Selepas membelek calendar berkali-kali, dirasakan 27 Mar 2011 ialah hari yang sesuai untuk pi memancing.
It’s about 3wks+ from now….cukup untuk booking bot and prepare barang2. Satu lagi, hari ahad tu ialah hari permulaan sekolah selepas seminggu budak2 bercuti. So bagi anak2 dan bini seronok dulu, then kita pulak………Gaji dijangka masuk pada 18th Mar….so tak ada masalah nak bayaq tambang bot dan sebagainya. Air laut pun kira OKlah jugak….aku dok check tadi, ombak taklah tinggi sangat….nanti aku double check pasai air – nak kena pi kedai pancing tengok jadual.
So far input Geng Kulim Square kalu pi 10 orang pemancing + Tekong + awak2…total penumpang lebih kurang 12 orang. Agak ketat jugak dan mungkin bahaya (Overweight)…. Kalu bleh dapat bot Mat Arip (Tokey Tuas paling cengey), dia ni ada 2 bot dan 2 Tuas…So tak kalut sangat la….bleh la mancing dekat2. Baru boleh lawan sapa dapat Tenggiri dulu……he he he he he.
Dipendekan cerita……2 biji bot telah berjaya dibooking untuk 27hb Mar’2011….Tekong Hairi confirm bleh mancing dekat2 sebab Tuas dia pun luas. Syok sikit.
The next step is firm up the team. Team A under Mat Zul dan Team B under Chen Kuliaq. Then kena undi…
List of ARs captured so far…
1. Booking bot – Mat Zul (Done)
2. Idea macamana nak split team member into 2 bot - All
3. Double confirm with Chen Kuliaq, boleh ka dia join kita – Adi
4. Next week pi lunch kat pekan Kulim sebab nak hantaq mesin Abu Garcia Mat Jan pi repair – Mat Jan
5. Karim nak survey mesin ngan rod pun boleh by next week – Karim
6. Make sure tiap2 sorang ada at least 2 mesin, try to avoid bad mesin, last trip punya mesin teruk, very very teruk- Faz, Adi, Lan, Mat Zul dah ada –> Haris, Karim, Abg Dee, Borhan, hgpa kena ikthiar
7. Feisal, blom confirm hg nak join ke tak….kalau tak pi kami nak cari substitute player – Feisal
8. Karim to kompom jadi ke tak, nak sponsor (harap2 jadik), pls bagitau sebab kita nak kena start calculate on the collection – Karim
9. Tanya harga satu bot berapa ratus – Mat Zul
We decided to pre-position 2 person upfront due to some strategic reason…..
1- Adi akan join Bot 2 ngan Chen Kuliaq – sebab the rest of team tak kenai, so Adi kena join ngan Cheen Kuliaq la. Only Lan je yg kenai sebab dia orang Kulim Square. Tapi dia pun kaki merapu jugak.
2- Borhan akan join Bot 1 dgn Mat Zul – sebab nak bagi balance bot (kalau Adi ngan Bob dok satu bot, teruk engine bot tu nanti)
Team also agreed menggunakan kaedah UTI untuk menentukan sapa yang duduk kat bot mana. To be fair, kena pairkan ngan tahap skill memancing massing...
Bot 1 > Mat zul & Bob
Bot 2 > Chen kuliaq & Adi
Pair UTI as below:
Azilan dan haris
Faz dan mat jan
Abg Dee dan karim
Feisal dan Din
..........................Hari UTI akan ditentukan kemudian……
Dan AR lagi...::-
> Pak Jan – Nasi Daging (Lunch) - Balik sembang dgn Yah berapa cost yg perlu utk nasi daging utk ~ 20 org makan , package utk nasi daging ni merangkumi dalca dan ayaq asam bersam dgn acar timun and nenas.
> Fazlihan - Sama jugak dgn Pak Jan, pls sembang dgn wife hang utk satu container bihun goring utk breakfast (make sure bihun kali ni tak dak taugeh tapi diganti dgn udang size XL, yg kulit dia dikupas (tak mau udang sangkaq).
> Karim - Sama jugak mcm Karim, sila sembang dgn wife hang utk TEA menu kat rumah hang masa pengagihan ikan nanti, dicadangkan menu seperti berikut : Kopi O (prefer Kopi Cap Daun plastic kaler hijau, beli yg halus, yg kasaq tak mau), frozen kueh mueh dari NANI’s kalau tak mau frozen buat popiah, ondeh2 , karipap dan SAMOSA. Kalau ada kudap2 sikit pun ok la jugak..
> Abg Dee - Buah2an segar dari TESCO atau Carrefour, yg kecik2 & tak segar tak aci.!
> DIN - Refreshment…(ayaq mineral water + 100 PLUS dan segala jenis ayaq yg difikirkan baik semasa memancing). Ayaq tadah kat rumah tak mau. Duit sila settle dgn bendahari.
> Yed - NOVOMIN …cukup utk 12 orang pemancing
> ADI - Bendahari : make sure semua pemancing menjelaskan kutipan sepenuhnya sebelum fajar menyinsing pada pagi 27 MARCH 2011.
> Menantu Mat Arip a.k.a Tekong Cenge Boat nombot Saturday - Pekasam + Pulut Lemak
> Harris - Pls arrange car pool utk semua team mates
> BOB - Umpan temenung pasar malam. Temenung lembik tak mau. Simpan elok2 dlm ais.
> Feisal - Sun block (beli kat Europe..!) & kalu blh bawak ler cash byk sikit…blh la belanja kami kat pasemboq tersedap kat DUNIA
> Mat Zul and ADI - Batu ladung, perambut, Apollo, tali tangsi, mesin, rod, kail, bulu ayam, steel, ……
Diharap semua pemegang AR akan bertindak mengikut arahan yang dikeluarkan, sebarang rayuan tidak akan dilayan…Sebarang bantahan akan dikenakan RM100…duit akan dikembalikan jika bantahan itu munasabah, TETAPI dijangkakan sebarang bantahan kesemuanya adalah munasarawak a.k.a. tidak munasabah..! makan duit pertaruhan hangussss..
Nak pi mancing pun penuh dengan tekanan… sama perasaan macam nak attend meeting…Heran!!!....pasai apa ntah!!!!
No comments:
Post a Comment