Bertahun2 bertarung dgn diabetes sehingga kaki terpaksa dipotong.
Bertahun2 bergerak dgn sebelah kaki sehingga badan lemah & susut kecut.
Minggu lepas terjatuh di bilik air... tak ada luka tak ada calar tapi mungkin tercedera di dalaman.
2-3 hari selepas tu Wa Esah semakin tenat & anak2nya (Iwan & Kuyah) bawak ke hosp & kemudian dipindahkan ke hosp Taiping. Selang sehari, Wa Esah terus tak sedarkan diri a.k.a koma.
Hari selasa 5 Jun, kebetulan aku balik kampung unt selesaikan beberapa tugasan & mak aku ajak pegi ziarah Wa Esah. Kebetulan juga aku balik dgn MPV & ada ruang kosong untuk Tokcik Za, Makngah Minah & Long Munah tumpang ikut skali.
Berdasarkan laporan harian yg misi tulis di katil pesakit, aku dapat tahu yg paru2 Wa Esah telah dijangkiti kuman & dia mengalami masalah pernafasan yg serius & terpaksa bergantung kpd bantuan oksigen. Agak lama rombongan kami berada di situ menemani keluarga Wa Esah. Tapi terpaksa berundur memandangkan waktu lawatan hampir tamat.
Wa Esah tak dapat bertahan lama & sebetulnya sudah sampai waktu dijemput pulang.
Wa Esah menghembuskan nafas terakhir di hosp Taiping pada pukul 9pagi semalam 6 Jun 2012.
Jenazah dimandikan & dikafankan di hosp & kemudian dibawa pulang ke kampung halaman Wa Esah (Kg masjid Kuak, Kuala Kangsar) untuk disemadikan.
Semoga sentiasa dicucuri rahmat, dipermudahkan perhitungan & ditempatkan bersama orang2 yg dikasihiNYA. Amin.
No comments:
Post a Comment