Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Sunday 9 September 2012

Baju 3 beradik

Baju ni sudahpun berusia lebih dari 20 thn & masih disimpan di rumah mak aku walaupun tak ada org di dalam rumah tu yg padan nk pakai. Tidak akan dibuang & mungkin tidak akan disedekahkan kpd sesiapa & akan terus disimpan selagi ada hayat. Bukanlah baju termahal tapi baju ni menyimpan kenangan terbaik yg tak boleh dijual beli.
Aku namakan baju ni "Baju 3 beradik". Bukannya ada 3 helai tapi baju ni pernah dikongsi oleh 3 adik beradik iaitu abg sulung aku, abg no2 & aku sniri yg ke 3.
Harga sebenar baju ni dari segi RM hanyalah RM10. Duit pemberian arwah Opah untuk dikongsi oleh kami 3 beradik. Jika RM10 dibahagi 3 hanya dapat RM3.30 & salah seorang akan dapat lebih sekupang. Tapi disebabkan pada waktu itu aku tak ada baju baru, maka mak aku telah membuat satu keputusan yg terbaik iaitu membeli baju ini atas nama aku tapi berkongsi 3 orang. Kami tak jemu memakai baju baru ni bergilir2 sampailah kami besar & baju pun dah tak padan lagi.
Walaupun dah lama tak pakai baju ni tapi masih mampu megembalikan aku ke zaman itu. Aku terlau sensitif bila bercakap tentang kasih sayang. Kerapkali air mata bergenang bila terkenangkan kisah2 silam. Inilah bukti berkat kasih sayang seorang ibu mendidik anak2 dengan penerapan nilai2 kasih sayang yg tak terucap, tak terbanding & tak terbalas.
Aku masih teringat masa kecik dulu, pakaian kami hanyalah pakaian 2nd hand atau bundle yg dibeli dgn harga RM2 ke bawah. Ada seorang penjual yg aku kenal dia dgn gelaran "Orang Berdengung". Aku sniri tak faham & tak ingat kenapa gelaran dia mcm tu. Kami juga penunggu setia longgokan pakaian yg disedekahkan org org2 tempatan. Besar sikit tak pa, boleh pakai lama. Begitu pesan mak kami :).
Kami melangkah dalam kemiskinan & dibesarkan dalam suasana seba kekurangan. Rumah beratap rumbia, berlantaikan batang pinang & berndinding buluh cincang. Surat khabar lama menjadi wallpaper menutup lubang2 di dinding. Upeh pinang jadi penampung atap yg tiris. Pelantar buluh tempat membasuh pinggan mangkuk dengan air percuma dari telaga & sungai. Bergilir2 angkut air, membasuh & membilas.
Aku tak tahan... air mata sedang menitis sewaktu aku mencorat coret. nanti aku sambung lagi kalu aku rajin.

No comments:

Post a Comment