Tanggal 16 Mei ditetapkan sebagai Hari Guru di Malaysia. Kenapa 16 Mei? Kerana pada 16 Mei 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu menerima rancangan kurikulum dari Laporan Jawatankuasa Pelajaran (itu sahaja yang aku tahu).
Selamat Hari Guru kepada seluruh warga GURU seluruh Malaysia amnya & teristimewa unt guru² yang pernah mengajar dan mendidik diri ini bermula dari hari pertama di sekolah sehinggalah sekarang. Tanpamu insan yang bergelar guru, aku tidak akan dapat bertapak di tempat ini pada hari ini. Jika ingin disenaraikan, mungkin tak mencukupi ruang ini.
Bagi guru-guru muslim yang telah pergi terlebih dahulu, Al Fatihah saya kirimkan buat mereka.
Kepada guru-guru di Malaysia, Selamat Hari Guru,
Terima Kasih Cikgu...!!!
Hari pertama masuk sekolah
Tak pandai membaca mengira
Tetapi cikgu begitu tabah
Mengajar kami sungguh-sungguh
Tak pandai membaca mengira
Tetapi cikgu begitu tabah
Mengajar kami sungguh-sungguh
Bermula a, b, c sampai z
Hitung satu sampai sepuluh
Baru ejaan dan kira-kira
Kami belajar dengan lancar
Berkat kesabaran guru bijaksana
Hitung satu sampai sepuluh
Baru ejaan dan kira-kira
Kami belajar dengan lancar
Berkat kesabaran guru bijaksana
Memberi berbagai petunjuk
Hari demi hari
Kami pun mengerti
Pelajaran nilainya tinggi
Kami ingat setiap masa
Jasa guru mendidik bangsa
Sambutlah kini ucapan kami
Terima kasih cikgu !
*************************************
Hari demi hari
Kami pun mengerti
Pelajaran nilainya tinggi
Kami ingat setiap masa
Jasa guru mendidik bangsa
Sambutlah kini ucapan kami
Terima kasih cikgu !
*************************************
Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
~USMAN AWANG 1979~
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
~USMAN AWANG 1979~
Dengan ingatan tulus ikhlas
AkuLaGua
AkuLaGua
No comments:
Post a Comment