Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Wednesday, 26 January 2011

Bab Munakahat... unt lulus kursus atau unt dipraktikkan

2 hari lepas masa bersembang dgn sorang kawan, dia tanya aku "perlukah lelaki yg nk berkahwin mendalami hal2 agama terlbih dahulu...?". Spontan aku jawab "Wajib blajar, paham & praktikkan"
Sbnrnya aku pun masih nipis pengetahuan dlm bab ni. Sekadar asas unt tunaikan tggjwb aku sbg sorang suami & ketua dlm keluarga aku sniri.
Basically semua org yg nk kawen tak bleh lari dari topik ni sbb undang2 kat M'sia ni mewajibkan calon lelaki & calon pompuan mengikuti kursus asas unt memasuki gerbang perkahwinan. Lain la kalu yg nikah kat sempadan nun. Tapi bila register kat sini mesti kena jugak.
Masa blajar kat skolah menengah dulu pun dh ada blajar bab munakahat ni. Apa tu hukum munakahat?.... Munakahat ni senang crita NIKAH KAWIN la. Hukum munakahat ni berkisar ttg tatacara pengedalian rumahtangga. Kena faham bab munakahat ni baru la faham tggjwb (tanggung & jawab.. hehe) & amal dlm kehidupan seharian. baru la ada keberkatan dlm meneruskan kehidupan.
PERTAMA sekali kpd yg nk bernikah tu kena la ada calon. & sebaik2nya calon tu sekufu atau setaraf & terbaik ikut saranan Rasulullah... Cari yg ada ilmu agama or yg nk dibimbing ke arah agama krn agamalah segala2 yg akan mmbantu kita, pastu br tgk paras rupa & harta & berketurunan baik. Ni bkn syarat tapi sebaiknyalah.
Cinta Sayang sebelum nikah mmg asyik. Sesudah nikah tggjwb banyak. Kalu tak cukup asas mcm mana nk bahagia.. tak gitu? Ckp mmg mudah tapi nk melaksanakan tu mmg bnyk dugaan. Bak kata org, tak dak dugaan tak sempurna hidup.
Bila dh nikah kena la faham tggjwb masing2 dr sudut agama dlm melayari bahtera rumahtangga baru ada keberkatan dlm mengharapkan kebahagiaan. Kalu tk ikut perintah agama & kalu nikah kerana nafsu semata lambat laun akan karam la bantera.
Tapi jgn lak dok pulun hafal bab munkahat saja. Kena la selari dgn fardhu a'in, tauhid, fekah tasauf gak. MASYA ALLAH indahnya perkahwinan yg mengikut syari'at.
Sebaik sahnya lafaz "AKU TRIMA NIKAHNYA...." maka bermulalah tggjwb SUAMI & ISTERI.
SUAMI bertggjwb atas SEGALA urusan isteri ... BERAT TUUU...jgn igt nikah ni senang. Berdosalah suami kalu tak tegur isteri atas setiap perkara yg bertentangan dgn agama. SUAMI KENA TANGGUNG TUU.
Nafkah zahir & batin tak payah cakap pun smua org bleh crita pjg lebar. semua dh khatam sblm kursus nikah lagi.. topik pebret.. huhuu..
ISTERI lak WAJIB menta'ati sumai seadanya mengikut hukum (kalu bertentangan dgn agama jgn ikut lak.. kena tlg perbetulkan & jgn lak wat don no) kerana syurga isteri di bawah keredha'an suami. Sebut tentang keredha'an suami ni, si isteri kena faham adab menghormati suami selagi tak menyalahi hukum. Same goes to suami.. Jgn lak ambik kesempatan menggunakan kuasa veto setiap masa. Amatlah perlu bagi suami unt memikirkan secara bijak & saksama dlm menyelesaikan masalah rumahtangga bagi mengekalkan keharmonian. Hanya dgn sifat bertolak ansur & saling faham memahami dapat menyelamatkan ikatan pernikahan. Pendek kata kena bnyk sabor & bawak berrbincang secara aman. Perceraian adalah perkara yg harus dielakkan & merupakan jln terakhir sekiranya pasangan tak lagi bersefahaman. (tringat lak lagu Syahir.. Kebahagiaan dlm perpisahan)...
Bila dh faham semua undang2 kekeluargaan mengikut ajaran Islam, maka layaklah pasangan yg nk kawin tu mendaftarkan diri unt dinikahkan.
Untuk pemahaman selanjutnya silalah rujuk bahan bacaan & cari ustaz / ustazah kalu ada sebarang kemusykilan. Setakat ni dulu yg aku bleh ringkaskan dlm coretan kali ni.
Tolong perbetulkan aku seandainya ada sebarang kesilapan. Ilmu di dada aku pun masih cetek & sekadar berkongsi asas setakat yg aku mampu. Yg baik dari Allah.. yg buruk adalah kelemahan diri aku sniri.


Kpd sahabat yg suruh aku tulis ni.. lbh baik bli buku dr baca coretan aku.. haha..
slmt membaca...


.../Aku... sekadar mengisi ruang blog.

No comments:

Post a Comment