Aku bukan nk cerita tentang kejayaan dapat kontrak / naik pangkat / durian runtuh etc etc...
Tapi entri aku kali ni berkisar tentang tanggungjawab sebagai seorang pekerja, di mana rezeki yg diperoleh hasil dari kerja2 seharian (upah/gaji/komisyen atau apa2 saja sebutannya).
Majoriti yang berlabel "pekerja" nak gaji banyak, nak cuti banyak, nak rest banyak, nak makan free banyak & yg sewaktu dgnnya. Tapi berapa kerat yg fikir balik jumlah gaji yg di"claim" tu adakah setimpal atau menepati kehendak majikan? Sbg contoh, waktu bekerja adalah 8:00 pagi - 5:30 petang & gaji yg dibayar adalah RM1000. Kalau bekerja lebih masa (overtime), gaji dibayar 1.5.
Apa yg aku cuba ceritakan di sini adalah jumlah jam bekerja berbanding jumlah gaji yg dituntut.
Kalu masuk kerja pukul 9:00pagi & balik 4:00petang tanpa pengetahuan pihak majikan, ataupun rehat melebihi masa (1 jam jadi 2jam etc).. i.e. Kerja 8jam tapi claim untuk 12 jam?
Apakah hukumnya? Apakah status gaji yang diterima? Adakah 100% gaji tersebut halal atau hanya sebahagian yg halal?
Fikir2kanlah dalam mencari keberkatan rezeki.
No comments:
Post a Comment