Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Sunday, 18 January 2009

apesal aku jadi bengong??

Terlalu lama aku tak update blog ni. Dikala Zionis merejam GAZA dengan hujan api, gegaran dalam diri aku bergolak sakan. Alwayz not in da mood. Sampaikan aku terpaksa mendaftarkan diri untuk megadap "health coach".. tanpa aku sedari sepanjang perbualan selama hampir 2 jam itu, segala luahan aku telah dicatatkan di atas notanya mengikut kategori. Aku tak dapat membahagikan minda aku menyebabkan aku tersangkut dalam kategori stress & hypertension.
ENTAH kenapa otak aku semakin reaktif tepu membeku dari hari ke hari. Jemariku malas untuk menyiapkan segala yang terbengkalai. Kata-kata yang selalu aku canangkan bagai memulangkan paku buah keras. Aku tersindir sendiri tak terdaya mencari jalan keluar. Malu aku bila bandingkan diri dengan sang semut. Terasa bagai hilang tenggelam dalam diri sendiri. Bukan bercelaru. Mungkin BUNTU adalah paling tepat untuk menggambarkan keadaan aku buat masa SEKARANG. Aku sendiri tak pasti apakah punca segala permasalahan yang membelenggu jiwaku. Agaknya mungkin salah aku sebab terlalu banyak memendam rasa. Jarang sekali aku meluahkan. Atau mungkin juga kerana aku terlalu menjaga hati perasaan orang lain & membiarkan jiwa aku memberontak sendiri. KELU tak terluah. Sedikit sebanyak permasalahan yang bergolak di dalam diriku mengganggu tugasan harianku. Tumpuanku tidak tetap & secara tidak langsung prestasi & reputasi aku turut merosot. AKU cuba mencari ruang. Aku perlukan sedikit masa untuk bersendirian mencari kedamaian dalam diriku. Tapi masih belum bertemu waktu yang benar-benar sesuai kerana aku terikat dengan tanggungjawab yang WAJIB aku sempurnakan.

No comments:

Post a Comment