda dlm rumah aku tengok merata tempat sampai bawah tangga pun dia masuk. Lantaklah.. tapi aku tak akan bagi dia tidur dalam rumah.. tidurlah kau di luar ye. Jgn risau.. kalau bini aku tak halau hang dok la di sini asalkan hang tak buat perkara2 yg boleh mendatangkan marah. Boyfriend adalah dilarang keras.



Ni la gambar remaja yg aku maksudkan tu..... heheheh..
belum diberi nama.. any suggestion?

No comments:

Post a Comment