Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Monday, 18 October 2010

ZAKAT KWSP

Sesuatu yg mungkin kita terlepas pandang…

ZAKAT adalah sebahagian drpd Fardu Ain. Zakat KWSP (wang simpanan) tergolong dlm zakat “maliah” iaitu zakat harta benda. Caruman wang pekerja dan majikan ke dlm KSWP dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul. Terdapat 2 pendapat dalam pengiraan zakt KWSP:

1- Milik tak sempurna: Zakat hanya wajib dikeluarkan ketika bersara atau mengeluarkan sebahagian wang drpd KWSP semasa cukup umur.

2- Milik sempurna: Wang yg tersimpan dlm KWSP dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul (caruman wang pekerja sahaja, tidak termasuk carumuan majikan). Wajib dikeluarkan zakat walaupun wang tersebut masih berada dalam tabung KWSP.

Kadar yg diwajibkan bagi zakat wang simpanan:
i. Wang Simpanan wajib dikenakan zakat apabila cukup syarat2nya
ii. Jumlah yg ditaksirkan berdasarkan Baki Simpanan Terendah yg kekal genap setahun
iii. Jumlah simpanan terendah hendaklah menyamai atau melebihi nisab (paras minima wajib zakat) 85gram emas mengikut harga pasaran semasa

Kadar ditaksirkan ialah:
- Tahun hijriah (354 hari) = 2.5% 
- Tahun masihi (365 hari) = 2.75%

Sumber: Dikutip drpd buku "Indahnya Hidup Bersyariat" - ustaz Ismail Kamus

No comments:

Post a Comment