Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Tuesday, 2 August 2011

Cerita semalam (1 Ramadhan 1432H)

1 Ramadhan 1432H

Mlm tadi (31 Julai) aku tunggu depan TV unt dgr pengumuman ni:
"Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli – Duli Yang Maha Mulia Raja – Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan Puasa bagi negeri – negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 1 haribulan Ogos tahun 2011. Sekian Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh".
1 Ogos = 1 Ramadhan.. Maka mlm tadi bermulalah mlm pertama solat sunat Terawih. Dan berpusu-pusu jugalah para penghuni kariah yang tak ingin ketinggalan unt mengimarahkan surau / Masjid bagi mendapatkan ganjaran pahala semaksimum mungkin. Tapi berapa kerat yang mengambil kira pahala berjemaah di waktu2, hari2 & bulan2 biasa? Knp kalut bila tiba Ramadhan? Adakah perbuatan atau amalan sekarang ni lebih kpd adat/ kebiasaan / salah faham ttg tuntutan berjemaah?
Hmm.. satu jari tunding kat orang.. 4 jari tunding kat diri aku sniri.....
Aku sendiri pun sebahagian dari golongan ni jugak.. Jarang2 tunjuk muka kat surau dgn alasan yang kadang2 tak kukuh langsung.
Aku adalah salah seorang dari makmum yg memenuhi ruang surau mlm tadi & mcm2 gelagat aku nampak. Ada yang tertumpu kat papan kenyataan (tengok no rumah sniri yg belum melunaskan kutipan bulanan yang tertunggak untuk surau). Ada yg bersembang sambil bertanya.. tu sapa dia.. ni sapa dia.. dok kat mana???
Isk.. rupanya ramai lagi yg tak kenal ahli kariah walaupun duduk dalam satu kawasan kejiranan.
Tapi tak pa lah.. sekurang2nya dh nampak salah satu hikmah dlm bulan puasa ni bila sama2 memeriahkan surau. Tapi dah nampak jadi mcm pusat jagaan kanak² pulak.
Tu baru mlm pertama.. Mlm kedua?.. tunggu dan lihat. Aku mungkin tak dapat pegi surau mlm ni sebab bini aku kerja shif malam & aku kena jaga anak2... huuhh.. alasan lagi.

No comments:

Post a Comment