Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Monday, 20 December 2010

2 mggu berlalu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

2 mggu berlalu pantas, maka tamatlah sudah tempoh aku bercuti. Aku tak ke mana2 pun.. 2 mggu tu aku peruntukkan unt temankan mak aku kat kg. Segala plan aku unt melancong (bukan melencong) telah aku batalkan. Rancangan asal aku nak bawak mak, ayah & adik bongsu aku bercuti-cuti 1Malaysia sempena cuti skolah ni. Tapi ayah telah dijemput pergi ke rahmatullah sebelum aku sempat berbincang tentang perancangan aku tu. Mak aku pulak perlu melalui tempoh edah kematian suami selama 120 hari (4 bulan). Aku tak sampai hati nak teruskan plan unt bercuti dlm keadaan skrg ni. Aku balik kg dgn anak sulung & anak bongsu aku je. Bini aku tak ikut sbb dia kena kerja. Anak aku yg no 2 tu pulak nak temankan ibu dia. Terasa usang lak tak balik semua. Tapi tak pa lah... asalkan aku dpt bersama mak aku :)
Tak bnyk sktiviti aku kat kg selama 2 mggu. Tiap2 pagi aku kluar pegi cari & potong rumput unt makanan arnab mak aku yg semuanya ada 16 reban (13 ibu arnab + 3 bapak arnab). Tiap2 hari kena cari 1 guni.. kuat makan btol la arnab ni. Tapi mmg best bela arnab ni. Tak jemu dok main dgn anak dia. Cepat besar lak tu... gebuuu & cooomeeii sgt. Tu la satu2nya kerja yg bleh menghilangkan perasaan boring mak aku.
Keta aku lak tiap2 waktu maghrib & isyak je jadi teksi.. & aku mcm biasa.. jadi drebar.. keta aku penuh dgn anak2 abg2 aku + ank aku sorang. Smua tu bermula pada 1 hari yg cuaca agak renyai2 so aku ajak bebudak naik keta. Start hari tu la pakat tggu kat keta bila dekat nk masuk waktu.
Lepas maghrib balik rumah dulu... bertadarus dengan opah (mak aku) sambil ajar adik2 yg di bawah & stop bila dgr orang azan Isya & skali lagi berderu masuk keta aku.. hehe... sronok gak.
Sampai sini je la kot entri aku hari ni.. aku nak pegi keja dh..
*** (aku kerap tringat taik idung lak)****

No comments:

Post a Comment