Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Tuesday, 17 August 2010

5 Ramadhan

Ahad lepas punya crita..

Line streamyx lak tak brapa clear so aku tak update page ni unt beberapa hari lepas. Aku tak nak crita banyak.. Lagipun bukan ada org baca.. haha...
Awal lak terbangun hari ni.. 4:25 dh terjaga. Tunggu apa lagi?... jom masak..
masak apa?... nasi lerr.. + goreng telor + goreng ikan + prangat rebung smlm.. & jgn lupa belen2 sambal tempoyak smlm.. heheh... AlhamduliLah kenyang...
5:35 aku kena hantaq wife aku pegi tunggu bas.. dia start keja pagi hari ni. dekat kul 6am baru bas mai. Bas jln je aku pun tros balik & solat subuh.
7:30 hantaq anak2 pegi skolah pulak... kul 8 hantaq Syahirah pulak ke tadika.


Topik ptg ni ialah.. ikan keli bakar. Alkisahnya ikan keli tu aku beli pagi tadi (ahad 15 Aug) kat pasar pagi nuuunnn blakang rumah aku je... huhu. 3 ekoq dekat 1kg.. baru RM 4:50.. murah tuu. Siap belah prot.. balik cuci je. Hari ni aku tak bnyk aktiviti luar.. cuma chit chat dgn mmbr je dkt 1jm stgh. Kul 12 aku kluar pi ambik anak aku kat tadika... dekat je.. dlm 5 minit je pegi & balik naik moto pelan2.
Dh jadi lumrah, tgh hari je kelopak mata aku pun mula berat... Selepas diambil kira congak campur tolak maka aku mengizinkan kelopak mata aku unt berlabuh seketika... sebaik tersedar dari lelapan seketika itu aku tgk jam... mak aih.. melampau mtol mata nih.. sampai kul 2PM. Ambik kau.. nak tido sgt.
Dipendekkan crita.. sblh petang lak aku bawak anak-anak-anak (3 org daa) pegi pasaraya LONGWAN nak bli kelengkapan untuk aku kapankan ikan keli tadi.. hihi... Tepat jam 17:17:17hrs aku mulakan langkah pertama kerja2 nak bakar ikan keli.. ambik daun kunyit & ubi kunyit, halia, lengkuas sikit je, serai sebatang.. then kupas bawang putih 2 ulas, bawang merah jantan 3 biji, cabai kering 10 tangkai.. aku kira yg mudah je.. smua benda2 ni aku blender dgn santan.. daun kunyit lak aku petong kecik2 & campurkan dgn bahan2 yg aku blender tadi... boh gula & garam & air asam jawa sikit (agak2 le)... lepas tu masukkan dlm priuk & masak sampai pekat..
Sapukan kuah pekat ni ke badan ikan keli yg aku kelar2 & potong jadi 6 ketul.. then bungkus dlm aluminium foil & masukkan dlm ketuhar gelombang mikro & set timer ikut suka... agak2 dh masak tutup ler suis tu.. heheh.. siappp... ready unt dilahap waktu berbuka nnt.
Menu lain?... ermm.. sayur bayam aku masak last menet... pajeri nenas adik ipar aku bli kat bazar ramadhan.. ermm cukup la tu.
Tak sangka lak ikan keli aku yg paling laris hari ni.. nasib baik dh cukai sikit habuan sahur nnt.. hihi.

No comments:

Post a Comment