(mengikut tertib cadangan):
1. Berwudhuk (termasuklah bersugi atau sekurang-kurangnya berkumur-kumur)
2. Sapu tempat pembaringan dengan tangan, kain ataupun apa-apa yang sesuai sambil membaca Bismillah.
3. (Setelah duduk di katil/ tempat tidur) Ucapkan dua kalimah syahadah
4. Berselawat ke atas Nabi
5. Membaca “A’uzhubillah...”, Al-Fatihah dan Ayat Kursi
6. Tadah tangan seperti berdoa. Tiup kedua-duanya. (Cara meniup yang dianjurkan- Hembus perlahan-lahan sehingga habis satu nafas)
7. Baca 3 Qul mengikut tertib (yang dahulu didahulukan).
8. Sapukan tapak tangan ke kepala, muka dan seluruh tubuh. (Langkah 5 hingga 7 elok diulang 3 kali)
9. Tidur dengan berbaring menghadap ke sebelah kanan.
RASIONAL AMALAN INI (antaranya):
1. Dapat pahala.
2. Disukai Allah dan Rasul.
3. Anggota badan bersih.
4. Mengelakkan/ mengurangkan gangguan jin dan sihir.
5. Melancarkan pergerakan jantung dan sistem badan seluruhnya kerana jantung di sebelah kiri dalam dada tidak terhimpit.
6. Kuasa dalaman yang ada pada tapak tangan dapat dialirkan ke seluruh tubuh.
7. Sebagai langkah berjaga-jaga dengan memeriksa tempat pembaringan dan seluruh tubuh kalau-kalau ada sesuatu seperti serangga, benda tajam, kekotoran dan sebagainya.
8. Menambahkan kecintaan kepada Rasulullah kerana mempraktikkan sunnahnya.
9. Membuatkan Iblis, syaitan, jin-jin jahat dan tukang-tukang sihir (semuanya musuh-musuh Allah) kecewa.
10. Mengelakkan daripada tertindih jin yang mungkin sedang beristirehat di atas tempat pembaringan kita.
ANJURAN BERWUDHUK & MENGERENG KE KANAN
"Apabila engkau mendatangi tempat tidurmu, maka hendaklah engkau berwudhuk sebagaimana wudhuk hendak mengerjakan solat, kemudian berbaringlah di atas badanmu yang sebelah kanan."
(Bukhari & Muslim)
SANDARAN MENGIBAS TEMPAT TIDUR
“Apabila seseorang kamu hendak tidur, maka kibaslah tempat tidurnya dengan hujung sarungnya, kerana ia tidak tahu barangkali ada kotoran yang melekat.”
(Bukhari & Muslim)
“Apabila salah seorang kamu tidur di tempat tidurnya, maka gunakan bahagian dalam sarungnya untuk menyapu tempat tidurnya, dan sebutlah nama Allah.”
(Muslim)
SANDARAN MEMBACA 3 QUL & MENYAPU TUBUH
“Daripada Aishah ra, bahawa (apabila) Nabi saw baring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya, kemudian meniup kedua-duanya, dan membaca padanya: Qul HuAllahu Ahad dan Qul a'uzhibirabbil falaq dan Qul a'uzhubirabbinnaas, kemudian menyapu dengan kedua-duanya seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-duanya yang dimulakan dari kepala, muka, kemudian seluruh tubuhnya. Baginda berbuat demikian 3 kali."
(Bukhari & Muslim)
KEISTIMEWAAN 3 QUL
"Bacalah surah al-Ikhlaas, surah al-Falaq, surah an-Naas, masing-masing 3 kali pada waktu petang dan pagi, maka ia akan MELINDUNGIMU DARI SEGALA MACAM BAHAYA." (Abu Daud, Turmizi, An-Nasa'i)
AMALAN TAMBAHAN
Rasulullah saw berkata kepada Ali (menantunya) dan Fatimah (anaknya):
"Jika kamu berdua menuju ke tempat tidur, bacalah takbir 34 kali, tasbih 33 kali dan tahmid 33 kali."
(Bukhari)
KEPENTINGAN BERZIKIR SEBELUM TIDUR
“Sesungguhnya apabila orang hendak tidur, berebut-rebutlah malaikat dan syaitan. Maka berkatalah malaikat: “Ya Allah, akhirilah dengan kebaikan.”
Kemudian bekatalah syaitan: “Akhirilah dengan keburukan.”
Apabila orang itu berzikir kepada Allah, kemudian tertidur, maka malaikat pun menjaganya.”
(Ibnus Sunni)
*Istiaqamahlah dengan amalan ini. Amalan yang sedikit tapi dilakukan berterusan adalah lebih baik daripada banyak amalan tapi tidak istiqamah.
Dipetik dari http://halaqah.net
No comments:
Post a Comment