I. Apakah Schizophrenia?
Schizophrenia adalah nama diberi kepada sekumpulan penyakit jiwa dimana terdapat gangguan dalam perasaan, pemikiran dan tingkah-laku seseorang itu. Ia adalah penyakit yang menyebabkan kehilangan upaya dan mengganggu dengan kehidupan seharian seseorang itu.
Sesiapa sahaja boleh menghidap Schizophrenia dan ia berlaku dengan kadar 1% dikalangan penduduk umum. Ia tidak berjangkit dari seorang kepada seorang yang lain.
II Bilakah Ia Berlaku?
Tidak kira umur tetapi biasanya dalam lingkungan umur 12 hingga 45 tahun.
III Bagaimana Kita Dapat Mengenal Penyakit Ini?
- Kelakuan yang pelik dan ganjil.
- Bercakap atau ketawa seorang diri.
- Cuai dengan rupa dan kesihatan diri.
- Gangguan tidur malam.
- Pertuturan sukar diikuti.
- Sangkaan palsu yang orang-orang lain akan mencederanya atau mengawal dirinya.
- Berkeliaran.
- Cuai tentang kerjanya dan lain-lain.
- IV Apakah Rawatannya?
Berikut adalah rawatan untuk Schizophrenia:-
- Pengubatan yang berterusan iaitu tablet dan suntikan.
- Rawatan Electroconvulsive therapy.
- Aktiviti kerja.
- Sokongan keluarga.
- Bercakap dengan seseorang yang terlatih.
- KESIHATAN MENTAL
Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mentalm tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.
Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:
- Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
- Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
- Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.
Ciri-ciri kesihatan mental yang positif
Terhadap diri sendiri :
- Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
- Berupaya mengawal perasaan.
- Sanggup menerima kegagalan.
- Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
- Menghargai diri sendiri.
Terhadap orang lain :
- Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
- Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
- Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
- Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.
Terhadap cabaran :
- Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
- Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
- Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
- Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.
10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif :
- Menerima kenyataan diri secara realistik.
- Mengendali masa dengan baik (time management)
- Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
- Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
- Menjaga kesihatan fizikal.
- Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
- Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
- Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
- Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
- Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.
Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
- Perasaan rendah diri.
- Tekanan dalam hidup.
- Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
- Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
- Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
- Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
- Peningkatan risiko penyakit mental.
Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (di petik dari laman web http://www.geocities.com/uitm_ot/schizophrenia.htm)
No comments:
Post a Comment