Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Monday, 18 January 2010

Sebahagian dari artikel yg dipetik dari Berita harian Online...

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20100117090029/Article/

...sebanyak 25 perkataan dan 10 ungkapan bersumberkan Islam termasuk kalimah Allah dilarang penggunaannya dalam sebarang terbitan dan ucapan yang dikaitkan dengan agama lain.

Perkataan berkenaan ialah firman Allah, ulama, hadis, ibadat, kaabah, kadi, Ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haj, mufti, Rasul, iman, dakwah, injil, solat, khalifah, wali, fatwa, khutbah, Nabi dan tabligh.

Ungkapan seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilhamd, Allahu Akhbar, Insyaallah, Astagfirullahal Azim, Tabakara Allah, Masya-Allah, Lahawala walaquata Illabillahialiyill azim juga tidak boleh digunakan bukan Islam.

Mengikut Seksyen 9 (1) enakmen itu, adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa jika menghasilkan sesuatu tulisan atau ucapan dengan menggunakan perkataan itu atau variasinya untuk menyatakan fakta kepercayaan, idea, konsep, perbuatan dan aktiviti dengan mana-mana agama bukan Islam.

No comments:

Post a Comment