Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Sunday, 19 September 2010

Jom Tanam Pokok Misai Kucing

Menurut Profesor Dr. Ramli Hitam, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Melaka (seperti tersiar di dalam MEGA Agro, sisipan akhbar Utusan Malaysia, Jumaat, 20 Febuari 2009, m/s: 12), daun misai kucing mengandungi banyak khasiat yang berfaedah untuk kesihatan manusia dan sebagai minuman kesihatan, ia membantu mencegah penyakit. Menurutnya lagi, "daun misai kucing telah digunakan sejak turun temurun sebagai ubat penyakit berkaitan kapilari dan perdearan darah, batu karang, darah tinggi, kencing manis, masalah buah pinggang, jangkitan usus kencing, masalah hati, pundi kencing dan gout."

Jom kita pakat tanam sniri pokok ni sbb nilainya memang tinggi. Lebih baik dari tanam pokok ketum. Pokok ni terlalu mudah nak tanam mudah hidup kat mana2 pun. Aku tanam kat blakang rumah je & dh membiak banyak. Tengok gambar kat bawah tu (baru snap pagi tadi).. aku kerat2 batang dia & cucuk dlm bekas "nata de coco" je.. boh tanah sikit pun dh cukup.. dh bleh tumbuh bertunas baru dh. kalu rasa susah jugak nak tanam sbb tak dak tanah, cari je botol minyak masak 5kg tu & boh air je.. kompom bleh idup.. ala2 hidroponik gitu. Tapi jgn la sampai tak berbaja pulak.. sumbat je 5-6 biji baja 15:15:15 tu seminggu skali pun dah cukup.
Tanam sniri lagi bagus dari bli.. nak petik bila2 masa & nak banyak mana pun bleh.
Selamat bercucuk tanam... ;)

No comments:

Post a Comment