Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Saturday, 4 September 2010

25 Ramadhan

4:00am hp aku berdering gerak bangun sahur... oleh sbb aku terlalu letih & smlm lak balik lambat so aku gerak wife eku je la suruh bangun & siapkan menu sahur. Masa aku gerak tu aku dengar wife aku cakap.. "awai lagi bang.. 4:30 la bangun".. aku yg dh mmg tak larat nk celik mata ni tros sambung... sedar2 hp aku berdering kali kedua pukul 6:40am.... (reminder unt aku prepare unt aktiviti aku hari ni)...  ALAMAK... terlepas sahur daaa.. apa nak buat. puasa dgn prot kosong lerrr...
Kul 10:30 aku pegi sbrg jaya nak withdraw some money unt repair keta.. TAPI.. bank lak under renovation.. cess.. so aku tros ke penang & ambik duit kat Bayan Baru.. Naib baik ada. Then tros ke workshop abg Zam kat batu maung.. Mak aih... berderet keta kat situ.. yg nak cat ada 4 bijik.. yg nak repair ada 5 bijik.. termasuk keta aku 6 bijik.
Hari ni tak sempat nk krunaih keta aku banyak2.. Aku tukar minyak enjin, filter, break pad & minyak gear je.. total cost = RM150:00.. murah kan??.. haaa.. tu la untungnya kalu buat sniri.. harga barang lak kira harga pomen & bukannya harga customer... heheheh. lbh kurang 5pm abg Zam ajak aku pi tengok van kawan dia kat permatang damar laut... tuan van tu kata tak bleh start lepas basuh.... ish... apa kena mengena lak dgn basuh keta...Abg Zam lak cakap kat tuan van tu "hang pi balik start tengok,,, sat lagi aku pi".
On da way nak pegi rumah kawan abg Zam tu, betul2 lepas kona kat tapak pasar malam pmtg damar laut tu aku tengok ada 1 eksiden. Remaja bawak moto susah langgar itu Viva lah... Remaja tu lak melayu.. REMAJA MELAYU... aku ulang RAMAJA MELAYU... kenapa aku ulang?.. sbb salah remaja tu la.. bawak moto mcm pelesit.. tempat sesak / sibuk pun dia bawak laju & menyelit. Potong sblh kiri punya pasai dia sudah hantam itu Viva yang nak parking. Masa aku tengok tu Ramaja tu tgh nyawa2 ikan.. mmg tengah nazak & dari perlihatan aku mmg tak ada harapan melainkan siapkan kain kapan.
Tak lama lepas tu mak bapak tok & tok wan budah tu sampai & memangku kepala budak tu. Ambulan tak sampai gak lagi.. isk... mana laaa ambulan ni.. dh lama dh tepon.
Aku malas nak jadi penyibuk. AKu kat situ pun bukan ada ada yg aku bleh tolong.. menyesakkan lagi tempat tu bleh la kot.
Lepas tgk serba sikit bertanya kisah sebenar, aku & abg Zam tros ke depas sikit dlm lbh kurang 15 meter, tempat van kawan abg Zam tu parking. Apa nak cakap.. van tu dh idup daaaa.. gelak je org tu turun mai kat kami... so tak dak apa yg nak check la kat van tu.. buang minyak keta aku je.. aduuuhhh...
Then kami berpatah balik ke workshop abg Zam & reset timing keta aku skali lagi..
Dlm lbh krg 5:30 aku balik rumah.. skali jem daaa.. ada eksiden lagi kat atas penang bridge...  kat sbrg jaya pun sesak.. nasib baik tak teruk sgt.. aku sampai rumah kul 6:10pm...
Rehat jap & buka pc & coret corat kat sini sampai la waktu ni.
ok lah.. kena stop kat sini dulu.. nak madi jap.. lepas tu nak pegi rumah mertua ku.. berbuka kat sana dgn bakal biras..
sambung esok.

No comments:

Post a Comment