Aku tebalkan & merahkan ayat yg buat aku kompius sikit... mcm mana depa ni bleh cedera lak? kalu btol la depa ni yg buat keja tu.. mmg sia2 keja depa.. tak berbaloi dgn apa yg bakal depa hadapi. Pada pemikiran aku yg singkat ni, tak sepatutnya diserang rumah ibadat.
Harap tak dak pihak yg salah tafsir maksud aku dlm topik ni. Aku cuma nakkan keamanan...
Aku tak tokok tambah .. aku cuma petik sikit2 & potong yg tk berkenaan..
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kesbakargereja_lapanditahan/Article/index_html
KL..Dua beradik dan bapa saudara mereka antara lapan lelaki yang ditahan berhubung kes pembakaran gereja Metro Tabernacle Ag di Desa Melawati, Wangsa Maju yang berlaku pada 8 Jan lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata suspek pertama ditahan di Hospital Kuala Lumpur petang semalam.
"Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan jam 3.30 petang, ketika menerima rawatan di hospital itu berikutan kecederaan di dada dan tangannya akibat melecur," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen KL.
Beliau berkata, susulan daripada penahanan lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat itu, polis kemudian menahan tujuh lagi lelaki di lokasi berasingan di sekitar Ampang, yang dipercayai mempunyai kaitan berhubung kes itu. Mereka yang ditahan adalah dua beradik yang berumur 24 dan 25 tahun, seorang lagi bapa saudara kepada adik beradik itu yang berumur 26 tahun, manakala lima lagi adalah kawan mereka.
"Dengan penahanan kesemua mereka itu, kita percaya kes kebakaran gereja di Desa Melawati selesai dan kita sedang menjalankan siasatan rapi bagi membolehkan mereka yang terbabit didakwa di mahkamah,". Mohd Bakri berkata, adik kepada suspek pertama yang ditahan turut mengalami kesan melecur di tangan kirinya dipercayai berikutan kejadian itu.
"Kesemua mereka bekerja dengan syarikat swasta antaranya sebagai kerani, penghantar surat dan kerja pejabat. "Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara,"
No comments:
Post a Comment