"skot.. skoooooottttt sedia... ke kanaaaaaannnn luruss.. pandaaaaaannngggg depan. dari kana.. nombor... 1234567......ganjil.. 1 langkah ke hadapan.. genap 1 langkah ke belakang cepat gerak.. barisan hadapan.. orang paling kanan.. diam!.. barisan hadapan.. ke kiriiii pusing.. barisan belakang ke kanaaaan.. pusing.
Jaaadikan 3 barisan.. cepat gerak."
eheh.. betol ke silap nih... nak jadikan barisan cantik..aku tak pasti.. dah lama aku tinggalkan pakaian seragam.. Sejak aku kluar dari ITI thn 1996 aku dah tak sentuh langsung pakaian seragam ni. Rindu pulak dgn aktiviti lasak.
Sbenarnya mlm tadi aku bermimpi aku dlm pakaian seragam siap dgn senjata M16. Pasai pa lak mimpi mcm ni mai dlm tido aku?? ishh... kacau btol. Tak pasai2 aku kena berkawad dlm tido.. tido yg tak berkualiti gitu.
Smua tu tinggal kenangan.. kenangan yg masih segar dlm ingatan.. cuma step nak leraikan M16 tu aku rasa blur sikit sbb dh lama tak sentuh... Aku tringat geng kadet masa kat SMTM.. geng wataniah masa kat ITI.. smua mmbr aku bleh dikatakan mmbr baik... yg aku anggap baik tu adalah sebaik sedara sniri.. yg lain bukan jahat or bukan tak baik.. tapi kualiti persahabatan kurang cantik.
Aku tringat suatu ketika masa pegi buat latihan perang kat Chemor, Ipoh... mmg bes sgt. Smua kena "gali kubor sniri" a.k.a kubu.. apa taknya... gali dgn cangkul (bentuk V) sampai paras dada then 1 corner tu kena tutup balik dgn tanah kat atas.. mcm tido dlm kubor lak.. tgh hari brenti rehat jap & makan nasi... tgh2 makan tu ujan lak turun.. tak dak tempat nk berlindung.. duduk gak la dlm ujan tu makan nasi berkuah air ujan.. tiap2 org dibekalkan dgn pluru kapor unt latihan perang.. bila malam kena take turn berkawal lak.. mana tu mlm tu kena ambush dgn "komunis jadian" = geng2 sarjan yg dikhaskan berlakon jadi komunis.. hahaa... depa ni spesel.. tak kena korek kubor sniri so depa still ada energy unt wat serangan hendap.. puak2 yg letih longlai banting tulang sblh siang tadi pakat tterkejut dgr bunyi tembak menembak.. apa lagi.. pakat masuk kubor masing2 laa tengok arah mana bunyi tembak menembak tu... tak sampai 15 minit geng komunis tu dah masuk kawasan kubu.. time tu mmg mcm pertarungan sengit laa.. tembak mcm btol2 berperang dgn penuh smangat... tapi yg tak bes tu memang dah diprogramkan team komunis dapat takluk kubu.. bila dah kena takluk, kena dera pulak.. punya la sakit ati time tu sbb geng komunis tu relek jer pekena kopi bawah khemah.. puak yg kena tawan gak jaid mangsa keadaan sbb kena buli gila2.
ada yg tak tahan tu sampai nangis pun ada.. jenis tu yg tak bleh berperang tu.. layak jadi pasukan bantuan perubatan je.
Kalu nak tulis kat sini aku rasa panjang sangat.. lebih baik aku buat buku.. hehehe...
Apa2 pun... aku ucapkan trima kasih kat team jurulatih.. memang power..
Kalu la ada peluang aku rasa tringin nak join balik wataniah.. bukan sbb suka.. tapi sebab zaman la ni dah kurang awan.. at least aku bleh blajaq mcm mana nak operate weapons kalu ditakdirkan M'sia dalam keadaan darurat... bukan aku mintak.. tapi sebagai persediaan.
Malaysia negaraku.. ISLAM agamaku.
No comments:
Post a Comment