Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Friday, 30 July 2010

Potluck Breakfast

Cerita semalam + hari ni....

Bagi menyahut cabaran dari pihak "Cik Kiah" untuk jamuan di pagi Jumaat (Hari ni le) sempena menyambut Ramadhan yg akan menjelang, Pak Amin dari kumpulan jurutera,  bagi pihak "CheMat Parang Tumpul" telah meng"offer"kan diri menjadi tukang kumpul sedikit sebanyak sumbangan ikhlas dari kengkawan kaum "Che Mat Parang Tumpul". Tujuan sumbangan RM ni tak lain tak bukan untuk memeriahkan lagi suasana majlis dgn menempah beraneka kuih muih & makanan berat ringan yg patut.
Cadangan pertama bermula dengan tempahan tepung talam & seri muka dari kak Ruby yg terkenal. Kak Ruby dgn ikhlas hati cuma mengambil sebahagian kos kedua² tepung talam & seri muka tersebut dgn jumlah keseluruhan RM50 untuk 2 pelengat (pelengat besor tuuu).
Sebaik saja pak Amin mengumumkan jumlah bajet yg bertambah, secara otomatik menu juga bertambah...
antaranya:
* Nasi lemak - Tukang masak: Jiit, Zira & Zana
* Sambal tumis pelbagai jenis - Tukang masak: Zarina, Aza, kak Rose & kak Ram
* Bilis goreng: Aliza (macam jenama kicap daaa.. ada share kot?.. kehkehkeh..)
* Telur rebus+ telur dadar+timun - Lili
* Kuih Muih: Geng Che Mat Parang Tumpul & Nawal
* Apa apa je lah buah²an : Kak Som & Joe
* Roti canai, Roti Jala & SandWISH ... kensel.. las menet tak jadi lak sebab anak dara majuk.. sebab geng Che Mamat tak dak yg single.. huahuahuaaa... anak dara wat lawak je tu. Yang benornyer organizer call anak dara suruh kensel sbb dh terlalu bnyk makanan.

Peeerrrrghhhhh...!!!!.... banyak tuuuu... mewah sungguh dgn makanan.
e eehhh.. sebok dgn makanan je.. minuman mana?... kahkahkah... sorang pon tak sedor bab minuman.
at last.... guna toll free je laa (ayor pree kat kantin, kopi, nescafe, tea, milo + ayor gas (berkarbonat).. oren, grape, 100plus, coke).

semua dh ready.. tapiii.. sapa nak baca do'a?.. Haji Ali?.. tak nampak muka.. Haji Naza?.. blom sampai.. bakal haji?.. sapa tu?.. hahaaa.. pi cari Asmadi..
baru je nak tarik bang Madi tu Haji naza pun sampai.. slamat laa bang Madi.. tak kalu, mau ketaq lutut.. kehkehkeh...
            8:45am Majlis bermula dgn sedikit ucapan pembukaan dari haji Naza (manager tuuu).. & disusuli dgn do'a selamat & seterusnya do'a makan..... maka acara makan pun bermula.. tak lupa juga dijemput kaum² penggenap 1 malaysia (cina, india & lain²) yg sama group.
.............. majlis diakhiri dgn oda' sesudah makan.. Alhamdulilah.. segalanya berjalan lancar...
Sori weh.. gambor tak der.. ramai yg ada camera tapi sorang pun tak bawak...
Sekian dulu unt hari ni..

No comments:

Post a Comment