Nikmat kemerdekaan yg tak ternilai hasil perjuangan mujahid2 terdahulu. AlahmdulilLah syukur dengan rahmatNya dapat kita merasai sebagaimana kita hari ni. Aku tak nak cerita tentang percaturan politik.. tak best langsung.
Esok 1 Sep 2008 = 1 Ramadhan 1429 H. Bemulalah tanggungjawab muslimin muslimat untuk menunaikan rukun Islam ke3. Nak jadual berbuka sila ke laman web JAKIM http://www.islam.gov.my/portal/puasa.php.
Kalu tengok bebudak la ni, teringat zaman dulu.. memang best bila Ramadan menjelma... Trawih.. tapi tak tunggu sampai habis.. setengah jer... lepas tu pi main & tunggu org jamu "more"... time tu la sumbat macam2 apa yg ada kat masjid / surau. Almaklum.. budak la katakan... nak sronok jer. start jer posa otomatik start la jugak countdown 1 Syawal.
Eh.. awal lagi nk crita ttg Syawal nih..
Sebelum terlupa.. Sempena awal Ramadhan AlMubarak ni aku memohon ampun & maaf dari kalian semua atas apa jua salah silap yg tak sengaja atau tersengaja samada aku sedar, separuh sedar atau tak sedar... & halalkan makan minum aku. Kepada semua muslimin muslimat, Selamat berpuasa & Semoga mendapat kerberkatan & keampunan serta rahmatNya.
No comments:
Post a Comment