Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Wednesday, 6 January 2010

Siapakah penchuri itu???

Mlm tadi aku kol mak aku kat kg.. topik2 biasa jer tapi sembang panjang lebar lak. Tak tau la brapa $$ mlekat dalam bil nanti. Dalam sembang2 tu mak aku tringat satu kisah ttg duit sagu hati untuk "Tok Siak" yg diagihkan selepas raya haji yg baru lepas ni. Sepatutnya setiap siak akan terima RM500 seperti yg diumumkan tapi cuma RM300 saja yg sampai kat tangan siak. Mana pergi RM200 lagi???.. siapakah tukang cukai (penchuri) duit tu? Ayah aku salah sorang dari mangsa keadaan, tapi sengaja tak membesarkan cerita & tak laporkan kat ketua kg or penghulu or pihak yg memberi peruntukan tu. Walaupun tak ada yg membesarkan cerita, tapi yg busuk tetap berbau.. isu ni semakin panas bila ayah aku letak jawatan sbg siak masjid kg aku... Ayah aku letak jawatan sbb masalah kesihatan & tak mampu jalankan tugas pada waktu2 tertentu. Perletakan jawatan siak oleh ayah aku disusuli oleh beberapa siak yg lain (tak tau lak apa sbb musabab depa letak jawatan) yg menyebabkan sedikit kucar kacir di masjid.
Bila dah jadi kelam kabut, org kg yg tau ttg isu duit siak "kena cukai" RM200 mula bangkitkan kembali isu tu & meletakkan isu tu sebagai punca permasalahan pengurusan masjid.
Mode of payment dari jabatan aku tak pasti pulak tunai atau cek (aku lupa nak tanya). Tapi yg sampai ke tangan siak adalah tunaaaii (RM300 jer instead of RM500). Nak salahkan sapa ni?
Makhluk yg menchuri tu pun aku rasa tak senang duduk dah... & sememangnya tak senang idup dia.. apa sangat la yg depa bleh buat hasil curi yg tak seberapa tu kalu nak bandingkan dgn balasan yg depa akan trima nnt.
Ah... Lantak lah.. sniri buat sniri tanggung...Lambat laun bangkai akan berulat gak...

No comments:

Post a Comment