Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Sunday, 22 July 2012

1 Ramadhan

Selamat berpuasa kpd semua muslim muslimat. Semoga ibadah kali ini lebih berkuality  diberkatiNYA.

Ibu & anak memang ada live interactive yg kekadang kita tak perasan. Apa yg kita rancang jika berkaitan dgn ibu, maka ibu jugak akan terasa sesuatu. Sehari sebelum puasa yakni hari Jumaat, aku buat keputusan drastik untuk balik kampung tanpa berbincang atau bersembang dgn sesiapa termasuk isi rumah aku. Ketika itu aku dalam perjalanan keluar dari office. Jarum jam dah dekat ke pukul 7mlm. Tetiba handphone aku berdering.... Opah1.. itu adalah panggilan dari mak aku.
Mak: "Assalamu'alaikum"
Aku: " Wa'alaikumussalam. pa kabor... sehat hari ni?". Itu adalah soalan lazim dari aku tiap kali aku atau mak aku call.
Mak: "sihat org tua mcm ni laaa"... Nada ceria & aku tau mak aku sedang sihat :)... AlhamdulilLah. "Nak balik bersahur di sini (di kampung) ka?"
Aku: "isk.. mcm tau2 pulak.. baru dok bercadang.. sapa bagitau kata nk balik?"
Mak: "Tak dak sapa bagitau pong. tpai dlm hari dok rasa2 mcm mu nak balik mlm ni"
Aku: " ermm.. betul la tu. baru dok cadang tak tau jadi ka tak jadi. bebudak habis tuisyen pukul 9:30mlm"
Mak: "oo.. tak pa la. saja tanya.. hmm.. betul la yg mak dok rasa ni. Tak pa lah.. nak tau tu saja. Assalamu'alaikum"
Aku: "Walaikumussalam"
Begitulah antara patah perbualan antara aku dgn mak aku. Maka bermulalah bab mempersiapkan diri & seluruh isi rumah aku unt balik kampung mlm tu.
Jam 10pm aku memulakan perjalanan. AlhamdulilLah perjalanan agak lancar & aku sampai di kampung lbh krg jam 11:40mlm.
Dipendekkan crita... sembang gedebuk gedebak dgn abg2 aku & dgn mak aku.. sedear2 dh pukul 1:15pagi. Adoii.. mcm ni la tiap2 kali blk kampung.. bersembang smpi pagi buta. Takut terlepas sahur je la.. heheh. Tapi jam loceng tetap berjaya mengejutkan kami semua unt bangun sahur.
Hari pertama puasa, juga hari pertaka mak aku & jiran memulakan moreh. Menu simple je.. nasi lemak sambal udang.. sedaaapp.
Errmm.. terliur pulak.. aduhaii.. cukuplah smpi di sini cerita ceriti di Ramadhan pertama thn ni.
Tercapai sudah hajat perancangan spontan unt bersahur & berpuasa & berbuka bersama Opah :).

No comments:

Post a Comment