suku sakat schizophrenia jugak ni. Jenis penyakit mental yg bnyk ragam sampai org naik meluat. Mangsa (pesakit) tk tau apa & tak sedar yg depa tu sakit. Ada masa sronok yg teramat & ada masa sedih yg terlampau & ada kala rasa tertekan, rasa diri tak dihargai & macam2 lagi.
“Gangguan bipolar amat membebankan pesakit dan keluarga mereka dan boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan, jangka hayat lebih pendek, pengasingan sosial dan kualiti hidup kurang baik,” kata Presiden PPM, Profesor Dr. Maniam Thambu.
Gangguan mental ni memang teruk.. bleh kacau bilau & berselerak keluarga & lebih teruk kemungkinan besar akan "terbuang" kalau ahli keluarga tak ambik berat & tak memahami pesakit. Penyakit mcm ni ada ubat tapi kebanyakan masyarakat melayu kurang fokus kpd logik akal. Org melayu ni dh mmg terkenal dgn kepercayaan mistik yg kebanyakan tu mmg mengarut. Susah sungguh nak tolak yg khurafat.
Penyakit ni (Bipolar / schizophrenia) ni jenis penyakit otak & bukan gangguan makhluk halus. Memang betul pesakit ada dengar suara2 / bisikan2 tapi bukannya bisikan iblis. Yg tu sebab otak dh gagal berfungsi dgn baik. Bahagian otak yg dok terjemahkan "bunyi" dah tak sihat & sebab tu la dok dengar mcm2. Kena dgn ubat dia insyaAllah dapt pulih balik. Cari la pakar psikiatri kat mana2 hospital & mintak nasihat & makan ubat ikut jadual.
SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT BIPOLAR
- Mood terlampau tinggi. Contohnya, terlampau gembira.
- Cuma memerlukan masa tidur yang pendek.
- Cepat marah.
- Lebih aktif daripada biasa.
- Bercakap dengan kuat dan cepat.
- Fikiran yang berserabut.
- Kesukaran memfokus.
- Lemah pertimbangan
- Murung dan sedih.
- Rendah harga diri.
- Hilang minat terhadap perkara yang biasanya digemari.
- Tidak dapat tidur.
- Hilang selera makan.
- Sentiasa letih.
- Tidak dapat menumpukan perhatian.
- Berfikir tentang bunuh diri atau kematian.
Ada kemungkinan besar apa yg pesakit nak tapi tak dapat.. & menggunakan alquran sebagai medium tapi dok amal dengan niat yang salah.. tersesat ke alam lain la jawabnya.
Doktor cakap, bipolar disorder mood hanya boleh sembuh dengan keinginan sendiri melalui kawalan mental yang betul, kehendak psikologi diri yang diseimbangkan dengan keinginan rohani yang benar….
No comments:
Post a Comment