Setelah sekian lama merancang akhirnya berjaya jugak aku dapat 1 minggu cuti (19 - 23 Dec) + 1 hari replacement public holiday sempena hari x'mas. kalu kira sabtu & ahad jadi 10 hari la aku bercoti.. hihi. Cuti yg sebenar-benar cuti tanpa sebarang gangguan telepon dr opis & yg sewaktu dgnnya & aku pun tak sentuh langsung laptop aku sepanjang masa bercuti. Tapi ada gak rasa tak puas ati sikit sbb hajat aku nk LIMA Langkawi tak tercapai. Puncanya cuti aku tergendala sbb aku terpaksa cover member aku pegi Haji. Tapi tak pa lah sbb korban ni pun unt sahabat merelialisasikan hajat dia nk tunaikan haji bagi melengkapkan rukun Islam.
Sbg ganti destinasi, aku bawak anak2 & bini & mak aku & anak abg aku 2 org pegi jalan2 makan angin mandi manda kat Pulau Pangkor. Bertolak hari Rabu & balik Hari Khamis.. Sewa keta sjibik & moto sjibik. MPV tak dak lak nk sewa kat sana. Aku bawak mot & bini aku bawak keta ronda2 pulau. Nak kata best tu tak la bes sgt sbb pesta air dh habis dh masa aku pegi tu... Aku ni mmg slau terlewat huhuu.. Oleh sbb kurang best maka percutian di Pangkor hanya 1 hari 1 mlm je. Lagi satu sbb anak aku kurang sihat. Faris baru je lega demam campak & Syahirah pulak sambung. Kesian bebudak tu banyak perkara kena pantang. Syazwani lak blom ada tanda2 nak kluar campak tu buat masa skrg ni. Harap2 tak kena la sbb sesi persekolahan 2012 pun dh nk bermula tak lama lagi.
Bebalik kpd percutian di Pangkor. Tk bnyk gmbr yg aku bleh kongsi di sini. Salah aku jugak sbb aku terlupa nk reset camera aku. Lbh krg sminggu sblm bercuti aku dok main2 dgn camera aku tu. Aku tukar dr format jpg ke raw tapi terlupa nk reset balik. Aku tak igt lak bila masa aku remove raw reader software dari pc aku ni. Puas cari tak berjumpa. Smpi skrg aku tak bleh buka file dr camera ni.. hampeh btol.
Blk dr Pangkor singgah di Teluk Batik... pun sama.. kurang menarik. Mungkin sbb kerja2 baik pulih / menaik taraf belum siap sepenuhnya. Muzium pun tak buka & tak dak apa2 yg menarik selain warna warni gantungan barang2 jualan unt pelancong & keindahan pantai ditemani hembusan mesra bayu laut.
Pukul 5:30pm bertolak blk ke Taiping.
Cuti yg selebihnya aku habiskan dgn melepak di kg smbil layan rambutan, pulasan, durian, dokong, manggis, langsat etc.. ermm.. bes gak musim buah ni.
Sedar tk sedar 10 hari berlalu pantas.. Rasa malas yg teramat bila smpi masa unt kembali ke opis...adoooiihhhh... blom puas lagi melepak merehatkan otak nih..
Nak tulis pjg2 pun malas gak... adoih lagi.. dan lagi..
Ngantuk la pulak.. nnt lah bila2 ada kelapangan & kalu aku ingat aku sambung sikit lagi crita yg memboringkan ni.. & kalu aku bleh buka raw fmt tu nnt aku boh gambaq2 dlm ni.
Arrhhgghh... nk tido.. slmt mlm.. adios..
No comments:
Post a Comment