2 hari slps aku pegi Bkt Bendera, TV3 siarkan berita train Bkt Bendera rosak & pengunjung nak turun terpaksa dibawa turun dgn pacuan 4 roda. Skali lagi Bkt Bendera ditutup kpd pengunjung. Fuuhh... nasib baik rombongan aku tak tekandas hari Ahad tu.
Selepas tu pulak dlm brita tu aku dengar sungai kat Kebun Bunga (Botanical Garden) di cemari virus kencing tikus. Tempt tu sbnrnya tmpt pebret aku tuu.. dulu2 aku suka berendam kat situ.. best banget.. sejuukk.. nyamaaaannn.. tapi la ni aku takut nk pi tempat tu & nasib baik jugak aku tak bawak rombongan aku pi mandi manda kat situ.
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis (juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu, demam 7-hari, merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia. Leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir. Di luar kawasan tropika, kes leptospirosis berlaku mengikut musim dan kebanyakannya berlaku sekitar bulan Ogos–September/Februari–March.
Simptom: Jangkitan Leptospiral pada manusia menyebabkan sejumlah symptom, dan sesetengah mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang symptom sama sekali. Leptospirosis merupakan penyakit dwifasa (“biphasic”) yang bermula dengan simptom seperti selsema (demam, sejuk, myalgia, sakit kepala yang kuat). Fasa pertama sembuh, dan pesakit tanpa symptom (“asymptomatic”) sehingga fasa kedua bermula. Ini berciri meningitis, kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Jangkitan ini sering kali salah diagnosis kerana symptom yang meluas. Ini mendorong kepada jumlah kes berdaftar yang jauh lebih rendah berbanding yang sebenarnya berlaku. Simptom leptospirosis termasuk demam tinggi, askit kepala yang teruk, sejuk, sakik otot, dan muntah-muntah, dan mungkin termasuk demam kuning, mata merah, sakit perut, cirit-birit, dan keradangan. Simptom bagi manusia hadir selepas 4–14 hari tempoh pendedahan kepada symptom pertama. Ketiadaan jaundice tidak menyingkirkan kemungkinan leptospirosis sepenuhnya, dan kehadirannya mungkin menunjukkan hepatitis atau pathologi hati lain dan bukannya leptospirosis. Muntah-muntah, demam, hilang selera makan, kurang kencing, kencing gelap atau perang luar biasa, dan lesu juga merupakan tanda-tanda penyakit.
Komplikasi termasuk meningitis, kelesuan melampau, kehilangan pendengaran, masaalah pernafasan, azotemia, dan masaalah buah pinggang (“renal interstitial tubular necrosis”), yang menyebabkan kegagalan buah pinggang dan sering kali kegagalan hati (bentuk penyakit ini yang teruk dikenali sebagai Penyakit Weil, sunggupun ia turut dikenali sebagai Sindrom Weil).
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kencing_tikus
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIAMBIL.
Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari. Cuci tangan dengan sabun sebelum makan. Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka. Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dsbnya.
Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari. Dan pastikan kita hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran
Ikutkan banyak lagi cara-cara untuk mencegah,tetapi mungkin adakalanya kita mudah terlupa atau lalai. Paling mudah perkara ini berjangkit bagi aku adalah melalui Bekas Tin terutama minuman ringan yang diletak ditempat terbuka. Jadi ingat-ingatlah jangan main teguk jer air tuh..Cuci bahagian atas atau pun minumlah menggunakan straw.
Read more: http://yanmieonline.com/2010/08/virus-kencing-tikus-kini-menular/#ixzz1P1noFwLU
No comments:
Post a Comment