Seringkali gelora hati melakar impian dusta
Walau mungkin hanya dongengan rasa
Debur di hati tak mampu menggoyahkan sepi
Sekeping potret mimpi yang menembusi alam dimensi
Yang datang dan bersama memacu setiap detik
Meninggalkan aku dan mendahului aku
Semakin aku terbangun dan menyusuri bayang-bayang
Berkompaskan kata yang tak terukir oleh pahat seniman
Mencari noktah destinasi yang terlalu sukar ditemui
Untuk melabuhkan sauh kasih
Hanya kerana sekeping potret mimpi
AkuLaGua ©
No comments:
Post a Comment