Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Sunday, 12 February 2012

Tak sedap hati rasanya

Seperti selalu setiap 1-2 hari aku mesti call mak aku di kampung bertanya khabar & kalau2 ada berita terkini atau apa saja yg boleh di buat tajuk sembang. Asalkan dpt dgr suara aku bleh agak samada mak aku tu sihat ataupun kurang sihat. Pagi Sabtu lepas aku call & ternyata mak aku memang tak sihat. Demam + sesema batuk + penyakit lelah menyerang. Tapi mcm biasa bila tanya "mak pa khabar?".. jawapan dia "sihat".... walaupun sebenarnya dia tak sihat. Bila tanya bertubi2 baru dia jawab "demam sikit ja".. hmmmm itulah mak aku.. yg tak nk anak2 dia risau. Aku kenal sgt perangai mak aku tu & keadaan dia membuatkan hati aku tak tenang.
Aku call abg aku (abg no1) & katanya memang mak demam tapi dh kurang dh. Lega sikit rasanya bila dgn jawapan mcm tu.
Pagi tadi abg aku (yg no 2) aku call tanya khabar aku pulak.. dia sangka aku demam lagi. Tapi sebetulnya aku dh lega demam. Ntah mcm mana tersalah berita pulak. Terlanjur bersembang aku sekali lagi bertanya khabar tentang mak. Katanya mak agak lemah pagi ni & nampak mcm teruk sikit berbanding semalam. Aku semakin tak sedap hati & rasa nak balik tengok. Tapi aku terpaksa pegi kedai tayar dulu sebab dah gelong & bergegar dh steering keta aku tu. Bila check rupanya rim bengkok & tayar dh makan. No choice.. tukar rim & tayar. Nego punya nego pomen tu bagi last price kat aku RM1300 (selepas tolak rim ori aku) unt 2 tayar baru + 4 rim baru + balancing & alignment + apa benda ntah yg lapik kat tengah rim unt kurangkan gegaran. Dkt kul 12 baru siap.
Lps lunch (di kedai je) lbh krg kul 12:45pm tros bertolak blk kg & smpi kg lh krg 2:15pm.
Aku jengok tgk dlm bilik & nampak mak aku sedang tidur. Biarlah dia tidur dulu.. Sambil tu aku bersembang dgn adik aku & tak lama kemudian abg aku pulak sampai dgn bungkusan sup daging unt mak aku.
Dia yg gerak mak suruh bgn makan nasi. Memandangkan mak aku masih tak cukup kuat unt bangun, aku sekadar bersalam, picit2 kaki & tanya serba sikit. Tak nak ganggu lama2 & biarkan dia berehat.
Sblh petang aku kluar ke pekan Taiping bli ubat unt cairkan kahak & vitamin unt hilangkan rasa tak sedap mulut mak aku tu. Blik dr farmasi, kebetulan mak aku baru sudah makan nasi, aku tros bagi ubat unt cairkan  gelema. AlhamduliLlah dgn izinNya slps maghrib tadi nampak mcm ada sedikit perubahan menandakan gelema dh mula pecah & cair. Semoga batuk & lelah akan bekurangan secepat mungkin.
Memandangkan wife aku terpaksa masuk kerja mlm ni, kami terpaksa mengundur diri & balik ke Kulim segera. Bertolak balik lbh krg dlm pukul 8:20pm & sampai penang (hantar wife aku ke tempat keja) tepat pukul 10pm. Tak tak singgah di mana2 dah & tros pusing & balik ke Kulim & selamat sampai pukul 10:50pm.
AlhamdulilLah perjalanan lancar.
Esok aku akan call mak aku lagi. Semoga cepat sembuh InsyaAllah. Amin.

No comments:

Post a Comment